CERITA KRABI : 4 ISLANDS TOUR

By | 9/15/2015 11:17:00 am 4 comments
Agak bersepahlah entri Krabi kali ni. Ada yang aku rasa tak perlu nak update sebab dah update sebelum ni. Takkan nak update berkali-kali cerita yang sama. So boringgg.. zzz..

As I said before, Krabi ni besar. Dah 3-4 kali pergi, masih ada tempat yang aku tak sampai lagi. Salah satunya 4 islands. Dulu, antara 4 islands atau kayak, aku pilih kayak. Bajet sado-lah kononnya. Bila dah pergi, terus serik. Cukuplah sekali. Pengalaman berharga tapi sangat memenatkan!!

Kali ni, of courselah aku pilih 4 islands. Hehe. Tebus balik sebab dulu tak sempat nak pergi. Best sangat ke 4 islands Krabi ni? Kalau ikutkan jarak, keempat-keempat pulau ni dekat je dengan pantai Ao Nang. Taklah sejauh pulau Phi Phi.
cerita krabi

Dua hari sebelum pergi, cuaca memang teruk. Sampai Maya Bay pun tak boleh pergi and boat-boat terpaksa berhenti jauh. Memang tak nampak satu boat pun kat pantai Ao Nang. Tapi Alhamdulillah masa nak pergi 4 islands tour ni, cuaca kembali cantik dan berseri.. Ewah!

Kalau naik dari Ao Nang, beginilah keadaannya ...

As usual, pepagi lagi dah dijemput oleh agent dan jalan kaki ke tempat pengumpulan. Hotel kami dekat je, takyah berangan nak naik lori trak tu. Jalan kaki tak sampai 4 minit. Haha.


Compare tour Phi Phi dan tour 4 Islands ni, 4 Islands ni lagi tenang dan taklah semahal Phi-Phi. Aku dapat 400 baht untuk seorang termasuk caj taman negara. 4 Islands ni taklah sepadat Phi-Phi. Korang boleh pilih long tail bot, private boat atau speed boat. Tapi kebanyakannya amek long tail boat sebab lagi murah and rasa macam lagi fun. Haha.


First sekali kitorang pergi Phra Nang Cave. Ni dekat Pantai Railay.Kat sini juga ada tempat penginapan kalau korang nak stay. Tapi agak jauhlah. Aku lagi prefer stay Ao Nang. Dekat sini ada satu tempat korang akan nampak tutttt

Rupa-rupanya ada ceritanya sendiri.

"Local people believe and hold faith in the Princess of Phranang Cave that she will preserve and protect their livehood and fulfill one's wishes. When their wishes are fulfilled, votive offerings would be made at the shrine.Common gifts are flowers and incense sticks but usually the spirits of the Goddess are offered a special gift, the lingam, which is curved from wood. The belief of the lingam and holy womb shall create fertility and prosperity to the whole earth and mankind".



Kat Phra Nang Cave ni juga ada aktiviti rock climbing. Yang ni mencabar sikitlah. Kalau rasa ada kelapangan bolehlah buat. Hehehe.



Next, ke Chicken Island. Kenapa chicken island? Sebab bentuknya seakan-akan ayam. Lama juga perhati tang mana macam ayam, rupa-rupanya yang depan tu. Haha. Kat sini tak boleh mandi dan berhenti untuk ambil gambar dari bot je.


Lepas Chicken Island, tibalah masanya untuk snorkeling. Horey!! Kat belakang pulau ni je. Diorang berhenti kat tengah-tengah then lompatlah ekau! Hahaha. But don't worry, diorang provide life jacket dan snorkeling gear.


Kat sini tak banyak ikan macam kat Phi Phi Leh, tapi spesis ikan kat sini lagi cantik dari sana. Ada yang aku tak pernah nampak dan ada yang ganjil-ganjil. Tapi ni semua ikut nasib. Ada yang snorkeling tetiba banyak ikan, ada yang langsung tak nampak ikan. Hewhew.


Next, ke Tup Island. Kat sini macam happening. Lunch mana lunch? Haa, kat sini lah kami stop untuk makan selama sejam setengah. Tapi sejam setengah tu pun ku rasakan agak cepat. Even diorang bagi makan kat tempat terbuka, diorang masih mengekalkan peraturan no polisterin. So makanlah dalam tupperware yang diorang sediakan tu. Makanan yang diorang bagi HALAL.


Lepas makan, kita jalan. Yeay. Ni tak sedar-sedar lagi masa tinggal sikit tapi nak juga merentasi air pergi ke pulau satu lagi tu. Inilah tarikan yang terdapat di Tup Island ni. Kalau air surut, korang boleh jalan ke pulau lagi satu tu. Alah kalau air pasang pun taklah dalam mana. Hihi.

Yang terakhir sekali, Poda Island. Kat Poda Island ni aku rehat jap sementara Encik H pergi snorkeling. Penat wei nak jalan (aka malas). Tapi ramai je yang bentang tikar dan tidur. Aku kira terjebaklah ni. Cis!!!

By the way, kitorang masa tu boleh pinjam snorkeling gear dari boat kami tu. Tak taulah korang punya boat boleh ke tak. Tapi trylah tanya ye. Hehe.


Port wajib amek gambar adalah berlatarbelakangkan batu tu. Memang banyak batu sebegitu kat Krabi ni, tapi ni salah satu tarikan kat Poda Island. Alang-alang dah sampai sini, janganlah miss untuk bergambar pulak ye. Ngeeee ... =P

Kejap je tour ni. By 3.30pm dah balik ke Ao Nang balik. Masa pula seakan-akan mencemburui. Memang tak terasalah. Kalau korang tanya Phi Phi Island ke 4 Islands? Both ada keistimewaannya tersendiri. Phi Phi tu famous sebab lokasi penggambaran Leonardo Di Caprio. Nak tenang pergilah 4 islands ni. Nak havoc pergilah Phi Phi.

Tour Guide kami.. Hehehe

Kisah Phi Phi Islands di sini :


Newer Post Older Post Home

4 comments:

  1. Tatie, tengok gambar terasa suasana Krabi.. Cantikkkk sangat.
    Saya kenalkan blog Tatie ni pd kawan yang akan ke Krabi supaya tak sesat..hehehe

    ReplyDelete
  2. Kita screenshoot blog akak post kat twitter kakitravel

    ReplyDelete
  3. Kak Tatie, ada tak contact tour guide untuk pergi ke Krabi?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane