Latest Posts

Showing posts with label HOTEL JOHOR BHARU. Show all posts
Showing posts with label HOTEL JOHOR BHARU. Show all posts
Salam hormat, salam satu Malaysia.

Fuh... fuh .. berhabuk belog ini setelah sekian lama menyepi. Entah mengapa mood nak berbelog dah ke laut. 

So sepanjang kesepian aku ni, adalah beberapa tempat yang aku pergi seperti England dan juga Yogyakarta. Rasa-rasa nak update ke tak eh? Hehehe.

Tapi yang pastinya hari ni aku nak cerita pengalaman aku menginap di Legoland Malaysia Resort Johor. Aku pasti ramai dah pernah menginap kat sana kan? Tapi aku first time and seriously, I wanna go there again!! Syoklah stay situ .. Dari lobi, lift yang super happening, food for breakfast and dinner sampailah ke bilik. Totally made my day.

Hallway

Hiasan Halloween di mana-mana

So kami diberi bilik jenis premium adventure theme ..

As a first timer, I don't expect much. Perasaan sebelum tu like, "maybe bilik biasa-biasa". Tapi bila dah check in dan masuk bilik. Fuh, luar biasa betul keadaannya. 

Lobi hotel (port lepak untuk kanak-kanak)
Front desk

Bilik dibahagikan kepada 2 bahagian. Untuk kanak-kanak dan untuk ibu bapa. Dipisahkan dengan sliding door. Bukan tu je, dalam bilik kanak-kanak siap ada tv lagi untuk diorang. So, takdelah adegan berebut tv nanti. 

Sliding door

Marilah kita lihat part dewasa dahulu... 

Katil yang luas (king size)
Meja, tv and etc.
Wifi password kat tv ye ...
Trivia teka teki ...
 Welcome note
 Inilah tentera-tentera yang aku bawa hari tu .. haha

Soala trivia teka teki tu haruslah korang selesaikan untuk buka peti besi yang terdapat kat bahagian kanak-kanak tu. Semua clue ada kat bilik. Agak memeningkanlah juga. Mujur ada anak gajah, empunya belog kitepunye.com tu datang membantu. Mekasih!

Untuk bilik kanak-kanak, ia boleh menempatkan 3 orang. Al-maklumlah katil 3 tingkat. Yang bawah sekali tu kena tarik keluar. Agak tersembunyi sedikit. Hehe.

Ruang kanak-kanak ...
TV ... and lego.. and lego ..
Salah satu clue kat sini tau
 Peti ni lah korang kena buka
Taraaa, inilah isi dalam dia ...
 Sekotak lego dalam bilik
 Almari jenis open concept

Seronoklah stay sini. Memang lain dari yang lain. Kanak-kanak pun tak jemu. Selalunya memang bermasalah sikit kalau bawa bebudak ni kan? Tapi di Legoland Malaysia Resort, mereka ada cara untuk buat kanak-kanak ni terpesona. Dalam kata lain, pandai tackle hati diorang. Siap request nak duduk kat lobi lagi. Hahaha.

 Hiasan lego di mana-mana .. 
 Sinki for adult and sinki for kids
Amenities

And the most precious moment adalah ....

Sunset dari bilik. Subhanallah .. 

Selain dari ruang lobi yang kids friendly, kat satu tempat lain terdapat juga City Play. Which is ada ruang beriadah untuk budak-budak. Dan jangan bimbang dengan keselamatan diorang sebab hotel ni dijamin selamat. Security ketat! 

 City Play
 Kedai Lego

Memandangkan sekarang tengah panas dengan halloween, so sana sini memang ada dekorasi halloween. And malam tu pun ada mini show kat lobi. This one, aku tak berani jamin hari lain ada ke tak. Maybe follow tema kot.  Tapi apa yang aku boleh jamin, bebudak suka. Siap menari-nari lagi. Termasuklah si Fatimah tu.. Oh fatimah ...


And kalau korang stay sini, aku suggest tryla buffet diorang. Memang berbaloi. Banyak pilihan makanan sampai dah tak tahu nak makan apa. Semuanya sedap. Ini ikhlas dari hati. Review ikhlas! My sister pun sampai terkelu tengok pilihan makanan yang ada.


Insyallah ini bukan kunjungan terakhir aku. Hopefully I can come again in the future. Really love this hotel a lot! Thank you Legoland.

Untuk kengkawan yang teringin nak stay sini .. Bolehlah jenguk-jenguk website mereka.



Perlu diingatkan, hotel ni selalu fully booked. Kalau nak stay, sila book cepat!
(^_^)


American Airliner Plane