CABARAN HARI KEDUA DI OSTRICH FARM DAN TAMAN MINI MALAYSIA

By | 10/28/2015 08:00:00 pm 2 comments
Ingatkan bila dah lepas task #1 dan #2 Asean Media Bloggers Tourism Hunt 2015 dah boleh tarik nafas lega. Salah sama sekali !! Cabaran seterusnya ni lagi mencabar sebab ia melibatkan mental dan emosi. Eh, eh, serius ke benar bunyinya kan? Hahahahaha. 

SITI NURHALIZA MATI
Group photo sebelum berlepas dari Grand Beach Resort PD

Pagi tu seperti biasa, breakfast dan check out. Ada yang nampak penat, ada yang excited, ada yang masih bergaya dan ada yang masih segak. Yang bergaya ni, mampukah tahan sampai ke petang? Kita tunggu dan lihat..............


Flag off hari kedua disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pemasaran Antarabangsa Asia Tenggara Tourism Malaysia, Tn Syed Yahya Syed Othman.

PD OSTRICH FARM PORT DICKSON

Task seterusnya adalah di PD Ostrich Farm Port Dickson. Walaupun aku duk negeri, tapi ni first time aku sampai sini. Tak perasan pula ada tempat ni kat PD. Siap ada Cat Cafe lagi ok. Fuyoo!!

Eh sambung balik cerita. Task kat sini santai-santai, tapi dalam pada santai tu mencabar juga wei. Keluarkan peluh jugalah nak habiskan task kat sini. Tak seperti sebelum ni mostly kena guna akal. Kat sini kena guna banyak tenaga dan teamwork tersangatlah penting.


Penerangan tentang ostrich
daging ostrich

Terdapat 3 task yang harus kitorang selesaikan kat sini. Nasib baik tak perlu ikut turutan. Buat memana asalkan sempurna ketiga-tiga task tu. Alhamdulillah. Digandingkan pula dengan Sarah yang berani, memang buatkan aku bersyukur sangat hari tu. Hahaha.

Task #3 'Curi' Telur Ostrich

Task ke #3 kitorang pilih 'curi telur ostrich' dahulu. Nampak macam mudah, tapi azab wei. Ostrich ni sangat protective lebih-lebih lagi kat telur dia. Belum apa-apa dia dah pandang korang dulu. Beranilah nak amek telur, tak pasal-pasal kena serang. Hahaha.

Yang ni aku pass kat Sarah. Sebab dia berani. Hahaha.

beli daging ostrich
telur ostrich
Dua telur ostrich. Done! Yeay.

Task #4 Tangkap Angsa

I should say thank you Babah sebab bela angsa masa zaman kecik-kecik aku dulu. Kalau tak confirm kecut perut dengan cabaran seterusnya ni. Seperti yang kita tahu, angsa ni kuat menyudu. Nak kejar nanti geli, asyik terberak-berak ketakutan. Haha.

Tapi tak sangka, kitorang dapat menyelesaikan cabaran ni dengan sekejap je. Yang penting kena ada skill! Apa kitorang buat? Halau angsa ni masuk reban. Bila dia dah masuk perangkap, senanglah nak tangkap. Gittew!!!

catching geese
tangkap angsa

Task #5 Bagi Makan Ostrich

Cabaran terakhir di Ostrich Farm adalah bagi makan Ostrich. Oh menggg.... This one memula aku acah-acah berani. Sekali bila dia buka mulut, mahu riuh rendah kat situ dengan jeritanku.  Terus pass kat Sarah. Nasib ko lah Sarah. Hahaha.

feeding ostrich

Selesai ketiga-tiga task ni, kitorang diberi masa free and easy beberapa minit sebelum meneruskan aktiviti santai seperti berlari dengan ostrich. Yang ni tak termasuk dalam task. Sekadar suka-suka. Tapi fun gila ...!! Rugi lak tak volunteer lari hari tu. Isk!

malaysia famous blogger
Sebelum diorang berlari dengan ostrich

Curi telur dah, main lumba lari dah, bagi makan dah .. sekarang kita makan dia .. Yeay! =D Nasib kaulah ostrich oi. Nyum nyum. *usap perut*

malaysia famous blogger
Susah gila nak pecahkan telur sampai kena gerudi
satay ostrich
Satay Ostrich

Burp... kenyang! Dah, dah .. jom teruskan perjalanan.

Next journey adalah ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Dari PD Ostrich Farm tu tadi, kitorang lalu jalan lama dan tebus di Plaza Tol Pedas. Ini pun kira cabaran juga. Bawa 40 km/j (konvoi) .. lalu pulak jalan macam ni .. Pergh, makin menjadi-jadilah mata tu mengantok! T_T

lubuk cina
Lubuk Cina
police roadblock
Tetiba ada road block

Akhirnya, sampai pun Ayer Keroh. Alhamdulillah. Maknanya dah nak sampai ke task seterusnya ini. Dupdapdupdap, apakah aku kena buat lepas ni?? Adoi.

ayer keroh
TAMAN MINI MALAYSIA & ASEAN MELAKA

Untuk seterusnya ini, kami menyahut cabaran task #6, #7 dan #8 kat Taman Mini Malaysia & ASEAN Melaka. Dah berzaman tak datang sini. Habislah mak! *gulp*


Tapi kat sini kami ditenangkan terlebih dahulu dengan melayani irama tradisional dan persembahan tarian penari-penari cantik dan sado kat sini. 


Agak-agak semua dah cool down, maka bermulalah task seterusnya. Untuk cabaran di Taman Mini Malaysia dan ASEAN ni, kitorang kena selesaikan task #6, #7 dan #8 dengan menggunakan daya kreativiti sebaik mungkin.

Seperti di Ostrich Farm, kami diberi peluang pilih memana task yang nak dibuat dulu tanpa perlu mengikut urutan. Asalkan settle semua. Weeeeee.....

Task #6 Mewarnakan Batik

Yang ni senang!!! Aku rasa paling senang antara semua sekali. I bet peserta lain pun rasa macam ni juga. Tapi kan, tapi kan .. apesal lelaki punya lagi cantik dari perempuan? Jeles!


Task #7 Main Gasing

Kalau ku tahu umur camni kena main gasing, memang ku dah berlatih dari kecik lagi. Susah gila!! Tak naik-naik gasing aku campak tu. Baling dan pengsan. I hetttcuuuu gasing!! Grrrr..


Task #8 Kukur Kelapa

First time kukur kelapa masa Pesta Makanan Tradisional kat Perak tahun lepas. So, ini kali kedualah bagi aku.. Bolehlah tahan jugalah susah. Bersyukur ada teknologi canggih zaman sekarang. #tetiba.

kukur kelapa

Settle keempat-empat ni barulah boleh minum petang di rumah Kedah, rumah yang sama dengan task gasing. Nama pun tempat tradisional, maka hidangan petang tu pun berunsurkan tradisional seperti seri muka, ubi kayu, kuih cara, bubur, cendol dan lain-lain lagi.


Sebelum pulang singgah beli belacan dan cencaluk dulu untuk Encik H. Kehkehkeh, sempat!

SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCES MELAKA

Aktiviti hari tu sampai tengahari je dan kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir pada hari tu iaitu ke Swiss Garden Hotel & Residences Melaka. Hotel mewah yang gah berdiri di tengah-tengah bandaraya Melaka ni mempunyai 1001 cerita. Yang ni aku cerita di entry akan datang ok. Insyallah.

Swiss Garden Hotel & Residences Melaka

Tapi petang tu kami diberi masa free and easy. Aku pulak tetiba diserang demam dan cramp pada lengan. Arghh sudah...!! Ini yang risau ni. Mampu tak nak teruskan cabaran seterusnya?? Kita tunggu di entry akan datang ~~~~


Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. bapaklah packnya aktiviti....uhhuhhuuhuhuhuh.

    ReplyDelete
  2. Lama giler x bertreasure hunt, best dan fun. Lepas tu balik bantai tidur. letih sgt

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane