PENGALAMAN MENGINAP DI MUTIARA HOTEL JOHOR BAHRU

By | 9/18/2015 05:11:00 pm Leave a Comment
Hotel Mutiara Johor Bahru bukanlah hotel baru di selatan tanahair, tapi mempunyai pelanggan tetap yang mahukan percutian selesa dan santai.

Masa kitorang ke Johor Bahru tempoh hari, kitorang stay kat sini. Hotel Mutiara Johor Bahru ni terletak di Jalan Dato Sulaiman dan dari sini ke Singapore dekat je kalau ikut Woodlands. Kira-kira 15 minit macam tu. 

Kalau lapar, ada je KFC yang terletak kira-kira 5 minit jalan kaki. Tapi takkan datang JB makan KFC? Kannn? Hahahaha. Itu kalau lapar sangat. Lol.

Hotel Mutiara Johor Bahru
Sekitar di Lobi

Swimming Pool Area
Free Apple di hadapan lift
Hallway
 

Bilik?? Sangat-sangat selesa. Walaupun hotel lama, tapi takdelah nampak lesu dan kusam. Cuma bilik lagi satu tu berbau sikit toilet dia. Yang lagi satu ni okay. Ikut nasiblah kot.

 

Hotel ni menyediakan perkhidmatan FREE SHUTTLE dari airport ke sini. FREE wifi, FREE parking... Banyaklah korang boleh jimat kalau stay sini. Lokasi pun strategik. 

Bebudak enjoy, kami pun enjoy. Haha
Pemandangan luar

Keseluruhannya, hotel ni okay untuk percutian keluarga. Yang mana nak pergi Singapore tu tapi taknak stay sana, nak stay somewhere in JB bolehlah consider hotel ni. Hotel ni menyediakan makanan halal dan kemudahan yang lengkap untuk korang semua. Hihihi.

Newer Post Older Post Home

0 BUAH HATI KISAH TATIE:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane