Latest Posts

Showing posts with label HAT YAI. Show all posts
Showing posts with label HAT YAI. Show all posts
Untuk yang terakhir ini adalah entri mengenai Hat Yai. Tak lama pun kami kat Hat Yai. Sementara tunggu keretapi pada jam 4 petang, sempatlah singgah ke beberapa tempat. Kalau ikutkan nak explore banyak tourist spot, tapi sayangnya kebanyakannya jauh. Takut terlepas train pula nanti. Haih.

kehangatan Tahun Baru Cina dirasai kat sini juga

p/s : yang tinggi tu Lee Gardens Plaza yang pernah menjadi mangsa bom

throwback


Pada mulanya, kami rancang untuk ke Khlong Hae ตลาดน้ำคลองแห (Floating Market). Tapi malangnya, Khlong Hae buka jam 3 petang. Memang tak sempatlah kan. Malangnya... Itu adalah satu-satunya tempat wajib pergi bila anda ke Hat Yai. Dengar cerita tempatnya best sangat. Makanan semua sedap-sedap dan murah. Tapi bukan rezeki kami untuk ke sana. Maybe next time. Insyallah.

Kemudian, kami dah macam tak tahu nak pergi mana. Maklum sahajalah tak sempat nak buat research pasal Hat Yai sebelum pergi. Ngeeee. Ke sana, ke sini akhirnya ke Salma Halal Restaurant, Hat Yai.

Salma Halal Restaurant Hat Yai
menu dan harga
nasi goreng usa versi Thailand

Alhamdulillah, kat Salma ni ada FREE WIFI. 
Ibarat mati hidup semula. nampak sangat betapa pentingnya teknologi kan?
Hahahaha

Hat Yai Town


Gim Yong Market

Atas nasihat eazyizzudin.com  kami pun ke Gim Yong Market. Awalnya, kami ingat adalah jual makanan-makanan rare kat sini macam ulat ke, cacing ke... tapi satu ulat pun kami tak jumpa. Sebaliknya, Gim Yong ni ala-ala Ben Thanh Market kat Vietnam tu. Agak boring jugaklah.


Next, aku dan Rasyiqah berpisah. Haa, berpisah?  Aah, tapi kejap je. Syiqah cakap dia nak jalan-jalan area Hat Yai sahaja. Manakala aku, nak pergi salah satu tourist attraction. At least, adalah daripada takde. Jadi, kami terpaksa berpisah dan aku pergi seorang diri.

Nasiblah mini lori yang aku tahan ni baik hati. Cuak juga jalan-jalan seorang diri kat Hat Yai. Nampak je macho di luar, kat dalam jantung dupdapdupdap.. Uh cuak kemain. After tanya orang kat mana paling dekat, majoriti cakap Wat Hat Yai Nai หาดใหญ่ atau lebih glamour dengan nama, "Hat Yai Sleeping Buddha".

Jadi, aku amek mini lori ni untuk pergi dan balik. Harga? 200 baht/return dari Wat Hat Yai Nai ke Stesen Keretapi Hat Yai. 

cute mini lorry
terpaksalah berselfie sebab syiqah takde
besar gila okay patung Sleeping Buddha ni.
thanks pakcik sebab ambilkan gambar walaupun senget

Tu sahajalah.. Sebab lepas tu aku terus ke Stesen Keretapi. Eh jap.. sebelum akhiri cerita Thailand ni, Fazreen dan kawan-kawan sempat ke beberapa tempat menarik kat sekitar Hat Yai ni. Sebab mereka sampai pada hari yang sama cuma mereka sampai lewat dan tidur semalam kat sini.

Khlong Hae, Hat Yai
Thailand



Tiger Show


Tiger show dan Khlong Hae ni dua-dua kami tak dapat pergi. Terima kasih korang sebab sudi share gambar. Ingat jugak dekat kami. Hahaha. 

Hat Yai Railway Station


Saya di sini

suasana di stesen keretapi

sempat lagi.. haha

diorang sangat sangat sangat hormat terhadap raja
rasa macam kat Mumbai pula.. haha

mengatasi kebosanan 

"haih, manalah keretapi ni?"

kata abang tu, bekas kena bom

Keretapi Senandung Langkawi
Hat Yai-KL Sentral

Entah kali berapa naik keretapi tanah melayu (KTMB) ni. Tapi kali ini berbeza dengan yang terdahulu kerana ini kali pertama naik dari Hat Yai ke Malaysia. Phewww! Jadi mesti sesuatu yang excited kan?? Dalam erti kata lain, teruja iolss! hahaha.

Dari Hat Yai ke Malaysia, gerabak kelas pertama @ first class PENUH. Yang ada katil superior dan tempat duduk kerusi. Itu pun nasib kami sempat beli katil superior. Sebab masa kami balik tu SOLD OUT! Nasib sempat kalau tak duduklah selama 14jam ++.

Eh 13 jam? Haa yela 14 jam ++. Dari Hat Yai jam 4 petang, sampai KL Sentral 6.30 pagi. Mahu tak sakit badan kalau duduk tegak sepanjang perjalanan. Erk.

Jom tengok perjalanan kami naik keretapi dari Hatyai ke KL Sentral.


percaya atau tidak, itu sahaja beg yang aku bawa

tiket RM60/katil

ruang dalam gerabak
camwhore dalam train
lapar? malas nak pergi kantin?
naahhh, jualan makanan bergerak pun ada


TRAVELOGUE - KRABI :
- Percutian Bajet ke Krabi Thailand (link)
- Sewa Motor di Krabi Thailand (link)
- Ao Nang View La Villa (link)
- Had Noppharathara National Park Krabi (link)
- Krabi Safari Elephant Trekking (link)
- Phi Phi Island Trip (link)
- Kayaking in Krabi (link)
- Krabi Weekend Night Market (link)
- Howdy Relaxing Hotel Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)
- Day Trip to Hatyai (link)

Tamat
JALAN DARAT KE KRABI | Terdapat beberapa persoalan sebelum kami ke Krabi. Balik nanti nak naik flight ke atau lalu darat? Sekiranya lalu darat, kami kena tempuh Hat Yai terlebih dahulu dan macamana nak balik ikut jalan darat dari Krabi? Selamatkah? 

Memang, siapa tak risau nak ke Hat Yai ketika di Bangkok diistihar darurat? Lebih-lebih lagi Hat Yai pernah menjadi mangsa kejadian bom suatu ketika dahulu. Seram sejuk kami dibuatnya. Tapi aku tetap nak balik ikut darat. Tak kisahlah pasal keselamatan. Tu semua tolak ketepi. Ha, degil kan? Hahaha. Ramai tertanya-tanya, macamana dari Krabi nak pergi Hat Yai?

Ada dua cara, naik mini van atau naik bas ke Hat Yai. Kalau naik van harganya mahal sedikit berbanding bas. Lebih laju dan tidak ramai penumpang. Tapi tak semestinya korang kena naik dari Krabi Town. Korang juga boleh naik dari Ao Nang. Cuma di Krabi Town ada bas ke Hat Yai dan waktunya selang beberapa jam sahaja. Tapi kalau mini van selalunya pagi.

Jadi, pagi tu kami menaiki van bersebelahan dengan Bangnara Roti and Coffee. Kata receptionist di Howdy Hotel, kat sini lagi murah berbanding dekat Stesen Bas Krabi. Kita ikut sahajalah. Dah dia suggest sini. Hehehe. 

Bai Ngoen Tour
240 baht/person (harga tambang van dari Krabi ke Hat Yai)
lagi selesa berbanding bas

singgah sebentar di RnR Trang, Thailand
sebelum meneruskan perjalanan ke Hat Yai

kat sini ada macam-macam .. nak minum, toilet, surau dan lain-lain
HALAL ye. jangan risau :)
Mengantuk? Minum coffee dahulu
Thailand
Lapar?
ada juga jual beberapa barangan makanan & souvenirs
pisang penyek? eh entahlah.
okay dah penat jalan, masa untuk rehatkan kaki
bayar 10 baht/10 minit

dan setelah 3 jam perjalanan .. akhirnya,
HAT YAI KAMI DATANG!!!


TRAVELOGUE - KRABI :
- Percutian Bajet ke Krabi Thailand (link)
- Sewa Motor di Krabi Thailand (link)
- Ao Nang View La Villa (link)
- Had Noppharathara National Park Krabi (link)
- Krabi Safari Elephant Trekking (link)
- Phi Phi Island Trip (link)
- Kayaking in Krabi (link)
- Krabi Weekend Night Market (link)
- Howdy Relaxing Hotel Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)
- Day Trip to Hatyai (link)
Sexy Red Lips