Latest Posts

Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Melangkah ke sini membuatkan aku mengimbau ke zaman lalu. Di sinilah hotel persinggahan kami sekeluarga ketika arwah abah masih hidup. Hotel Perdana Kota Bharu ni dah lama, cumanya baru-baru ini dia membuat transformasi besar-besaran yang menelan belanja berjuta-juta demi memastikan keselesaan pengunjung.

Kini, Hotel Perdana Kota Bharu bertaraf 5 bintang dan merupakan antara mercu tanda negeri cik Siti Wan Kembang. Apa yang best, hotel ni lengkap dengan facilities yang menarik. Memang totally changed! Jauh nau beza dengan zaman dulu-dulu.

Hotel Perdana Kota Bharu
Receptionist Counter

Okaylah, hari ni aku nak buat review pasal hotel ni. Best ke tidak? Selesa ke tidak? Staff friendly ke idok? Kalau ikutkan, bila aku melangkah masuk ke hotel ni. bagaikan ada satu perasaan teruja. WOW, sudah baru. Hotel ni mempunyai 2 wings - classic dan executive yang mempunyai 272 bilik termasuk suite.

Ini bukan cermin tau.. Ini tingkap ke tingkap
Sambutan Dari Pihak Hotel Perdana Kota Bharu
Refreshment and Tarian Cik Siti Wan Kembang
Fashion Show

Hotel Perdana Kota Bharu ni ditutup untuk renovasi besar-besaran dan dibuka pada Ogos tahun lepas. Kalau tengok harga di Agoda dan lain-lain, hotel ni takdelah mahal mana. Masih mampu lagi dan boleh dikategorikan sebagai 'murah' dengan taraf 5 bintangnya.

Hallway

Bilik Yang Aku Duduk Di Hotel Perdana Kota Bharu

Dari Sudut Pintu
Dari Sudut Tingkap
Cupcakes

Bathroom 
Toiletries
Dalam Almari
Pemandangan Luar

Hotel Perdana Kota Bharu ni mempunyai beberapa buah restoran dan kafe. Don't worry ianya HALAL certified by JAKIM. Pelbagai jenis makanan yang dihidangkan and of course, tidak ketinggalan juga makanan tradisi negeri Kelantan. Antara restoran-restoran yang terdapat di sini seperti Cerana Coffee House, Jade Restaurant, Eleven Restaurant, Rebab Cafe dan Anjung Terrace.

Cerana Coffee House
Kelantan Kitchen

Kemudahan-Kemudahan Yang Terdapat di Hotel Perdana Kota Bharu 

Swimming Pool
Gym

Kesimpulannya, hotel ni memang best dan masih fresh. Perabot-perabot baru dan modern. Sesekali terbau 'ke-baruan' perabot di hotel ini. Lokasi hotel ni pun berdekatan dengan tempat-tempat tarikan pelancong dan juga airport. Sesuai untuk percutian keluarga, business dan lain-lain lagi.

Opsss terlupa pula. Kat sini ada spa tauuuuu!!! Dan aku berpeluang untuk merasai pengalaman diurut kat spa ni. Memang best. Hehehehe. So, kalau korang mencari tempat spa best di negeri Kelantan, maybe boleh pertimbangkan untuk ke sini. Highly recommended!

Secret Spa Therapy, Hotel Perdana
Kota Bharu, Kelantan


________________________________
KELANTAN? Ada apa dengan Kelantan? 

Macam-macam adaaaaaaa... sebab itulah negeri ini sering menjadi destinasi pilihan pelancong. Kalau dulu ia terkenal dengan gelaran 'Negeri Cik Siti Wan Kembang', tetapi kini ia digelar dengan title 'Kelantan Unique'. Kenapa?? Sebab negeri ni cukup unik.

Menara Tambatan D'Raja

Kalau aku disuruh beri 3 benda mengenai Kelantan, of course yang pertama mestilah makanan. Ya ampun, naik berkilo-kilo aku kat sini. Banyak sangat pilihan dan murah. Yang kedua, budaya. Budaya masyarakat Kelantan sangat unik. Ada sikit-sikit dipengaruhi dengan budaya Siam yang suka senyum. Yang Ketiga, shopping. Hahaha. Serious wei, shopping kat sini boleh tahan best walaupun takde mall se-gah KLCC, Pavilion mahupun Mid Valley.

Pembuatan Batik di Ayu Fashion, Tumpat

Itulah 3 benda yang berjaya buat aku teruja semasa kunjungan ke negeri Kelantan baru-baru ni bersama Sahabat Media Santai Travel. Last aku pergi Kelantan pada tahun 2008, terkejut mak kau!! Kelantan yang dulu, bukanlah yang sekarang. Banyak sangat perubahan. Benarlah kata orang Kelantan, jangan percaya sangat apa yang digembar-gemburkan kat Facebook. 

Sebaik-baiknya datang, lihat dan feel sendiri. =)

Banyak tempat yang kami pergi sepanjang 3 hari 2 malam di Kelantan. 

Antaranya Tempat-tempat Menarik di Kelantan
- Pertunjukan Wayang Kulit, Kampung Morak
- Ayu Fashion, Chabang Empat, Tumpat
- Kilang Serunding, Kampung Laut
- Kelantan Match Factory
- A.Rahman Kayukraf, Kampung Panjang
- Min House Camp
- Istana Jahar
- Muzium Perang Dunia Ke II
- Merdeka Square (Padang Beng)
- Menara Tambatan D'Raja
- Bazar Buluh Kubu
- Kedai Emas Pak Cu Roni

Pasar Siti Khadijah

Tempat-Tempat Makan Best Di Kelantan
- Restoran Yati Ayam Percik
- Bahulu/Akok, Pasir Hor
- Restoran Indra Tomyam
- Nasi Ulam Kampung Kraftangan
- Buffet Makanan di Hotel Perdana

Emas Berkualiti 916 di Kedai Emas Pak Chu Roni

Haaa, seterusnya aku akan cerita di next entry. Ini sekadar teaser. =P

________________________________

American Airliner Plane