REVIEW HOTEL ALAM MIMPI SENGGIGI LOMBOK .. (HOTEL MURAH KAT SENGGIGI)

By | 11/16/2015 10:30:00 am 3 comments
Satu malam di kota Mataram dan dua malam lagi di Senggigi Lombok. Untuk di Senggigi, kami pilih Hotel Alam Mimpi Lombok.

Hotel Alam Mimpi ni bertaraf 3 bintang dan kelesaannya lebih terjamin berbanding Hotel Palapa. Bukan itu sahaja, hotel ini juga dilengkapi dengan kolam renang dan lain-lain lagi.

 
My Travelling Beruang 

Untuk penginapan di Senggigi ni, kami invite seorang ahli dari group backpacker untuk join kami. Secara kebetulan, dia datang seorang ke Lombok. Disebabkan kesian, kami ajaklah dia join sekali dan tambah katil extra untuk dia. Hehe.


Berbalik pada cerita hotel ni. Hotel Alam Mimpi ni takdelah besar mana. Ada 14 buah bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan wifi. Eh, jangan main-main. Nama je 3 bintang, wifi dia laju tau!


Untuk kemudahan para pelanggan, hotel ni ada menyediakan perkhidmatan seperti sewa skuter, basikal dan lain-lain lagi. Dari jalan besar nak masuk sini, memang kena menapak sikit. Tapi takdelah jauh ke dalam. So, nampak macam kawasan hotel ni agak private sedikit. Hihi.


Macam aku cakap, hotel ni kecik je. Just 2 tingkat sahaja. So janganlah berangan ada lift dek oi. Exercise sikit. Hahaha. Tapi kalau angkat luggage, bolehlah minta tolong orang hotel angkatkan.

Tangga untuk ke bilik

Jenis Bilik :
Deluxe Balcony Pool View

Kitorang sampai malam. Jadi macam gambar pun tak seberapa. Oh aku terlupa nak amek gambar dari balkoni. Next timelah aku amek. Errrr, boleh?


Okaylah bilik dia kan? Tak mahal pun. Dalam RM120/semalam je. Kalau nak jimat kenalah tidur hotel yang mampu nginap seperti Hotel Alam Mimpi ni. Hehehe. No complaint!


Harga RM120 tu termasuk sarapan pagi. Murah tak? Murahkan? At least kalau makan sampai kenyang, bolehlah skip lunch. Kihkih.

Segarnya udara Lombok
View dari tempat breakfast

Agak-agak terliur tak tengok gambar Lombok aku kat entry lepas? Hihihi. Bolehlah book flight tiket ke Lombok sekarang. Jangan risau pasal gadis kena bawa lari. Kami dah buktikan tempat ni selamat untuk dikunjungi. Cepat cepat. Lombok tengah 'HOT'.

~ bersambung.

Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. Glanced through your posts about Lombok really made me go crazy for a journey to this amazing place! Lawa weh!

    ReplyDelete
  2. Hai! Can u share ur itinerary Lombok.
    Thank you in advance!

    ReplyDelete
  3. Hai! Can u share ur itinerary at Lombok.
    Thank you in advance!

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane