PENGALAMAN NAIK GARUDA INDONESIA

By | Sunday, December 02, 2018 3 comments
FLY WITH GARUDA INDONESIA | Buat pertama kalinya, aku menaiki pesawat Garuda Indonesia jenis Bombardier CRJ-1000. Tipulah kalau aku cakap aku tak cuak selepas terjadinya kemalangan Lion Air JT610. Cuak weh!! Sampai aku message member yang kerja sebagai cabin crew kat Garuda semata-mata nak tanya safety procedure kapal tu sebelum take off.

Lagi cuak bila fikir Pulau Belitung ni awannya tebal-tebal lebih-lebih lagi bahagian di timur jenis cumulonimbus (antara punca pesawat Airasia QZ8501 yang jatuh kat Pulau Belitung tahun 2014 dulu). Phewww, cuak gila. Berdebar-debar aku malam sebelum berangkat ke sana. 

Ke Pulau Belitung Via Garuda Indonesia

Alhamdulillah, selamat pergi dan balik. Kata member aku, "Naik apa-apa kenderaan, kalau dah ajal .. tetap ajal". Perasaan takut tu berubah jadi seronok. Seronok naik Garuda IndonesiaSeronok naik pesawat Bombardier CRJ-1000 ni.


Pesawat Garuda Indonesia Bombardier CRJ-1000

Pesawat Bombardier CRJ-1000 ni lain dari pesawat ATR macam Malindo dan Firefly tu. Pesawat Bombardier dia lebih kepada jet or senang cerita VVIP ramai beli dan buat sebagai private jet. Maka aku sebagai rakyat marhaein ni dapatlah feeling-feeling "Datin Seri" kejap bila naik pesawat ni walaupun duduk kat ekonomi saje .. Hiks!! 😆

GARUDA INDONESIA BOMBARDIER CRJ-1000

Kalau kat Changi Airport Singapore tu, korang kena pergi ke Terminal 3. Terminal 3 ni terminalnya best sebab banyak benda boleh shopping kat dalam tu even ada butik Zara. So, make sure check in on time supaya korang boleh pergi shopping dan cuci mata. Lagi awal lagi bagus. Kat dalam tu ada connecting train terminal ke terminal and Changi Airport Singapore pula adalah World's Best Airport  untuk 6 tahun berturut-turut by Skytrax.

Check In Time

Cuma yang buat aku pissed-off adalah crew yang jaga kaunter check-in kat Changi Airport ni. Dia agak rude sikit hari tu. Mungkin tengah PMS barangkali. Masam mencuka dan kasar. Haha.


Untuk luggage Garuda Airlines, korang dibenarkan bawa luggage seberat 30kg (ekonomi) dan hand luggage kalau boleh bawalah yang kecil. Jangan bawa besar-besar. Tak muat pula nanti nak letak dalam kapal. Or bawa backpack ke ... 

7 passport dari 30 orang media yang join trip ni
Cuci Mata Dulu Di Terminal 3 Changi Airport

Tibalah masa untuk check-in. Kat sini perlu perhatian. Shopping, shopping juga, jangan sampai terlepas flight. Haha. Untuk gate boarding, dia agak special sebab korang kena pergi ke Departure Bus Gate berhampiran dengan butik Zara. 

Departure Bus Gate, Changi Airport
Siap ada charging station lagi kat tempat boarding

Memandangkan pesawat Garuda Indonesia Bombardier CRJ-1000 ni kecil, as usual kenalah naik bas dan seterusnya naik tangga untuk naik ke dalam pesawat. Time ni sila sediakan kamera untuk ambil gambar. Haha. Nasib baiklah staff diorang ni tak kekwat seperti sesetengah staff airport yang belum apa-apa dah halang passenger untuk ambil gambar. 

Garuda Indonesia Business Class Seat
Garuda Indonesia Ekonomy Class Seat
 
Safety Briefing

Apa yang istimewa mengenai Garuda Indonesia ni adalah mereka telah berjaya mencaras takhta Singapore Airlines, Malaysia Airlines dan lain-lain sebagai The World's Best  Airlines Cabin Crew.  Kalau kat airport tadi staff kaunter masam mencuka, masuk je kat dalam kapal terbang ...  Allahuakbar .. Terus hilang rasa sakit hati masa check in tu tadi. 

Peramah, sopan santun, sentiasa senyum. Manis betul cabin crew Garuda Indonesia ni. Berlaku kesilapan kecil bila diorang hidangkan muffin yang dah expired kat kitorang masa dalam flight Singapore-Belitung. Punyalah berusaha pergi kat seorang-seorang passenger and minta maaf. Nak marah terus tak jadi marah. Hahaha. Tapi bukan salah diorang pun. Salah catering company yang sediakan makanan ni sebab tak check.

 
Meals (Belitung - Singapore)
Meals (Singapore - Belitung) 


After terbang selama satu jam lebih, maka sampailah kita ke H.A.S Hanandjoeddin Airport, Tanjung Pandan (TJQ). Airport dia kecil je lebih kurang Subang Airport. Airport ni dulu dikenali sebagai Buluh Tumbang Airport dan rasanya ini adalah route international pertama yang fly ke sini.

H.A.S Hanandjoeddin Airport Tanjung Pandan
Tempat Ambil Bag

Overall, aku amat puas hati naik Garuda Indonesia. Pesawat kecil tetapi sangat selesa. Tempat duduk selesa, kapal yang wangi, makanan yang sedap, pelbagai pilihan minuman walaupun waktu perjalanan yang singkat dan cara diorang handle luggage pun takde masalah. So korang yang selalu dok tanya aku okay ke tak pesawat itu, pesawat ini .. Ni aku nak bagitahu siang-siang, aku galakkan korang naik pesawat Garuda Indonesia CRJ-1000 ni. Naiklah at least sekali seumur hidup.

Dari segi gegaran pula, Alhamdulillah ... walaupun masa balik tu hujan kat Pulau Belitung, tapi takdelah terasa sangat gegarannya itu. Benda ni depend atas kecekapan pilot juga. Cuma masa landing, dua-dua route hard landing. Kus semangat! Haha.

 
Antara pesawat-pesawat Garuda Indonesia

And now, tak sabar nak naik Garuda Indonesia lagi. Of course, bila cabin crew peramah, sentiasa senyum and bagus melayan passenger, passenger terus jatuh hati dan nak naik lagi airlines tu. Dari segi ni aku nampak kejujuran layanan mereka kat passenger. Bukan FAKE seperti sesetengah airlines yang depan passenger baik, kat galley merungut dan mengata.

Keep it up Garuda Indonesia! Bagus sekali layanannya ... 😘

____________________________________________

Trip ini disponsor oleh MTN Getaways anak syarikat Naza Holdings Singapore. MTN Getaways adalah "Belitung Expert" yang menyediakan pakej-pakej pelancongan menarik di Pulau Belitung, Indonesia. Mereka juga telah melaburkan sejumlah besar wang untuk membangunkan industri pelancongan di Pulau Belitung. Memang hebat!! Contact mereka sekarang untuk percutian yang super ohsem di Pulau Belitung Indonesia. Klik and follow fb mereka : https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. kalau tengok dari luar memang nampak macam naik private jet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ... bolehlah feeling-feeling naik private jet .. hahaha

      Delete
  2. Alhamdulilah..
    Roti tu 2 cubit je makan walau dh expired tapi Sis ko memang jenis membuang lawas, so konpius, samaada sebab roti atau bukan hahahaha...

    Rasanya lebih okay Garuda jenis ini dari Firefly hehehe

    ReplyDelete

Sexy Red Lips