Latest Posts

Showing posts with label HO CHI MINH. Show all posts
Showing posts with label HO CHI MINH. Show all posts
ya ampun!!!!!!!!!!! sedar tak sedar.... dah lama ku perapkan entry ni ... nasib terperasan. ish ish ish... basi yang tak berapa basi. hahahaha. ampun.  :p

ho chi minh city dari atas

trip ke hcmc ni i serahkan kat haziqah untuk plan everything except for my tiket and duit shoppinglah, tu I handle sendiri. well, as i mention earlier, Haziqah said, ini turn dia pula belanja I. thanks babe..

and Tai Hai Long Hotel & Spa menjadi pilihan. katanya, sebab dekat dengan Ben Thanh.
Tan Hai Long ni under Silverland company kat HCMC | HOTEL MURAH DI HO CHI MINH CITY

lobi hotel

Jenis bilik : Junior Suite
harga: tak tahu. 
* rate : 3-4 stars.. entah. 

(btw thank you aunty @ haziqah's mum)

satu double, and satu single.. okaylah kan?
selesa dan tak perlu jalan jauh


ade jacuzzi lagi.. hehehe


sampai hotel lebih kurang 8pm.. still early nak tidur.. jadi kami pun decide nak jalan-jalan area Hard Rock Cafe SAIGON. maklumlah, still blur-blur lagi.. kira jalan-jalan warm up gitewww!

kat Ho Chi Minh ni, banyak kes Scam Taxi. jangan sesekali naik beca.
so, kalau naik taxi, silalah Vinasun Taxi kalau nak selamat

dan pesanan pihak hotel, setiap kali naik taxi...
-catatkan no
-ambil details pemandu

NOTED!!

Hard Rock Cafe Saigon

after memborong di HARD ROCK CAFE Saigon, kami sempatlah jalan-jalan di sekitar Diamond Plaza sebelum ambil teksi pulang ke hotel.actually HCMC ni takdelah besar mana. kalau rajin ala-ala mat salleh, jalan kaki pun boleh.. tapi kalau malas macam we all, teksilah jawapannya. naik teksi pun takdelah mahal mana. 

nampak macam sakai-mall.. tapi dalam dia, ada ferragamo and lln.

and, after that, kami ke Ben Thanh Night Market dan kawasan sekitarnya.  jalan kaki je dari hotel.


kopi vietnam!!! sila dapatkan yang HALAL.



masa kami kat sini, masa tu jugaklah musim durian..memang menggoda habis!!! 
tapi  bila tanya harga. double triple dari harga malaysia.. haish..

FIRST DAY :

first day ni kami decide jalan-jalan area HCMC sahaja. at first macam nak ke Cuchi Tunnels. Tapi Haziqah pula taknak pergi. sobsss. so, mulakan hari dengan breakfast kat hotel. 

tapi potong selera betul bila nampak pork kat bahagian omelet. cis!
terus terbatal niat nak makan. nasiblah restoran halal sebelah hotel je


dan brunch kami di Kampung Melayu Halal Restoran.
harga.. ehem.. murah lagi Malaysia. alah, anggap je makan kat Delicious
:P

jangan sesekali ambil. kalau sudi membayar silakan.
TISU BASAH ini BUKAN FREE

memang betul pun kampung melayu.. sebab pelanggan pun majority Melayu

dimana-mana pasti ada.. haih.

then, kami naik ke hotel kejap untuk book for trip ke Mekong. kat HCMC ni senang. majority hotel ada menyediakan kaunter untuk pelancongan ke tempat-tempat menarik di Vietnam ni. Cuma harga je berbeza-beza. 


Then, as usual.. ambil taxi. destinasi seterusnya ..
HO CHI MINH CITY POST OFFICE

Notre-Dame HO CHI MINH CITY
(vietnam ni banyak unsur US+French)



Post Office Ho Chi Minh City. okay ini wajib pergi. 
one of the historical building kat sini

kat dalam post office


dari sini kami berjalan kaki ke kawasan sekitarnya dengan berpandukan map yang hotel kasi.


Reunification Palace

Another thing yang anda perlu tahu, kat sini motor adalah pengangkutan utama. so banyak sangat GILA tak berapa gilalah, bilangan motor kat sini. senang mencelah and i terjumpa beberapa mat salleh naik skuter. so, i think bolehlah sewa kot. 


and last untuk petang itu.. kami ke Starbucks Coffee. biasalah, Haziqah si ratu coffee tetiba teringin kopi starbucks di samping beli tumbler yang orang pesan. hehehe.. sukalah tu dapat tumbler. cait!




dan malam tu, kami ke Rong Vang untuk menyaksikan Golden Water Puppet Show. For first timer, bolehlah. sebab show ni agak traditional. so kalau traditional sangat fefahamlah camana rasanya.. hahaha. well, jangan lupa ambil risalah translation. kalau tak memanglah mati katak sebab they all cakap bahasa vietnam.. sepatah haram pun tak faham. hahaha. (harga tiket :150k dong)


p/s : Water Puppet Show ni menceritakan kehidupan masyarakat kat Sungai Mekong.. 
dan mitos-mitos yang ada kat sana. 

okaylah.. continue later....

Travelogue Ho Chi Minh :
SHOPPING TRIP KE VIETNAM | I .... bukanlah peminat kopi. bila tengok orang addicted dengan kopi, i terus rasa pelik. sedap ke kopi tu sampai ada manusia yang tak minum kopi sehari menggeletar satu badan? o_O

tapi benda ni berubah sekelip mata bila menjejakkan kaki ke vietnam. BENARLAH. kopi vietnam antara yang tersedap. kalau diberi pilihan pergi vietnam just untuk minum kopi pun saya sanggup. sedap sangat! you guys must try. takkan menyesal. :)

dan hari ni, i bukanlah nak buat entry pasal kopi. but i have to admit now, i addicted gila dengan vietnam coffee. muahaha. as you all know, seminggu selepas i balik dari europe tempoh hari, i ke vietnam pula. pada asalnya, ia adalah plan suka suki. tak dirancang dengan betul. perasaan 50-50 nak pergi ke tak.

sebabnya, I jenis judge tempat melalui google. tengok gambar vietnam terus rasa down. yang excitednya pasal geography (well-known Mekong River) and history (Chuchi Tunnel).. the rest, shopping ke, apa ke.. i'm not excited at all. =p

sampailah hari nak pergi, barulah terkial-kial beli tiket beberapa jam sebelum berlepas. (3 hours macam tu.. haha .. crazy!).. and suprised, flight penuh! oh, gosh! matilah. sebab i dah janji dengan haziqah. (she paid for the hotel, taxi and makanan sikit-sikit.. thanks babe.. balas budi belanja dia kat jakarta tempoh hari katanya).. and,  i decided beli je business ticket. secara kebetulan, ada 3 seats kat business. alhamdulillah.

and, hereeee... the Vietnam Story.... ;)

alhamdulillah

excited wei tengok sungai ni... hahaha. so cantik!

populasi yang sangat padat

sampai je sana, i kena tunggu haziqah and her mom kat airport. my flight 3 hours early from them. melanguklah kat airport tu menanti diorang. 

otw from airport to hotel

di luar hotel

malam tu juga we all ke HRC dahulu. muahaha

my travel partner

dari hrc ke diamond .. 

ben thanh @ night

ubi antara rahsia badan kenapa badan diorang ni slim

kopi .. kopi .. make sure HALAL.

okay ni teaser je.. ala-ala mukadimah. cerita seterusnya ...

BERSAMBUNG ~

Travelogue Ho Chi Minh :

American Airliner Plane