Latest Posts

Showing posts with label AKTIVITI DI SUPERSTAR GEMINI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI DI SUPERSTAR GEMINI. Show all posts
Halluuuuu .. halluuuuu ... hallluuuu ... masih dalam entri trip bersama Superstar Gemini .. masih banyak lagi benda yang aku nak share dengan korang. Harap bertabah!! Hew, hew, hew.

Sebut pasal pelayaran dengan Star Cruise ni kan, aku dapat banyak DM. Antaranya diorang risau 'boring'. Diorang teringin nak pergi. Tapi partner pulak jenis tak boleh duduk diam. Diorang bimbang partner bosan kat atas kapal. Aduhhhhhhhh!!! 

Ada tu risau anak terjatuh la, anak bosan lah and macam-macamlah yang diorang risau. Hey, belum naik dah macam-macam korang fikir ye ... Isk, isk, isk.

Tengok abang ni, happy je tunggu si kecil dengan belon

NO GAIS !! NO!!! Memang kalau fikir duduk atas kapal 4 hari 3 malam lama or 5 hari 4 malam lama. Tapi kita kan ada stop kat beberapa tempat. Tolak itu ini tidur berapa jam je. Melainkan kalau korang tak nak tidur dan nak duduk kat deck atas tu kira bintang lainlah cerita.

Safety Briefing - WAJIB JOIN. Kalau tak diorang cari sampai ke bilik
Hanya untuk hari pertama sahaja. 

Memang takkan terasa pun perjalananan atas kapal ni. Sebab macam-macam aktiviti kat atas Star Cruise ni yang boleh korang join. Ada yang FREE dan ada yang BERBAYAR. And for kids, ada Child Care Centre. Kat sini korang boleh letak anak korang and banyak aktiviti untuk mereka. Silap haribulan diorang yang tak nak balik. Haha. 😂

First sekali, aktiviti dari pagi sampailah malam. Memang banyak sampai aku dan Dik Bee pun tak sempat nak join semua. Lepas satu-satu ... 

Sentiasa Alert Dengan Star Navigator 

Kat mana nak dapat update mengenai aktiviti-aktiviti atas kapal Star Cruise ni? Haaa, korang kena sentiasa peka dengan pamplet Star Navigator ni. Setiap pagi diorang akan selitkan kat tepi pintu. Dari pamplet ni korang boleh tahu aktiviti harian yang ada kat Superstar Gemini ni. And sometimes diorang buat announcement.

Live Band Sambil Makan Tengahari
Aktiviti for Kids

Aktiviti-aktiviti ni semua tak perlu reservation pun melainkan kalau korang nak join yang berbayar. Tapi kena be on TIME. Sebab diorang sangat tepati masa. 

Laughter Yoga
Aktiviti Ball Kat Swimming Pool

Tapi kalau ikutkan, masa sangat limited. Hanya malam je FREE dan pagi. Sebab awal pagi bangun dan pergi breakfast. Kemudian bersiap-siap sebelum sampai di pelabuhan. Tapi kalau korang jenis siap awal pagi, bolehlah join aktiviti-aktiviti pagi. 

Bollywood Class Dance

Dan yang paling aku suka adalah Circus. Very colourful and attractive. Tapi kalau korang nak tengok circus ni kenalah cepat-cepat naik cruise. Sebab aktiviti kat Superstar Gemini tak semestinya sama every month. Boleh jadi bulan ni lain, bulan depan lain. Sentiasa bertukar-tukar.


Lepas tengok Circus, tengok pula orang buat Ballet Show. Ni pun buat aku rasa nak menari ballet sama-sama. Tapi risau bergegar pula kapal tu nanti. Haha. So baik aku surrender awal-awal, pendam hasrat nak menari ballet tu. 


Arghh, tak sah kalau tengok show tanpa popcorn. Haaa, yang ni korang kena beli. BUKAN FREE. Tapi aku addicted dengan popcorn atas Superstar Gemini ni. Bau dia sedap, rasa dia pun lazat. Yang ni korang kena guna kad access korang untuk beli. So nanti sebelum balik, bayar kat kaunter reception.

Popcorn & Drinks

Malam masih muda .. tak payah tidur awal. Jom berdansa di tepi swimming pool. Aktiviti ni lain-lain setiap hari. Ada zumba dan lain-lain lagi. Tak panas ye uolsss. Sebab malam. Sejuk angin sepoi-sepoi. Serious best!

Zumba Dance
Another  Live Band 

Mana yang rasa diri sentiasa luck tu try la cuba nasib dengan jackpot! Hahaha. 😂 Yang ni memang masyuk! Kalau tak silap hari tu hadiah 6 angka cash juga diorang tawarkan. Oh ya, jangan lupa sertai cabutan bertuah dengan register guna hp. Yang ni korang boleh refer pamplet yang ada kat bilik.

Memasing tunggu nombor naik
Ballet ?? Pole Dance? 
Yang Ni Bukan Parti Mabuk-Mabuk Ye ... Ada Yang Siap Pakai Saree

Dan yang paling happening malam penutup. Persembahan dari crew-crew kapal. Kalau korang nak tau atas kapal ni berbilang bangsa dan agama. So masa aku naik ni, malam penutup diorang menari tarian masing-masing ikut negara asal. 

Persembahan Dari Crew From Vietnam Ke Myanmar
And Penutup Semua Sekali Join Menari Termasuk Penumpang Cruise

Memang best dan sempoi habis. So far atas kapal ni semua harmoni dan majmuk. Takdelah aku nampak orang terlebih minum ke apa. Rasa diorang memang limitkan. Semuanya sporting dan enjoy. Takde clubbing-clubbing. Takde mabuk-mabuk.

Dari segi keselamatan, everywhere ada CCTV. Tak perlu nak bimbang keselamatan anak korang. Aku memang terlupa nak ambil gambar aktiviti kanak-kanak kat Child Care Centre. Tapi kalau ikut pamplet Star Navigator, adalah aktiviti seperti buat coklat, dancing, lego, pyjama party and etc.

Cake Cutting Ceremony (Birthday & Star Cruise 25th Anniversary)

Jadi, masih risau kebosanan atas Superstar Gemini?? Aku rasa korang sendiri akan enjoy dengan show, makan tanpa henti dan macam-macam lagi kat atas kapal ni. Sit back, relax and enjoy cruising.


__________________________________________

American Airliner Plane