KEMANISAN DI AUNTY TARTLETS SEREMBAN 2

By | 5/05/2016 08:30:00 am 2 comments
Aku dan dessert ibarat Nannie dan Tatie. Lul.

Walaupun cuba untuk mengelak, tetapi mustahil. TERLALU SUKAR! Sebab kemanisannya itu menikam-nikam di jiwa, lalu terngiang-ngiang di kepala sampai termimpi-mimpi.  Hahaha.

Memang aku penggila makanan yang manis. Tapi tak terlampau manis. Just nice gitu. Dan menetap di Seremban ni kengkadang sukar untuk mencari dessert yang terbaik. Mungkin ada, tetapi tidak bertahan lama. Itulah hakikatnya.

Tetapi, baru-baru ni .... aku sempat menjenguk ke Aunty Tartlets yang terletak berhampiran dengan rumah aku. Fuh, lega betul bila makan kat sini. Tercapai segala hasrat nak makan benda yang manis dan sedap. Hiks!

Aunty Tartlets Seremban 2

Aunty Tartlets ni dibuka tahun lepas dan ianya bermula dengan perkhidmatan delivery dahulu (ala order guna whatsapp and etc). Kemudiannya bila dapat sambutan yang sangat menggalakkan, barulah owner dia timbul idea untuk buka kafe yang diberi nama Aunty Tartlets.


Hidangan istimewa di sini sudah tentulah dessert seperti tartlet, roti, muffin, brownies, kek, creampuff dan lain-lain lagi. Haih, meleleh dah airliur terkenang makanan di Aunty Tartlets ni.

Masing-masing dah tak sabar nak berebut makanan

Bagi siapa yang tak pernah sampai Seremban 2 ni, kawasan ni terletak berhampiran exit tol Seremban. Kalau keluar dari tol KL-Seremban, korang perlu ke kanan selepas traffic light. Kalau dari arah Selatan Melaka/JB ke arah KL, korang perlu ke arah kiri dan terus sahaja ikut signboard.

Kemudian, cari bangunan Mydin Seremban 2. Sesat? Pakai WAZE je. Tapi jangan keliru bangunan Mydin dan Aeon. Sebab ianya berdekatan. Dan Aunty Tartlets ni terletak berhampiran dengan Mydin Seremban 2. Alah, kacang je lah nak cari lokasi ni.


Onomnomnomnom ... burpp!!!

Biskut raya? Yums!!

Selain dari makanan kering seperti biskut dan pasty, kat sini juga ada jual sandwich dan lasagne. Lasagne dia memang power!! Kalau tak, masakan si Nannie boleh melantak banyak gila lasagne hari tu. Hihihi. (matilah aku bocorkan rahsia si Nannie).


Mereka juga turut menyediakan makanan berat such as Nasi Lemak, Kuey Teow dan banyak lagi. Nasi Lemak yang diperbuat dari Beras Basmathi ni tersangatlah murah .. RM 1 je uol!!! Nak lagi jimat order teh-o-ais dan harganya hanya RM1.50 .. HARGA TAK MASUK AKAL BETUL!!! 


Allahu .. naik berapa kilo ni .. makan tak henti.

Favourite Churro in Seremban Town

Syukurlah ada kafe sebegini berhampiran dengan rumah baru aku. Kalau cenggini, raya nanti tak payahla susah payah nak buat kek dan masak bagai. Aku suruh je korang pergi Aunty Tartlets ni. Amacam? Hahahahaha.


AUNTY TARTLETS
No 173, Jalan S2 B22,
Pusat Dagangan Seremban 2
(Dataran Centrio Belakang Mydin)

Tak jumpa juga, korang contactla aku, nanti aku tunjukkan jalan.
Hewhewhew
Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. Vongokslah ... awat pecah rahsia

    ReplyDelete
  2. jom nanti datang pagi pagi pekena nasi lemak dia nye combo

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane