Latest Posts

Showing posts with label AMSTERDAM. Show all posts
Showing posts with label AMSTERDAM. Show all posts
TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM | Pagi-pagi lagi alarm clock dah berbunyi 6-7 kali gara-gara tak mahu terlepas countryside tour pagi ni. Kata orang, tak sah pergi amsterdam kalau tak pergi kilang keju, pakai baju traditional dutch, kilang kasut kayu, dan Zaanse Schans. Kalau pergi 21 march-20 May, anda bolehlah pergi Keukenhof (boleh view sini : tulips) tapi masa kami pergi tu, keukenhof dah tutup. sayangkan? lewat dua hari saja.nevermind, next time insyallah datang lagi. :)

Amsterdam ni tak tahulah nak describe macam mana. tapi apa yang penting, rumah-rumah kat sini semua cantik. udaranya pun bersih, masyarakat dia sangat peramah seperti anita, yang kami kenal dalam bas semasa dalam perjalanan ke amsterdam. 

mujurlah hotel kami dekat dengan tram. senang!

Tapi satu je silap kami, tak beli day pass. Dah berlaku pembaziran kat situ. Salah satunya sebab malas nak bertanya, kedua malas nak buang masa cari mana nak beli day pass tu. Tapi naik tram takdelah mahal mana.  2.80/hour. Kira murahlah tu kan? Jadi, jangan tanya saya berapa harga day pass sebab kami tak tahu langsung. ha ha ha. 

Pagi-pagi kami dah tercegat di Dam Square. Anda harus cepat kalau nak join countryside tours ini. tour start jam 9am, tapi by 845am, anda dah kena ada dalam bas. Selain dari countryside tours, ada beberapa lagi tours menarik yang boleh anda join. Tapi sebab, masa yang suntuk, kami pilih countryside tours.36/5 hours dan sangat berbaloi. Seperti saya cakap, tak sah pergi Amsterdam kalau tak melawat tempat-tempat wajib pergi and sumpah cantik! 

sampai je dam square, cari tours and tickets ni tau!

COUNTRYSIDE TOUR IN AMSTERDAM 

LET'S GO 

bagi yang suka scenery or history, i'm sure you gonna love this tours! 

Sepanjang perjalanan, anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang menarik dan rumah yang cantik. Tidak ketinggalan juga, earphones yang mereka kasi boleh digunakan dalam bas. Terdapat pelbagai pilihan bahasa yang disediakan. Pilih dan dengar. Mudahkan?

16 bahasa. 

bas dua tingkat and FULL


Destinasi pertama adalah Volendam. Ada apa kat Volemdam? Fisherman village, cheese factory and Marken express boat. Selain itu, ada juga studio untuk ambil gambar sambil pakai baju dutch. 

Volendam, Amsterdam


Lagi malang lagi my wintercoat semua tertinggal kat London. Kenapa kena pakai wintercoat time spring? Haaa, itulah europe. You can't predict the weather. Hari ini pakai selipar, besok belum tentu pakai lagi. Bukan setakat wintercoat, kasut pun tak bawa. memang agak challenging lah berjalan dalam keadaan sejuk. 

destinasi pertama 
Cheese Factory Demonstrations Museum

Kat sini, kami diajar proses-proses buat cheese. Hati-hati ketika merasa cheese tu. Bukannya apa, Terdapat juga cheese yang contain gluten or dalam erti lain.. erkk. faham-faham jela. :p


dan sesiapa nak beli cheese atau souvenir berkaitan dengan cheese pun boleh. 

ishhh, dia ni.. nak jugak bergambar.

Kami kat sini adalah dalam 40 minit. masa keluar tu, tiba-tiba hujan batu. no wonder, cuaca sejuk semacam. nasib sekejap. Dapatlah bertahan sedikit walaupun gigi dah terketar-ketar.

Sementara menunggu masa, kami sempatlah bercamwhore dahulu. Oh ya, bersebelahan dengan tempat cheese ni ada kedai souvenir yang murah! Diskaun yang hebat, harga yang menakjubkan. 

 kill the time. gitu!
teringat seorang kawan pernah kasi tips, kalau rasa sejuk makanlah benda sejuk
eh, ye ke? tak pernah cuba.

Dari Cheese Factory Demonstrations Museum kami ke Fisherman Village. jalan kaki sahaja! sementara menunggu Marken Express Boat, kami diberi masa 20 minit. boleh makan, boleh ambil gambar di studio, beli souvenirs dan bermacam-macam lagi. Macam saya dan suami, sempatlah ambil gambar kat studio. Nanti saya scan okay! kejap je proses nak siap. about 10 minutes dah siap. 

Marken Express

MARKEN EXPRESS BOAT ni dua tingkat. Tapi sebab sejuk, ramai yang pilih untuk duduk bawah dan dalam. Very nice scenery sepanjang perjalanan. Jujur saya cakap, saya  lagi enjoy naik Marken Express dari boat kat venice yang sesak dengan manusia. 


sampailah ke destinasi. 


berjalan lagi .. kali ni dengan keadaan hujan batu.. nasib batu ais batu kecil-kecil.


