PENGALAMAN NAIK BUSINESS CLASS EMIRATES

By | 9/22/2015 08:30:00 am 6 comments
Hi semua. Haa, tergamam tak tengok kecantikan The Emirates Lounge KLIA? Sampai sekarang pun aku tak percaya yang aku dah jejak kaki kat sana. Ibarat satu mimpi jadi kenyataan. Selama ni pandang-pandang, jeling-jeling je. By the way, itu baru satu mimpi dah tercapai tau.

And hari ni satu lagi mimpi tercapai bila aku naik BUSINESS CLASS EMIRATES AIRLINES ke Dubai. (half business, half first class). Memang aku tak jangka kejutan dari pihak Emirates. Supposedly kami naik Economy je. Tapi beberapa minit sebelum naik, tiket kami ditukarkan ke Business Class Seat. Alhamdulillah, rejeki.

EMIRATES BUSINESS CLASS SEATS REVIEW.


Emirates Airlines B777-300

Penerbangan ke Dubai hari tu full. Kalau ikutkan seat asal, aku duduk kat paling belakang. Tapi now, mara ke seat depan pulak. Excitednya ahkak! Hep, control sikit perangai village people tu.


Bila naik business, maka ke fast tracklah kamu ..

FAST TRACK CARD

Kad ni sangat membantu lebih-lebih lagi kalau korang pergi ke sesebuah negara yang airportnya busy gila. Pempahamla of course que yang teramat panjang. Jadi dengan adanya kad ni, korang tak payah sakit kaki beratur, pergi je barisan fast track dan tunjuk kad ini. Cepat dan mudah.

Dengan Mia Suraya 

BUSINESS CLASS SEAT EMIRATES

Memenangi tempat kelapan World's Best Business Class Airlines untuk anugerah Skytrex 2015, sememangnya business class seat Emirates ni sentiasa menjadi pilihan pelancong yang mementingkan keselesaan dan gaya. Apa-apapun, Emirates sentiasa berada di top ten Best Airlines in the world.

Business Class Seat

Kat business class ni ada 28 seats kesemuanya. Apa yang nampak mewah? Of course interior dia. Seat dia yang kayu ni. Seat dia jenis flat-bed. Haa, ni memang syok kalau long-haul flights. Tak sakit belakang. Serious!! Seat pun luas dan ada tempat letak barang kat depan tu. Tu bolehlah letak kasut. 

Cuma beg korang kena letak kat atas. Bagi yang gila gadget, memang akan tercari-cari plug. Kat sebelah kanan ada soket dan juga usb. Jadi, jangan risau kalau gadget korang tinggal nyawa-nyawa ikan. Hehehehe.


EMIRATES FLIGHT ENTERTAINMENT

Ini terbaik !!! Cakap je nak tengok drama dari negara mana, semuanya ada. Lebih 2000 channels yang ada kat tv ni. Dari classic sampailah movie yang terkini. Memandangkan seat luas, korang kena set channel dengan ipad di sebelah kanan tu dan berpandukan buku Film Club. Then, tengokla sampai lebam! Hahahaha. 

Entertainment
Majalah-majalah yang ada kat seats
headset, socks & eye shades
Nak pilih channel? Klik sini je ...

SERVICE

Yang ni aku tak nak komen lebih, cuma kalau tak best .. Takdelah kitorang upgrade ke First Class lepas tu ye dop? Hehehe. By the way, cabin crew dia bercampur-campur bangsa dari pelbagai negara. 


FOOD IN EMIRATES AIRLINES

Aduh, tak puas rasanya menimati hidangan kat flight ni. Boleh katakan hampir semuanya aku rasa. Best-best pulak tu. Tapi dessert dia memang terbaik. Pssst, aku order keempat-empat desserts okay!! Tamakkan? Hahaha.

 
Menu
Kudap-kudapan sebelum berlepas
Appertizer : Chicken Galantine served with Mango Chutney & salad
Main Course : Chicken Fillet with Spinach and Feta 
Dessert :
1) Chocolate and Toffee Brioche with Caramelized bananas & vanilla creme anglaise
2) Seasonal Fruit 
3) Mango Cheesecake served with Berry Coulis
4) Cheese Board served with grapes, crackers and dried fruits.
Fine Luxury Chocolate : Godiva
Tea

Kalau rasa-rasa lapar lagi, diorang ada instant cup noodles yang boleh korang minta anytime. Or maybe korang tengah diet, diorang ada Light Bites menu. Semuanya terpulang pada korang. 

BUSINESS CLASS EMIRATES TOILET

Eh kenapa amek gambar toilet ni? Haruslah kan. Nak review. Hihihi. Toilet dia boleh tahan. Seperti business class lain, cuma interior dia berbeza sedikit. 


WIFI 
Tak semua flight ada wifi. Ini korang kena tanya cabin crew. Macam flight EK345 ke Dubai ni takde wifi. Alaaaa...

BERAT BAGASI
Untuk kelas Business, berat beg yang dibenarkan 40kg (check in) 7 kg (cabin bag).

COMFORT AMENITIES
So sadddd.. Yang ni kitorang tak dapat. Sebab kata cabin crew, flight siang memang tak provide comfort amenities ni. Only night flights. Isk, isk.


Dari Kuala Lumpur ke Dubai taklah jauh mana. Pejam celik dah sampai. Memang sepanjang flight aku tak boleh tidur biarpun malam tu berjaga tak boleh tidur. Salah satu sebab nak enjoy the moment sepanjang berada kat sini. Entah bila lagi boleh naikkan? Hehehe.


Akhirnya, sampai pun Dubai ... Yeay!


Newer Post Older Post Home

6 comments:

  1. Bestnya dpt naik Business Class! Seat dia utk flight ni bukan massage chair ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pulak kerusi ni boleh urut-urut hari tu.. fleet lain kot or maybe diff destination. yang ni ada flat-bed je

      Delete
  2. OMG. Selalu tengok Business Class dalam TV je. So lucky!

    ReplyDelete
  3. Ada cerita runningman tak?or kbs chanel?

    ReplyDelete
  4. Ada cerita runningman tak?or kbs chanel?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane