Latest Posts

Showing posts with label HOTSPRING. Show all posts
Showing posts with label HOTSPRING. Show all posts
Musim cuti sekolah ni mesti ramai yang merancang percutian bersama keluarga kan? Ni aku nak suggest satu tempat ni.. Apakata korang ke Kolam Air Panas Ulu Legong? Kolam Air Panas Ulu Legong ni terletak kat Baling. Oh dekat je dengan homestay orang asli yang terdapat kat sini. So, bolehlah 2 in 1.

Kalau taknak menginap kat homestay, kat dalam Kolam Air Panas Ulu Legong ni pun ada chalet yang boleh disewa. Haaa, pasal makanan tak perlu risau. Kat dalam ni ada kafe, taman permainan dan lain-lain lagi yang disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Kolam Air Panas Ulu Legong

Kolam Air Panas Ulu Legong ni dibuka 24 jam. Pagi, petang, siang, malam. Pilihlah waktu yang korang suka. Ada orang suka pergi malam. Ada orang suka pergi pagi.

Papan Tanda


Harga Tiket Masuk Kolam Air Panas Ulu Legong

Dewasa 
RM 6 (mykad) RM10 (tanpa mykad)

Kanak-kanak
RM3 (mykid) RM6 (tanpa mykid)

Pesara Warga Emas/ Oku
RM4


Kolam Air Panas Ulu Legong ni sering dijadikan pilihan destinasi keluarga khususnya bagi penduduk belah utara kerana dipercayai dapat mengubati penyakit. 


Kolam Asal

Kat sini ada banyak kolam. So, bolehlah pilih nak pergi mana. Kawasan Kolam Air Panas Ulu Legong ni sangat luas. Aku rasa inilah kolam air panas paling besar yang pernah aku pergi. Selalunya 2-3 kolam je..



Macam aku cakap tadi, kat sini ada macam-macam. Ada gazebo, taman permainan, jogging track dan lain-lain lagi. Sebab tu aku sarankan kalian menginap je kat chalet yang terdapat di Kolam Air Panas Ulu Legong ni. Bagi yang nak selesa lebih, bolehlah menginap di VVIP Chalet, bagi yang datang dengan keluarga mungkin boleh menginap di Deluxe Chalet.

Bagi yang datang dengan kawan bolehlah menginap di Standard Chalet atau bagi yang nak jimat menginaplah di dormitory (dorm). Semuanya terpulang pada bajet korang.

Memang bestlah kalau ke Kolam Air Panas Ulu Legong ni. Persekitarannya sahaja dah menambat hati. Udara yang segar, berlatarkan bukit bukau... nyaman!

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling, Kedah

No Phone
044721548 | 044721568

KELEBIHAN MANDI KOLAM AIR PANAS | Kolam Air Panas Annah Rais ni tiada dalam itinerary semasa trip ke Kuching tempoh hari. Tapi aku kawtim dengan abang driver untuk ke sini. Nasiblah Encik Bong layankan aje permintaan aku ni. Haha. 

Dah nama pun Kolam Air Panas Annah Rais mestilah terletak berhampiran dengan Rumah Panjang Annah Rais. Apa yang membezakan kolam ini dengan kolam air panas yang lain, kedudukan kolam ini.

Tempat Letak Kereta

Yeay, Berjaya Juga Sampai Sini

Notis

Bayaran Masuk Kolam Air Panas Annah Rais
Dewasa RM5
Pelajar dari umur 7 hingga 17 tahun RM3


Jalan Masuk Ke Kolam


Yang Ni Aku Tak Tahu Apa Fungsi Dia.. Haha

Kedudukan Kolam Air Panas Annah Rais ini terletak di tepi sungai. Jadi, korang boleh pilih. Nak mandi sungai ke, nak mandi kolam. Nak dua-dua pun boleh. *ish, tamaknya* haha.

Kolam Air Panas Annah Rais ini juga dikatakan antara kolam yang dapat menyembuhkan penyakit. Haa, nak tahu sejauh mana kebenarannya, trylah mandi kat sini. Tapi dalam konteks kesihatan pun terdapat pelbagai manfaat jika mandi air panas. Eh, kolam air panas. Antaranya elok untuk pesakit kencing manis, sakit jantung, sakit kulit, asma, sakit otot dan lain-lanin lagi.


Kolam Air Panas Annah Rais
Sungai Yang Bersih

Nanas
Tangga Menghubungkan Atas Ke Bawah
Tandas
Ruang Lepak
Jangan Tertipu  - Sebenarnya Tinggi Benda Shower Ni

Hehehe, pendek je kan entri aku kali ni. Aku tak mandi pun. Sekadar survey untuk trip akan datang. So far, Kolam Air Panas Annah Rais ni tiada cacat cela. Datang ke sini 2 in 1, mandi sungai dan mandi air panas. Jimatkan? Air bersih dan jernih pula tu. Hehehe. 



Masa on the way balik, terlihat rumah comel ni. Encik Bong kata ini adalah homestay.



Apa-apapun, terima kasih Encik Bong dan Sarawak Tourism Board.

Hari ni aku nak ajak korang ke Wet World Air Panas Pedas. Huh, kat mana tu? Semestinya kat Pedas Negeri Sembilan. Tak syoklah kalau hanya tahu nyanyi lagu 'Rembau Most Wanted' tapi tak selami apa yang istimewanya kat sana. Kan?

Wet World Air Panas Pedas ni memang terkenal bagi penduduk Noghori sebab keunikannya yang luar biasa. Tapi korang yang duduk kat luar Negeri (ecececeh fefeling duduk oversea), tu tahu ke kewujudan Wet World Air Panas Pedas ni?

Meh sini aku nak cerita sedikit. Wet World Air Panas Pedas ni adalah milik syarikat OWG atau nama panjangnya Only World Group yang juga mengelolakan Wet World Shah Alam, Kota Tinggi Waterfall Resort, Wet World Batu Pahat dan banyak lagi. Kira Well-Known jugalah. Click sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OWG : link.

Dannnnnn, kat Wet World Air Panas Pedas bukanlah air panas semata-mata, tetapi juga mempunyai pelbagai tarikan lain yang semestinya buat korang rasa taknak balik. Haha.

Lagi best bayaran masuk ke Wet World Air Panas Pedas ni murah gila!!! Haa, apa? Jauh? Dok eh, dekat je dengan tol Pedas/Linggi. Kalau korang boleh bersusah payah ke Port Dickson, kenapa tidak ke Pedas? Jarak aku tengok lebih kurang sama je. Nak dekat lagi lalu tol Senawang. Kalau ke sini lalu Senawang, korang bolehlah pekena cendol famous kat tepi jalan tu. Seronoknya!!!


entrance

sentiasa penuh
di sini bermula sejarah Air Panas Pedas
Ingat tu !!!
Kerusi Rest N Go pun ada?? 
Untuk korang yang akan meneruskan perjalanan jauh, mana tahu badan lenguh-lenguh selepas mandi... hehehehehe :)

Harga Tiket Masuk Wet World Air Panas Pedas

Hari Biasa
Dewasa - RM 10
Kanak-Kanak RM8

Cuti Sekolah/Public Holidays
Dewasa - RM12
Kanak-kanak RM10

Ehhhhh, murahnya?? Jangan tak percaya!!! Mandilah sepuas-puasnya.

as usual
membantu anda
kedai souvenir
kadar sewa pelampung

Double Tube :
Rental RM15
Deposit RM 10

Single Tube :
Rental RM10
Deposit RM10

kandungan Mineral Air Panas
 
memang tak ramailah masa aku pergi sebab tengahari. 
tapi kalau pergi malam .. perghhhh, meriah!!
sila patuhi syarat!!
reflexology walk, bagus untuk kesihatan kaki anda
tempat duduk comel bagi kanak-kanak
permainan kanak-kanak
hehehe .. MR Turtle
take away corner
kuih muih, nasi, buah, sandwich.. waduh-waduh kelaparan gwe tengok!
eh, nak kemana tu?
untuk disewa
harga sewaan cabana/pondok

dan banyak lagi .... ada slide, ada river, macam-macam adaaaaaaaaaaaa...



Lebih istimewa, kat sini ada mini zoo. Bersuka-ria sambil belajar.
Wah .. bagus tu!


mini zoo
erkk, kesukaan Mr Bean

Wet World Air Panas Pedas juga sering menjadi tumpuan company-company besar untuk mengadakan family day. Bukan setakat company di Negeri Sembilan, malah menjadi pilihan company-company dari Melaka, Johor, Selangor dan juga SINGAPORE. WOW!!!


Dan jangan khuatir, kat sini juga terdapat surau khas untuk anda menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Bersih dan selesa. Hehehehehehe :)

surau
bilik rawatan kecemasan
kantin
ada juga
jom makan !!
nyum.. nyum

Dah, jom pergi hari ni... 

picture credit to wet world

Wet World Air Panas Pedas
Lot 603, Mukim Pedas,
71400 Pedas, Negeri Sembilan

No Tel :
06 6858 027

Email :
sales.wwapr@owg.com.my

Sexy Red Lips