 Clogs Factory


 kat sini kami diajar cara-cara bagaimana nak buat clogs.


dan sesiapa nak beli souvenir bolehlah beli kat sini. cuma harganya agak mahal berbanding kat luar.


Zaanse Schans

Destinasi terakhir kami adalah Zaanse Schans. Zaanse Schans ni sangat best! otw ke sini dari clogs factory, anda akan melalui pemandangan yang cantik. tak boleh describe dengan kata-kata, silalah datang dan join tour ni. ini bukan nak promote, tapi memang kenyataan!

zaanse schans map


Kat sini barulah kami diberi peluang bergerak bebas tanpa berkumpulan. Boleh jalan berseorang, berdua, bertiga.. suka hati kamulah. Janji on time, siapa lambat kena tinggal. Oleh kerana takut kena tinggal, kami berdua tak berani nak masuk dalam Windmill. Takut nanti terover time, tak pasal-pasal kena jalan kaki balik bandar nanti. hehe. 

dan kat sini pun ada clogs workshop. 


Berakhirlah 5 jam countryside tours pada hari ini. tours ini ada dua session. satu pagi, 9am dan satu lagi petang, 2pm. Ikut anda nak pergi mana. But for me, baiklah pergi pagi. petang boleh buat aktiviti lain.

pemandu bas yang friendly

bas lain yang disediakan oleh syarikat ni.. tapi destinasi yang berbeza.

Dah 5 jam, mestilah lapar kan? tambahan lagi, pagi tadi tak breakfast gara-gara kejar masa. Nasiblah dekat Dam Square ada kedai halal. harga? tutup mata, janji kenyang! he he he.

sparkling ice tea
kebab . kebab . kebab .

Lepas makan, kami buat aktiviti jalan-jalan sekitar bandar. actually, main hentam je ni. sampai sesatlah kat dam square. gara-gara tiada maps dan malas nak bertanya. hahaha. tapi sesat pun, kami enjoy. sebab amsterdam kecil je. pusing-pusing jumpa balik jalan tadi.

kat belakang tu antara mercu tanda amsterdam. 
tapi kami lupa apa nama dia.

 Amsterdam Central

Tujuan ke sini adalah untuk survey harga locker (tempat simpan bagasi di Amsterdam Central). Kalau korang nak letak bag kat luggage, kat Amsterdam Central dan Schiphol Airport ada tempat simpan barang dengan harga yang berpatutan. Tapi kat sini wajib pakai kad. No cash! For safety reason katanya. Manalah tahu anda letak bom ke apa ke, so dengan kad cc/debit tu dapatla detect nama anda. bijak tak?


Hard Rock Cafe Amsterdam 

My goodness, masa masuk HRC ni, nyaris-nyaris ingat ni HRC Penang. secara kebetulan group Public Bank Mutual buat trip ke amsterdam. jadi mereka serbulah HRC masa yang sama kami pergi situ, dan cakap loghat utara. Sudah, riuh rendahlah jadinya kat dalam tu. haha. 


 The Rijksmuseum Amsterdam

Tak digalakkan datang sini. Banyak lagi tempat yang ada I amsterdam. sebab kat sini sesak dengan tourist! jadi kalau tourist sesama tourist khususnya mereka yang datang dari negara dot dot, harapanlah diorang ni nak hormat orang lain. 

I is for Izzati
T is for Tatie


Lepas itu, kami ke Dam Square balik. Hunting for souvenir. Fridge magnet, piring amsterdam dan beberapa souvenir lain bolehlah cari kat sini. Murah! kat sini juga ada currency exchange dan tempat shopping yang best. nasiblah iman kuat. beberapa kali jugalah keluar masuk butik, tapi cekalkan hati dan berkata beg dah penuh. muahaha.

Madame Tussaud Amsterdam
 Superhero dan Supirhero
cak!

Sex Museum

Kata orang, tak sah pergi Amsterdam kalau tak masuk sex museum. tapi, bila kami masuk... ZzzZZZzz. tersangatlah bosan. mostly pasal sejarahlah. dah kata muzium. jadi tak recommend sangat untuk anda datang sini. wasting money!


 Red Light District

Tempat paling glamour kat amsterdam, tak lain tak bukan red light district. bahaya kalau lelaki jalan seorang, sebab diorang suka tarik. so, kalau jalan berdua make sure pegang tangan pasangan anda. haha. kat sini semua tentang seks. seksi, kedai seks, gadis kaca, live show dan lain-lain. orang lelaki sukalah tempat ni. tapi apa yang lucu, masa kami jalan-jalan, ternampak satu makcik melayu ni, tengah beratur nak tengok live show. hahaha. be positive. maybe dia nak cari pengalaman. haha.


itu sahajalah aktiviti kami sepanjang satu hari ni. banyak juga tempat yang kami tak sempat nak jejak. takpelah, insyallah next time datang lagi.

comelkan kereta ni? 

amsterdam, i'm in love.

Harap semua enjoy dan berpuas hati dengan entry TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI AMSTERDAM ini. Jom ke Amsterdam. Rindunya Amsterdam!

AMSTERDAM TRIP
American Airliner Plane