STAR CRUISE SUPERSTAR GEMINI : PHUKET

By | Monday, November 19, 2018 1 comment
 สวัสดี ... SAWADEEKA !!

Bersambung lagi di trip Star Cruise Superstar Gemini.

Celik mata dari beradu .. sedar tak sedar kami dah pun memasuki perairan Thailand. Kemain excited tak sabar nak turun dari kapal. Caittt, padahal baru seminggu balik dari Hatyai masa tu. Haha. Well, aku tak pernah puas dengan Thailand. I LOVE THAILAND - their culture, food and shopping!! 💘

Phuket, Thailand

Kalau dulu, kami sampai Phuket tengahari, kali ni dari Pelabuhan Klang - Phuket mengambil masa yang panjang. Dup, dap, dup, dap .... sampailah kami jam 3 petang. Tapi korang tak terasa pun, sebab masa kat kapal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang disediakan Superstar Gemini. Rajin atau malas je. Tapi actually aku lagi prefer duk bilik sambil tunggu kapal sampai Patong. Dah dapat bilik best, haruslah digunakan sepenuhnya. Haha.

 Kemain laju semua ... tak sabar nak makan tomyam lettew!

And masa kat Phuket ni, passport kita dipegang oleh Superstar Gemini. Tak perlulah nak beratur hadap immigration bagai. Turun bawa duit je kot-kot nak makan Banana Pancake or Massage or suka hati koranglah nak buat apa. Free and Easy!! Hahaha. Tapi kalau korang nak ambil pakej, boleh ambil pakej tour dengan Superstar Gemini. Lagi selamat and better dari segi masa.

Masa kami sampai kat Phuket ni, weather still okay. Dapatlah kapal berlabuh berdekatan dengan Patong Beach. If not kapal ni akan berlabuh di side lagi satu. Aku lagi suka Patong Beach sebab mudah nak kemana-mana.

 Kapal kecil yang menghubungkan kami dari cruise ke Patong Beach
 Patong Beach
 Jetty
 Mulalah dikerumuni abang-abang yang jual pakej tour
Sempat lagi beli ice-cream
 Forecast kata hujan, tapi Alhamdulillah tak hujan. Mendung je.

Kalau dulu, sampai je Patong Beach ni aku ambil tour dengan Nazlan and Nannie, tapi trip Superstar Gemini kali ni segalanya dah diatur oleh Superstar Gemini untuk media dan blogger. So, aku ikut je walaupun dah berkali-kali ke tempat yang mereka pergi ni. 

Boleh rujuk entri aku yang dulu 👉 SUPERSTAR LIBRA (PHUKET)


And disebabkan group kami agak besar, kami pun berpecah kepada dua bas dan pergi ke destinasi yang sama. Aku pilih untuk naik BAS A bersama Dik Bee dan yang lain.

 Tour Guide kami yang kelakar dan ceria
FREEEEEE

Seperti yang mereka rancang, perjalanan kami yang pertama menuju ke Big Buddha. Aku tak pasti aku pernah up entry pasal Big Buddha ni ke tak. Tapi kalau korang follow Instagram aku, aku pernah up pasal Big Buddha ni kat Instagram.

Dari bas, kami bertukar ke van. Sebab perjalanan menuju ke Nakkerd Hills ni melalui selekoh-selekoh yang mencabar dan curam. 

Cantikkan Van Yang Kami Naik Ni? 
 Dah Sampai Big Buddha Phuket

Jika korang pakai short pants/skirt, korang kena pakai kain macam kat bawah ni bagai menutupi kaki korang. Ini wajib ya. Patuhi segala syarat yang ditetapkan dan paling penting hormati agama dan budaya mereka.


Seperti di Hatyai dan Hong Kong, patung Buddha ini terletak di kawasan yang tinggi. Kemana korang pergi kat Phuket ni pasti nampak Big Buddha ni.

 View dari Nakkerd Hills 

Patung Buddha setinggi 45 meter tall ni diperbuat dari marble putih dan kat sini korang boleh lihat sejarah patung Buddha ni, beli souvenir dan macam-macam lagi. Tapi awas ya, bila korang beli pastikan korang bagi duit yang betul. Salah seorang dari team kami kena tipu dengan amoi kat kedai souvenir kat Wat Chalong sini. Dah bayar guna 1000 baht tapi dikatanya tak cukup duit. Kesudahan team kami tu tak dapat apa and kerugian 1000 baht. Banyak tu!!!
Fuh, penat juga mendaki.
Salah satu tempat untuk bergambar kat atas ni
 Jalan ke Big Buddha Phuket

Lepas Big Buddha kami ke Wat Chalong. Wat Chalong ni adalah temple terbesar penganut Buddha di Phuket dan sering dikunjungi pelancong asing. Lokasinya hanya beberapa minit je dari Big Buddha.

 Pintu Gerbang Wat Chalong
 Wat Chalong Phuket

Bagi aku Wat Chalong ni cantik. Senibina yang unik. Seperti Big Buddha, kat Wat Chalong ni juga korang kena jaga adab dan pakaian (if nak masuk). Kalau korang ada masa bolehlah explore keseluruhan tempat ni.

Seterusnya kami ke Cashew Nut Factory Phuket or nama lain Sri Bhurapha Orchid. Cashew Nut Factory ni actually aku lagi suka gelarkan kedai jual cashew nut je. Bukan betul-betul kilang yang boleh korang masuk. Tapi Sri Burapha Orchid ni developed dari tahun 1943 lagi. Pheww, lamanya!


Walaupun bukan kilang yang besar, korang still boleh lihat cara diorang buat cashew nut dan juga try apa yang diorang jual. Tapi awas ya, salesgirl kat sini perhati je korang makan banyak ke makan sikit. Hahaha. Especially Malaysian yang terkenal dengan 'kuat makan'. Haha.


Next kami pergi makan. Tapi yang tu tak payahlah aku highlightkan. Hahaha. Makan tu pun diatur oleh Superstar Libra untuk kami. And lepas makan malam sepatutnya kami ke Jungceylong Shopping Mall. Tapi disebabkan masa yang sangat limited and stuck in jam, kami terus ke jeti Patong Beach untuk pulang ke kapal.

Dan sepanjang perjalanan ke jeti, hati ni tak berhenti berharap dari terserempak dengan gerai jual Banana Pancake. Yela, tempoh hari makan kat Hatyai sangat-sangat mengecewakan. Tak sedap!!

Alhamdulillah. Allah permudahkan. Betul-betul sebelah jeti ke kapal. Hahaha. Puas hati walaupun rasa apesal kecik dan mahal? Haha.


Tak lama mana pun kapal ni berhenti kat Phuket. Dari jam 3 sampai ke jam 10 malam. Korang kena set jam korang agar tepati masa. Karang ada yang kena naik flight balik nanti. Haha. 😋

Actually jalan kat area Patong pun dah cukup. Makan seafood Thai, massage, shopping, picnic dan enjoy di Bangla Road Phuket.


Tepat jam 11 malam, kapal pun berlayar dari Phuket. Bye-bye Phuket. See you again next time.

__________________________________________

Trip ini disponsor oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Tourism Selangor, Star Cruises & etc. Terima kasih.

Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. HI DEAR BOLEH DAPATKAN HARGA PAKEJ UNDER STAR CRUISE TOUR DAY UTK KE PHUKET NK LEBIH MURAH AMBIL TOUR GUIDE LUAR ATAU UNDER STAR CRUISE SEBAB MASA AGAK LIMIT KAN..

    ReplyDelete

Sexy Red Lips