STAR CRUISE SUPERSTAR GEMINI : PENANG

By | 11/20/2018 10:00:00 am Leave a Comment
Sambungan kisah trip Superstar Gemini.
Hari Ketiga - Pulau Pinang/Penang.


Hari ketiga pula kami ke Pulau Pinang .. yeahhhhhaaa!! 👯 Kapal berlabuh di Penang Swettenham Pier lebih kurang jam 1.30 pm. Kat sini pun aktiviti free and easy. And team media berpecah ikut haluan masing-masing. Asalkan by 7pm dah kembali ke kapal.


Bagi kebanyakan orang, Pulau Pinang digelar sebagai "syurga makanan". Tetapi bukan aku. Bila ke Pulau Pinang, aku lebih suka explore tarikan terbaru kat sana. Pulau Pinang dan Melaka sama. Dua-duanya sentiasa up to date dengan benda baru. Kalau asyik makan je, camana nak explore tempat-tempat menarik kat Pulau Pinang? Hey, banyak okay tempat-tempat menarik kat Pulau Pinang ni. 

Swettenham Pier @ Penang Port

Kalau di Phuket, passport kami dipegang oleh Superstar Gemini tetapi kat sini passport kami dah dikembalikan. Nak tak nak terpaksalah hadap immigration. Mujurlah masa aku naik cruise ni, Superstar Gemini baru lagi memulakan perlayaran di Malaysia. I cannot imagine if school holiday and peak season, phewww pasti lagi padat dan lama.

Anyway, tu semua boleh dikaji dan dinaiktaraf supaya lebih cepat dan mudah. I cannot blame them. Sebab Superstar Gemini ni baru lagi buat comeback. Mungkin mereka pun gelabah dengan kemunculan Superstar Gemini ni. Haha.

 Malaysian or Foreigner?
 Saja Minta Cop Demi Nak Penuhkan Buku Merah
Muka-muka Happy Lepas Immigration

And bila kat sana, Tourism Malaysia ajak pergi ke The Top Penang yang terletak kat Komtar Pulau Pinang. Apaaa lagi..... Komtar pun aku tak pernah jejak! Inilah masanya untuk aku jejak Komtar dan explore apa yang ada kat bangunan ni. Kehkeh. (Siapa macam aku baru first time masuk Komtar angkat tangan!!) ... Haha.

Komtar Dari Jendela Bas

Bukan tak pernah sampai Komtar. Dulu masa Treasure Hunt by Tourism Pulau Pinang pun melalui tepi Komtar. Cuma tak pernah terdetik untuk singgah masuk dalam. If tengok dari luar memang aku cakap - NAMPAK MEMBOSANKAN. Tapi bila masuk, Allahuakbar. Bestnya .... Please Tatie, next time don't judge a book by its cover.


Kat The Top Komtar ni ada macam-macam tarikan untuk kanak-kanak hinggalah dewasa. Something WOW jugaklah. If u don't explore, u will never know about this! 

Antara yang menarik kat The Top Komtar adalah seperti Top Boutique Aquarium, Jurassic Research Centre, Dino Gym (Kids), Musical Carousel, Penang State Gallery, Window of The Top, 7D Discovery Motion Theatre, Magic Mirror Maze, UFO X, DanceOki, Ocean Explorer dan macam-macam lagi.

Masscott The Top Pulau Pinang

 The Top Komtar
 Wow, last minute inform pun diorang mampu buat persembahan
 Level-level di The Top Komtar

Memang aku kagum dengan Komtar ni. Nampak kusam kat luar tapi di dalam sangat amazing! Alhamdulillah masa free and easy aku kat Pulau Pinang dipenuhi dengan aktiviti kat Komtar ni. Cuma if ada masa yang lebih sikit, aku nak explore semua sekali. But too sad, kejap je kami kat sini.


Dalam masa yang singkat, sempatlah aku buat aktiviti The Gravityz, minum petang kat The Top, berjalan di Observatory Deck dan The Rainbow Skywalk. Terima kasih The Top Pulau Pinang, Tourism Pulau Pinang dan Tourism Malaysia for this trip. Kalau tak, entah bila aku akan jejakkan kaki ke Komtar ni. 


DO YOU KNOW?

THE TOP OBSERVATORY DECK

Souvenir Shop
Gayat wei duduk kat sini...

WINDOW OF THE TOP
(ada The Rainbow Skywalk)


Kat atas ni ada Coco Cabana Bar and Bistro and Top View Restaurant & Lounge. Kot-kotlah korang nak celebrate birthday or anniversary, bolehlah consider tempat-tempat ni. Lagi-lagi Top View Restaurant & Lounge tu. Dia adalah The Highest Restaurant kat Pulau Pinang.

Coco Cabana Bar & Bistro


Dari atas ni juga korang boleh nampak hampir keseluruhan Pulau Pinang. Termasuklah Superstar Gemini yang tengah berehat kat Swettenham Pier tu.

 Lovely View

And last sebelum pulang, aku sempat buat aktiviti mencabar kat The Gravityz di Level 65, The Top Komtar. At first aku memang tak nak buat. Awal-awal dah surrender. NO WAY, kalau aku jatuh tak ke menyusahkan diorang nak kutip lemak-lemak aku yang berciciran kat bawah. Hahaha. 

Lama juga aku fikir. Siap duduk kat kaunter yang jauh dari diorang. Entahla datang dari mana, tetiba rasa nak buat. If aku tak buat camana aku nak yakinkan korang benda ni selamat kan? By the way, The Gravityz ni ada limit berat. Asalkan jangan lebih dari 100kg, tinggi kenalah at least 100cm dan berumur 18 tahun ke atas. Tapi kalau berumur 18 tahun ke bawah kenalah ada adult yang menemani mereka.

 Muka cuak

Ketar lutut wei. Ingatkan mula-mula nak buat sampai pintu chicken je. Sekali dah terlepas dan mara di hadapan. Arghhh sudah!! Nak tak nak kena buat sampai habis. Tapi boleh je patah balik .. Tapi satu hal la pulak sebab bagi aku paling mencabar adalah A Great Bridge.

The Gravityz ni dinobatkan sebagai The World's Highest Rope Course Challenge dengan tagline "Beyonce Confidence".

X Point

Alhamdulillah, aku berjaya buat sampai habis. Kalau Lim Kit Siang boleh buat, takkan aku tak boleh buat. Kata mereka paling tua yang buat aktiviti ni berusia 90 tahun lebih. Aku? Muda lagi kot!!

 Z Wire
 Confidence Path (kena jalan mengundur)

Untuk The Gravityz ni ada 6 challenges sahaja iaitu Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X Point, Z Wire dan G Rocky. Bolehlah korang try. Jangan takut-takut! Tips dia mudah je, korang kena confident tali-tali keselamatan dia dah dikaji sebelum digunakan. InshaAllah nanti hilanglah rasa takut tu. 

Sedikit info pasal The Gravityz  Pulau Pinang ni ...

Opening Time Gravityz Penang
10 am - 6 pm setiap hari

Harga?? Terbahagi kepada 3 :
Standard
Mycard Discount
Penangite Special

For more details, silalah visit website mereka :



Newer Post Older Post Home

0 BUAH HATI KISAH TATIE:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane