Latest Posts

Showing posts with label FIREFLY AIRLINES. Show all posts
Showing posts with label FIREFLY AIRLINES. Show all posts
Hai, assalamualaikum. Tak jawab dosa! Hihihi. Hari ni aku nak share pengalaman naik Firefly Airlines. Ada tak di antara korang tak pernah naik Firefly Airlines? Kalau tak pernah naik, sila-silalah naik. Especially yang duduk kat area Lembah Klang tu, Firefly Airlines ni beroperasi dekat je dengan kediaman korang. Hehehe.


Firefly Airlines ni adalah anak syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan dinobatkan sebagai Malaysia's First Community Airlines. Dulu penerbangan Firefly ni pernah terbang sampai ke Sabah dan Sarawak, tapi kemudiannya menutup laluan tersebut. Kalau tak, ada yang kena naik dari KLIA Airport untuk terbang ke Sabah dan Sarawak. Tapi kini 100% dari Subang Skypark.

Jenis kapal terbang yang digunakan adalah jenis ATR iaitu kapal terbang kecil berkipas. Macam aku cakap dulu dia fly ke Sabah dan Sarawakkan? Haa, yang tu naik Boeing 737-800. Kat mana kapal terbang tu sekarang? Kalau korang naik Malaysia Airlines, kot-kot ternaik flight Boeing 737 yang tempat duduk hitam (leather biru gelap macam tu dan takde TV tu) tu, itulah kapal terbang Firefly Airlines yang lama. Hehehehe.

Kapal Terbang Firefly Airlines ATR

Dan semestinya ia beroperasi di Subang Skypark. Ala, airport lama kat Subang tu. Sebab tu aku cakap dekat je dengan kediaman korang. Memang dekat pun, cuma dari rumah aku jauh sikit. Haha. Lokasinya pun dah memudahkan korang yang mana duduk kat Lembah Klang dan Selangor.

Kaunter Check In Di Subang Skypark
Boarding Ticket
Comel Je Kan Flight Firefly ni?

Kalau penerbangan lain, naik di pintu depan, berbeza dengan Firefly korang kena naik ikut pintu belakang dan tempat duduk istimewa (preferred seat) pun bermula dari seat paling belakang. Hehehe. Tapi aku maintain tetap suka duduk kat ruang hadapan.

Boarding Now
 
Dalam Flight

Perkara paling menarik paling best mengenai Firefly Airlines, korang boleh secure tempat duduk di sebelah korang. Maksudnya kengkadang kita rasa jelek dengan orang yang duduk di sebelah atau mungkin nak duduk seorang so requestlah seat sebelah juga dengan The Empty Seat Option.

Secure An Empty Seat
 
Gambar Candid Kisah Tatie Semasa Menaiki Firefly Airlines
Majalah Fireflyz 
Makanan Percuma Dalam Flight
Lapar Lagi? Boleh Beli Yang Lain
Tandas 

Kalau nak cakap tak selamat, naik basikal pun boleh berlaku accident. Tapi so far, takde pula cerita tak best mengenai Firefly. Kalau air turn back tu normal lah kan dalam dunia aviation. :)

Happy Passengers
Sunset View Dari Jendela
Group Photo

Dan masa balik dari Langkawi hari tu, kitorang sempat bergambar dengan crew. Bangga gila okay captain perempuan yang bawa flight ni. Perfect landing! Aye, aye captain. :)

Ehem, nama dia Captain Sofia. Tapi bukan Captain Sharifah Sofia yang kat Fesbuk tu ye. Aku dah tanya, memang bukan dia. Malah, Captain Sofia yang ni sangat lemah lembut dan tegas.

Bergambar dengan Captain Sofia Hani 

Thank You Firefly

Kot-kot ada yang belum beli tiket balik raya, bolehlah beli sekarang. Firefly Airlines juga sering menawarkan harga tambang murah kat penerbangannya. Happy flying!

Website:

American Airliner Plane