Latest Posts

Showing posts with label BOHOL. Show all posts
Showing posts with label BOHOL. Show all posts
Sebenar-benarnya balik dari Philippines hari tu, aku terus melepek kat bilik. Penatnya sampai hari ni. Nak update blog pun, macam blur and blank. Maybe diriku masih di Bohol lagi, hanya jasad sahaja di Malaysia. Hahaha. =P

Oh, by the way, contest Anniversary dah semakin hampir ke penghujung dan contest Turkey masih lagi rancak kat instagram. Bagi sesiapa yang mengalami kekeliruan pasal Turkey tu, jangan khuatir. Hadiah kedua, ketiga kan ada lagi? Nanti aku reveal pasal Hotel Port Dickson tu ya? Ya pasti ianya sangat ohsem.

And hari ni, aku nak bercerita pasal Tarsier. Apa tu tarsier? Kenapa pergi Bohol kena tengok tarsier? Haaa, jomla ke Tarsier Conservation Area, Loboc Bohol.

TARSIER atau dalam bahasa Melayu, KERA HANTU

Hahaha. Lucukan? Kera hantu? Mihmihmih.

Actually Tarsier ni ada je kat Sabah, tapi kat Bohol, ianya famous. Binatang ni kecil je. Mati-mati masa on the way ke tempat ni, aku ingat ia sebesar koala bear. Rupa-rupa cinonet je. Binatang ni dikategorikan sebagai binatang hampir pupus. Sebab tu ia dijaga dengan penuh baik dan caring kat Bohol ni.


Petang-petang, tarsier suka tidur. Bila menjelang malam ianya aktif. Tapi tempat yang aku pergi ni best. Sebab ia bukan zoo, sebaliknya tarsier ini dilepas bebas, cuma korang tak boleh sentuh binatang ni. Takut nanti dia gigit.. Haa, tak ke naya nanti? T_T

Shushhh... senyap!!
"Tomel Tak Tayeeee"
Small 
Bila Tarsier Buka Mata
Hahaha, Comel Je Dia Tidur
Tempat Melihat Tarsier

Kat sini juga ada kedai souvenir. Honestly, sini murah compare dengan tempat lain. Tapi ada dua section. Satu di exit, satu lagi kat entrance. Tapi kat entrance lagi murah. Argh, senang cerita.. dua-dua lagi murahlah berbanding tempat lain kat Bohol ni. 

Souvenirs Bohol 
Keadaan Persekitaran
Souvenir Shop Dekat Entrance
Tarsier Conservation Area

Entrance Fee For Tarsier Conservation Area
PhP 60 peso (adult)
Free for children bawah 12 tahun.

Tarsier Conservation Area
Upper Bonbon, Loboc,
6316, Bohol

________________________________
Aku sememangnya gayat dengan ketinggian. Boleh mengigil-ngigil dan ada kalanya sampai merangkak. Tapi itu bila berada di tempat tinggi seperti bangunan, zipline dan lain-lain. Kapal terbang?? Oh itu je yang aku tak gayat. Hahhaa.

Tapi bila ke Chocolate Hills Adventure Park (Chap) Bohol ni mana boleh layan perasaan gayat tu... Haishhhh, rugi!! Sebab kat sini ada bike zip. Seronok memang sangat seronok. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni.. Hahaha.

Bike Zip di Bohol

Harga Aktiiviti Bike Zip di Bohol
 400 peso/pax

Memang kalau tengok, eiii takutnya. Ngerinya. Tapi percayalah, ia tak sengeri yang disangkakan. Sangat menyeronokkan kayuh basikal di udara. Aktiviti ni boleh dilakukan seorang diri atau berdua. Semestinya sangat best dan teruja sambil mengayuh sambil menikmati pemandangan Chocolate Hills.

Chocolate Hills Adventure Park Bohol

Entrance Fee : 60 peso/pax

Chocolate Hills Adventure Park Bohol ni letaknya kat Brgy, Buanos Aires, Carmen di Bohol kira-kira 1 jam 15 minit perjalanan dari bandar Tagbilaran. Tapi sepanjang perjalanan ke sini korang dapat melihat panorama cantik dan alang-alang tu boleh tengok Tarsier. Apa tu Tarsier?? Yang tu nanti aku cerita kat next entry ya?? Hihihihi.

Jom ke CHAPS Bohol
Kuya Keith & Friends?? Apa tu??
Buffet For Only Php 300

Kat Chocolate Hills Adventure Park ni havoc dengan 20 aktiviti dan paling famous haruslah bike zip. Selebihnya seperti The Snake Ladder (Tree Top RCA), The Pentagon (Tree Top RCB), Gymbaskids (Child Rope Course), Eco-hiking Trail, Camping, Chicken Feeding, Fish Feeding dan lain-lain lagi.

Jambatan Gantung
Bersih dan Jernih

And, kat sini juga ada Ladang Rama-Rama

Iskkk.. Geli
Beraninya Dia Ni
I'm A Butterfly
Salah Satu Rama-Rama Yang Sempat Aku Capture
Cendawan
Kemana Kita?

Jalan Ke Destinasi

Kat sini korang takkan sesatlah. Sebab ada banyak papan tanda dan hanya ikut je titi yang diorang sediakan. Kasut tak kotor dan sila-sila hirup udara yang fresh. Terbaiklah!

Serpentarium (Tempat Ular)

BIKE ZIP IN BOHOL, PHILIPPINES

Chocolate Hills Adventure Park ni sangat menitikberatkan keselamatan pengunjung. Sebab tu la aku berani naik bike zip. Sebelum naik basikal, korang kena menjalani ujian kesihatan dulu. Test blood pressure dan jantung. Baguskan?

Health Test
Alamak Kena Mendaki Tangga.. Penatnya!!
Flora

Bila orang tu kata kena daki 200 lebih anak tangga, memang korang rasa.. Fuh, jauhnya.. Penatnya. Tapi once dah sampai atas. Perghhh... Sesuatu yang sangat mengujakan. Pemandangan yang tidak dapat dilihat di tempat lain. Best!! Cantik!! Subhanallah.

Mak Dah Penat Nakkk... Hahaha
Chocolate Hills 
Dengan Rosila
Tengok Dari Bawah, Dah Kecut .. Haha

Lepas berbasikal, bolehlah print gambar. Masa naik bike zip, korang tak dinasihatkan untuk bawa kamera?. Takut jatuh pula handphone/camera tu nanti. Tapi jangan bimbang, ada photographer yang akan capture gambar korang. Nak print gambar murah je, hanya bayar 100 peso sekeping dan kalau korang bawa memory card, bolehlah copy semua gambar yang dia ambil tu.. Murahkan? Aku print satu gambar dan lagi 6 aku copy kat memory card. Hehe.

 

Aku nak story sikit pasal Chocolate Hills ni. Dia sangat unik. Setahun tukar warna dua kali. Kalau time summer, dia berwarna coklat. Sangat cantik dan sebab tu dinamakan Chocolate Hills. The best month nak pergi sini adalah sekitar Mei hingga Julai.

Aktiviti lain di Chocolate Hills Adventure Park ni seperti kat bawah ni : 


Sangat Mencabar!!! Memang aku suggest ke sinilah alang-alang korang ke Bohol. Best!! At least datanglah sekali seumur hidup. Camana nak ke Bohol? Semestinya dengan Airasia. 

Link :



Waktu Operasi
8.30am hingga 5.30 am (daily)

Email :
chocolatehills_adventurepark@yahoo.com

Facebook :

No Phone Chocolate Hills (for Booking)
0932 667 7098
_______________________________________________
Behold Bohol.

Where the azure sea meets the blue sky and powdery white sandy beaches means endless fun under the sun. BOHOL

Where more than thousand hills are alive to the whisper of fresh countryside breeze and are changing color to chocolate brown during summer. BOHOL

Where the Philippine Tarsier leaos freely in sanctuaries as the Boholano community unites and converge efforts for the preservation of the cuddly yet endangered mammal. BOHOL

____________________________________

Kat Mana Lokasi Bohol??

Bohol adalah pulau terbesar di Visayas, iaitu di tengah-tengah Philippines dan dikelilingi 72 pulau-pulau kecil. Bohol sangat famous dengan keindahan alam semulajadi.

Bergambar Dengan Governor Bohol di Kediamannya

Flight Ke Bohol :

Seperti yang aku cakap kat entri lepas, untuk ke sini korang kena naik flight. Setakat ni belum ada direct flight dari Malaysia ke Bohol. Apa korang boleh buat adalah beli tiket Airasia dari Kuala Lumpur ke Manila dan seterusnya ke Tagbilaran ...

KL - Manila - Tagbilaran - Manila - KL

Tagbilaran Airport 
Airasia Zest Stewardess

Dari Kuala Lumpur ke Manila, Airasia terbang 2x sehari


Dari Manila ke Tagbilaran, Airasia terbang 3x sehari


Pssst, please try makanan-makanan di penerbangan Airasia Zest especially dessert. Sinful Chocolate Cake is the best!! (Kalau ada sesape nak pergi sana, aku nak kirim!! Sedapnya)..Tak sama okay menu sana dengan menu Airasia biasa except for Nasi Ayam Uncle Chin and Nasi Lemak Pak Nasser tu memang menu wajib kat semua flight.


Airport Tax :
Tagbilaran Airport 100 Peso
Ninoy Aquino (Manila) Airport 500 Peso

Tukaran Matawang :
Peso 

(check nilai matawang asing di sini : XE)

Cuaca :
Bulan November hingga April adalah mildest time of the year. Boleh jadi hujan lebat atau hujan renyai-renyai atau panas. Summer time dari bulai Mei hingga Julai (the best time untuk melawat Chocolate Hills). Ogos - Oktober adalah bulan yang tidak dinasihatkan untuk lawat area Bohol dan mana-mana di Philippines. Bulan ni aku trauma sikit sebab banyak typhoon, earthquake dan lain-lain. So unpredictable. So, kalau nak melawat Bohol, datangla sepanjang bulan Mei hingga Julai.

Makanan Halal di Bohol:
Non. Sepanjang aku kat sana tak nampak pula restoran makanan halal. Aku suggest bawalah makanan seperti Maggi dan etc. 


Sticky Rice and Mango

Rice Coffee

Makanan Tradisi Bohol :
 Pasalubong - Peanut Kisses - Cab Cab - Tableya 
- Ube  - Cacao - Guso - Nilusak Saging - Kalamay
- Calamay - Brua - Balbacua - Fish Sinanglay



Pengangkutan Awam di Bohol :
Tricycle Ride/ tuk-tuk
Teksi
Habal-habal/ motor
Sewa Kereta (link)
Jeepneys/ Bangkas
V-hires

Bahasa Yang Digunakan di Bohol :
Cebuano
Boholano
Tagalog
English (ramai yang fasih dalam bahasa Inggeris)

Jenis Plug Yang Digunakan Di Bohol :
Diorang pakai plug lain, sila bawa international plug adapter

_____________________________________
American Airliner Plane