Latest Posts

Showing posts with label AKTIVITI DI PULAU REDANG. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI DI PULAU REDANG. Show all posts
PERCUTIAN DI PULAU BELITUNG INDONESIA | Final day.

Penat tak uol baca entri sebelum ni? Penatkan? Haha. Betapa padatnya hari ketiga kami di Pulau Belitung Indonesia. Berbaloilah kalau korang ambil pakej tour dari MTN Getaways ni. Senang, jimat dan memudahkan. 

Tugu Batam Satam (mercu tanda pekan Tanjung Pandan)

Kalau tak kerana ada orang recommend kopi Kong Djie ni mungkin kami takkan lalu pekan ni. Semua gara-gara malam tadi di kedai Souvenir Klapa, aku tanya orang tu. "Kopi mana yang bagus kak?" .. Terus dia jawab, "Kopi yang paling enak di Pulau Belitung ni adalah Kong Djie Coffee."

Memang silaplah dia recommend kopi ni. Dari malam sampai ke pagi, aku asyik remind Encik Drebar untuk singgah jap kedai kopi ni untuk beli ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia. Nasiblah diorang ni layan karenah aku. Haha.



Walaupun Pulau Belitung ni taklah jauh mana dari kampung aku di Bukit Tinggi Sumatera, tetapi aku rasa terdapat kelainan pada gaya hidup masyarakat di sini. Nak kata seperti orang Sumatera bukan, nak kata gaya seperti orang jawa pun bukan. Mereka ni lain. Entahlah .. susah aku nak describe. Korang datanglah sini sendiri.

Kong Djie Coffee Since 1943
Kopi dimasak dengan menggunakan dapur kayu arang. Patutlah sedap!
Kedai Dia Biasa-Biasa Je

Berbalik pada Kong Djie Coffee ni, dengarnya dah ada distributor di Malaysia. Kalau betul, bolehlah korang try. Kopi ni dah dijual di merata tempat di Indonesia. Tetapi asalnya dari Belitung. Masa kat sini sempatlah aku minta sikit kat tauke kedai ni. Nak rasa dulu sebelum beli. Haha. Surprisingly, memang sedap gila. Especially air coklat dia. Nyumsss!! Dari nak beli sepaket terus beli 7 paket campur-campur antara coklat dan kopi. 

Sementara kami kat sini pekena kopi, group lain dah habis makan kat Mie Belitung. Adoi...!! Haha.

Ampunnnn mbakkkk!!

Mie Belitung atau Mie Rebus Belitung ni antara makanan yang popular di Pulau Belitung. Rasanya ada manis-manis, berlemak dan lain-lain lagi. Tapi bagi aku, aku kurang gemar mie Belitung ni. Mungkin tak kena pada selera aku sebab dia ada manis-manis.

Mie Rebus Belitung @ Mie Belitung

Hari keempat ni actually quite rushing. Yelah takut terleka nanti termiss flight pula. Ahhh sudah. Tambahan lagi cuaca tak best pada hari terakhir kami di Pulau Belitung ni. Awan gelap, nak hujan!!

Seperti di Sumatera, Pulau Belitung juga mempunyai Rumat Adat Belitung. Rumah adat yang berbentuk seperti rumah panggung ni dibuat dari kayu dan menjadi kebanggaan penduduk di pulau ini.


Lokasi Rumah Adat Belitung ini adalah di Jalan Ahmad Yani dan wajib singgah kalau ke Belitung. Rumah adat ini juga mempunyai lima bahagian dan fungsi yang berbeza-beza. Yang pastinya bila berkunjung ke sini, korang akan faham gaya hidup masyarakat di Pulau Belitung ini.


Tempat wisata terakhir yang kami kunjungi adalah Danau Kaolin. Sumpah hat ni paling aku nak repeat. Aduh, tak sampai 10 minit kat sini, hujan turun bagai takde simpati. Rasa nak menangis-nangis aku sebab tak puas hati dengan kualiti gambar. 😓

Danau Kaolin

Padah datang hujung tahun ni kan, hujan tak menentu. Aku bersyukur datang bulan 11. Dengarnya kalau bulan 12 lagi hebat hujan di Pulau Belitung. Haaaa... Adui.

Danau Kaolin ni terbentuk dari kerja-kerja korek bahan Kaolin ni. Kaolin  adalah bahan mineral yang kaya dengan pelbagai manfaat yang banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik, seramik, kertas dan macam-macam lagi. Waktu best datang ke sini adalah waktu tengahari ketika matahari mencanak naik. Haa, time tu air di Danau Kaolin nampak kebiruan.


Dari sini ke airport takdelah jauh mana. Lebih kurang 70 km dari airport. On the way ke airport ni memang dah hujan lebat. Aku dah cuak dah tengok awan. Minta-mintalah selamat balik ke Malaysia. 


Kesimpulannya, Pulau Belitung Indonesia ni sangatlah cantik dari segi pantai dan air lautnya. Terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di Pulau Belitung ni yang tak sempat aku nak explore. Hopefully next time, bolehlah aku dive kat sini. InshaAllah. Heiii, pergi ambil lesen diving tu dulu ... usah beranganlah tipah oi. Kahkah.

Pulau Belitung ni juga mempunyai tempat-tempat dive yang cantik. Yang ni korang kena google. Lepas google tunggu aku tau. Kita pergi sesama. 

Thank You Faizun sebab belanja ni. Sedap sangat!!

Alhamdulillah. Selamat tiba di Changi Airport. Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Dari Terminal 3 ni aku bergegas ambil beg dan terus ke Terminal 2 untuk catch up flight ke Malaysia. Tak sempat nak lepak dengan diorang yang lain. Takpela, nanti ada umur panjang kita ketemu lagi. 


Terima kasih MTN Getaways kerana sponsor trip ke Pulau Belitung ni. Oh ya, tak lupa juga, member aku Athir yang kerja di Utusan Malaysia. Dialah yang recommend aku kat MTN ni. Dan aku pula heret si Sis Lin untuk join sekali trip ni. Haha. 

Group Foto Di Hadapan Green Tropical Village

Kalau korang tanya aku apa yang best??
1) Tempat penginapan kami - Green Tropical Village
2) Aktiviti yang menarik sepanjang 4 hari 3 malam
3) Pantai dan pulau yang OMGGG cantik gila
4) Orang localnya yang peramah
5) Air coklat Kong Djie
6) Suasana SD Laskar Pelangi yang diserikan dengan lagu
7) Garuda Indonesia Bombardier CRJ-1000
8) Breakfast di GTV Resort
9) Kedai souvenir Klapa
10) ITINERARY YANG SMOOTH DAN PERFECT

Haaa, semestinya lagi best bila ambil pakej dengan MTN Getaways.
Follow FB dan Instagram mereka sekarang!

____________________________________________


Trip ini disponsor oleh MTN Getaways anak syarikat Naza Holdings Singapore. MTN Getaways adalah "Belitung Expert" yang menyediakan pakej-pakej pelancongan menarik di Pulau Belitung, Indonesia. Mereka juga telah melaburkan sejumlah besar wang untuk membangunkan industri pelancongan di Pulau Belitung. Memang hebat!! Contact mereka sekarang untuk percutian yang super ohsem di Pulau Belitung Indonesia. Klik and follow fb mereka : https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, kalau korang nak bawa anak-anak pergi bercuti, aku suggest Pulau Redang. Kerana kat sini mempunyai penginapan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan Pulau Perhentian. Kemudahan yang ada kat sini pun cukup. 

Kalau kat Perhentian tu, kebanyakannya chalet. Tapi ikut andalah. Lain orang, lain seleranya.

Mengenai penginapan yang ada kat Pulau Redang, salah satunya adalah Laguna Redang Island Resort. Resort bertaraf empat bintang ni bukan saja cantik malah memberikan anda percutian yang sangat menenangkan dan bermakna bagi mereka yang rindukan 'panggilan pulau'.

Laguna Redang Island Resort



Laguna Island ni juga mempunyai pantainya sendiri di Pantai Pasir Panjang. Air laut yang jernih dan kebiruan, pasirnya keputihan dan halus menambahkan lagi mood percutian bagi mereka yang berkunjung ke sini. Kalau tak nak mandi laut takpe, resort ni mempunyai kolam renang yang luas. 


Kalau nak ke sini, korang tak perlu susah-susah ke Besut. Kerana terdapat perkhidmatan feri yang disediakan oleh Laguna Redang di jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Aku tahu, letihkan nak drive jejauh? Kalau naik flight sampai Kuala Terengganu pun, just amek teksi ke jeti Syahbandar je.


Kat Pulau Redang ni ada banyak resort salah satunya Laguna lah. Dah sampai jeti di Pulau Redang, kalau malas naik je pengangkutan yang disediakan. Arghh, kalau malas!! Kalau rajin jalan kaki je wei. Dekat gila !!! Hahahahaha. (sorry, aku memang pemalas =P)

Thank you Tourism Terengganu kerana menaja kami .. Wink, wink!!

LAGUNA REDANG ISLAND RESORT

Front Desk
 
Sunrise di Pulau Redang
Food court & massage centre
Coffee House & Restaurant 
 
Pantai Laguna ... Nice kan?
 
Nak snorkeling? Diving? Jomlah meniti titi ni...
Hurm ...
Jogging ... Kahkah
Volleyball beach

Yang bawah ni special sikit sebab ia pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem Hong Kong, "SUMMER HOLIDAY". Bangunan ini dibina dan dinamakan sebagai More More Tea Inn khas untuk filem ini dan sekarang dijadikan sebagai kedai souvenir.


Penat pusing-pusing, kita kembali ke bilik.  Hari tu, aku ditempatkan di bilik Deluxe Garden. Memang selesalah. Pasal tv, mereka masih menggunakan TV lama. Tapi so what? Pergi pulau untuk bercuti. Lupakan kejap gadget and blablabla. Hahaha ..

 

Setiap bilik ada balkoni. Cumanya bilik aku menghadap ke belakang. Tapi ini pun kena jaga-jaga. Sebab banyak monyet kat sini. Kahkah. Kalau bebudak sukalah. Ye dop??  Tapi jangan sesekali bagi diorang makan. Kalau tak ............. pepahamlah sendiri yo?


Line telefon pula, aku rasa bergantung pada line telefon. Aku pakai Celcom and sangat-sangat low kat sini. Member lagi sorang pakai Maxis, line full pulak. Kalau emergency sangat, kat sini ada Internet Room. Kalau nak senang lagi, pergi je lobi sebab kat sana ada free wifi. Hiks!

Internet Room
Medical Room/klinik
Khas untuk kami sempena Squidjigging Fest.. kihkih
Malam-malam ada liveband kat sini
Beach Club & Karaoke
Where and where??
Peta resort ni .. Besarkan? Boleh sesat!! Huhu

Memang aku suggest kepada mereka yang ada anak kecil tu untuk datang menginap kat sini. Tak terhad kepada aktiviti pulau je, macam-macam benda ada. Selesa satu hal, kemudahan tu penting. Bila kemudahan lengkap, mesti hati pun lega. 

Tapi semuanya terpulang pada bajet. Tepuk dada, tanya selera. Selamat Bercuti !!!

__________________________________

Thank you Tourism Terengganu & Gaya Travel Magazine .. 

Sexy Red Lips