KAMPUNG PENYU DI THE SHORE OCEANARIUM MELAKA

By | 11/04/2015 11:05:00 am Leave a Comment
Lepas entry Sky Tower semalam, ada yang mesej bertanyakan pasal The Shore Melaka. Apa tu The Shore? The Shore adalah shopping mall yang terletak di Swiss-Garden Hotel. Masih dalam ketegori baru. Kat sini bukan setakat ada Sky Tower, tapi ada The Shore Oceanarium sekali.

The Shore Oceanarium

Bagi penggemar hidupan laut, aku sarankan korang datang sini. Tolong jangan bandingkan The Shore Oceanarium ni dengan mana-mana tarikan lain. Sebab kat sini ada keunikannya yang tersendiri seperti Kampung Penyu dan banyak lagi.

 

Harga Tiket Masuk The Shore Oceanarium


Harga tiket masuk The Shore Oceanarium ni serendah RM28 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak/warga emas. Tapi kalau korang nak bagi makan ikan atau turtle, bolehlah add on Feeding Frenzy Package yang berharga RM10 atau nak try 3D bolehlah bayar RM5 untuk speck 3D.

Pintu masuk
Terdapat beberapa bahagian di dalam The Shore Oceanarium ni seperti Kampung Penyu, Living Fossil, Dangerous Marine Species, Jungle Quest, Sea Shells Museum, River Story dan banyak lagi. Sambil-sambil tu bolehlah belajar sekali sebab setiap sudut mesti ada info mengenai hidupan tu.

Ada juga part yang mempunyai grafik dan video 3D. That's why kena ada cermin mata 3D.

Interactive Touch Pool
Ikan Pari 
King Crab
Jungle Quest
Ada ular, ada tarantula dan ada macam-macam
Eh, ni apa pula ni?
Bee / Lebah
River Terrapin
Belajar tentang kehidupan katak
Yang ni aku suka ... Nak berdiri boleh .. Nak duduk pun boleh
Atau nak jadi shark? Ekeke
Sea Shells Museum

Pelbagai jenis ikan ada kat sini. Very colourful dan ada yang pelik. I think kalau bawa budak-budak, mesti diorang suka. Aku pun dah terpegun, apatah lagi mereka. Psst, yang ni pun aku datang 2 kali juga. Shesshhh... hahahaha!!

Kiri, kanan , atas ... mana satu nak pandang ni?
Ikan Piranha pun ada .. Terpegun kejap Kak Haz tengok
Rainforest in Malaysia

Aku pergi malam. Time-time tempat ni dah nak tutup. Tak ramai sangat orang time tu.. Senang sikit nak amek gambar. Hahaha. Haa, kalau korang datang sorang, boleh je minta tolong staff kat sini tolong amekkan gambar. Diorang very helpful ok.

Cantikkan?
Cuba cari ikan yang tersembunyi
Fun Freakish
Kuda Laut
Jellyfish
Kampung Penyu
Tak silap aku, boleh bagi diorang makan

Pusing dan pusing .. Akhirnya jumpa jalan keluar. Keluar-keluar jumpa souvenir shop bersebelahan dengan Kampung Penyu tadi. Eh, macam memanggil je untuk membeli souvenir kat sini. Haha. 


Menarik kan?? Ni salah satu tarikan kat Melaka. Kalau datang Melaka tapi takde aktiviti, bolehlah datang ke sini. Aktiviti hujung minggu bersama keluarga ke.. kan?? kan??

Untuk info lanjut, layari website diorang

The Shore Ocenarium Melaka ni dibuka dari jam
10.30 pagi hingga 9 malam

Newer Post Older Post Home

0 BUAH HATI KISAH TATIE:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane