CERITA KRABI : EMERALD POOL, HOT SPRING WATERFALL & ELEPHANT SAFARI

By | 9/16/2015 01:22:00 pm 8 comments
Dah puas menghitamkan diri kat pulau dan pantai, kini tibalah masa kita mengabdikan diri sambil menghirup udara segar kat Krabi pula. Semestinya di kawasan hijau yang diserikan dengan bunyi air terjun dan kicauan burung.

Krabi ni more than island and beach. Bawalah anak korang ke sini, mesti diorang teruja. Banyak je aktiviti nature kat Krabi ni seperti rock climbing, kayaking, mandi air terjun, water rafting dan lain-lain lagi. Tapi semestinya korang kena amek pakej yang bersesuaian dengan bajet korang.

Nak pergi satu je pun boleh. Dulu aku just pergi elephant safari tu je. Maklumla time tu bajet tipis. So this time, amek lebih sikit dan pakej tu merangkumi empat tempat dengan bayaran 3200 baht untuk 2 orang kanak-kanak dan 3 orang dewasa (Zara 2 tahun diorang kira free). Okaylah tu kan?

3200 baht tu termasuk hot spring waterfall, emerald pool, tiger cave (tak amek pakej tapi diorang bagi free), elephant safari, baby elephant show dan makan tengahari untuk 5 orang.

Pepagi lagi diorang dah tercegat kat hotel. Ingatkan pergi ramai-ramai. Rupa-rupanya naik van yang muat 12 orang tu. Baguslah, selesa sikit. Hihi.

HOT SPRING WATERFALL KRABI

Namtok Ron Khlong Tom ni kawasan dia kecil je. Tapi menjadi tumpuan orang ramai kerana airnya memang semulajadi mengalir. Air panas dan air sejuk sungai terkumpul di cerun dan membentuk satu lata yang seakan-akan sama seperti jacuzzi. Haa, tapi tak boleh mandi lama sangat. Diorang tak galakkan. Paling tidak pun dalam 20 minit macam tu. Lebih dari tu, korang tanggunglah sendiri.

P/s : Korang perlu berjalan sikit untuk sampai ke sini. 

HOT SPRING WATERFALL KRABI
HOT SPRING WATERFALL KRABI
HOT SPRING WATERFALL KRABI

EMERALD POOL & BLUE POOL KRABI

Salah satu tarikan kat Krabi ni adalah Emerald Pool. Tapi nak masuk sini azab wei!! Korang kena berjalan sejauh 800km untuk sampai ke Emerald Pool ni dan kalau nak pergi Blue Pool pula tambah lagi 600 meter. Tapi bila sampai ke kawasan ni memang automatik penat tu hilang.

Warna kat Emerald Pool dan Blue Pool ni memang semulajadi disebabkan bakteria, mineral dan batu kapur bercampur. Tapi bagus untuk kulit. Buat kulit korang bertambah licin dan awet muda. 

EMERALD POOL
Emerald Pool

Salah satu magik kat Blue Pool ni kalau korang tepuk ramai-ramai, the spring will pop up more quickly. Eh bukan silap mata tau. Tapi semulajadi. By the way, kat Blue Pool ni tak boleh mandi.


TIGER CAVE KRABI

Kitorang tak berjalan masuk ke Tiger Cave ni sebab dah penat gila. Tambah lagi, masa lunch kat Emerald Pool, kitorang terlambat sikit (tukar baju bebudak ni.. public toilet dia kotor). Nasib agent tapaukan lunch. So sementara diorang masuk, kitorang melantaklah. 

Actually kitorang amek pakej 3 je tak termasuk ni, tapi sebab lagi satu family tu amek sekali Tiger Cave maka agent tu kata sekali harunglah. Tak payah bayar.. Rejeki ye dop? Syukur.


ELEPHANT SAFARI KRABI

Ini kali kedua aku sampai sini. Ikutkan hati tak nak dah naik gajah ni lagi. Tak sampai hati wei. Tapi terpaksa demi nak teman Ariez dan bebudak ni pun first time naik gajah. Kat London takde naik gajah ni semua. Naik gajah kat sini tak macam naik gajah kat zoo. Siap ada pertunjukan baby elephant lagi. Cuma aku sedih bila mengenang video diorang treat gajah-gajah ni kat youtube. T_T

Boleh rujuk entri lama :
NAIK GAJAH DI KRABI


Newer Post Older Post Home

8 comments:

  1. Hai izzati. Nak tanya. Bila izzati start travel ke luar negara? Solo atau dgn kawan kawan? Bape bajet? Maaf kalau byk tanya tapi cuma nak tahu sbb berminat nak jadi solo traveller jugak mcm izzati. Harap izzati dpt membantu sedikit sbyk info! :)

    ReplyDelete
  2. Hai izzati. Saya berminat nak jadi solo traveller. Boleh tak izzati bagi tips jugak? :)

    ReplyDelete
  3. bestnya slalu g travel..dya xpernah smpai krabi lgi...

    ReplyDelete
  4. Hi..nak tanya selalu akak ambik travel agency mn? Nak Cari yg murah2 for backpackers

    ReplyDelete
  5. next month pergi krabi. harap info ni bermanfaat. tQ dear.

    ReplyDelete
  6. So nice! Buat rasa nak pergi lagi-lagi Emerald Pool tu. Bestnya. Keep writing. :)


    www.tripovo.com

    ReplyDelete
  7. Husb sy nk sgt pi krabi..die ajak pegi next mth tp kami ada baby usia 4bln..sesuai ke holiday sana bwk baby ni?

    ReplyDelete
  8. Seronok juga pakej ni ye. Dapat naik gajah.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane