HARGA TIKET TERKINI LANGKAWI CABLE CAR

By | 6/19/2015 09:12:00 pm 7 comments
Hello. Assalamualaikum. Salam Ramadan.

Huiiiiii, lama kan tak update pasal travel? Bukan takde cerita. Banyak gila yang tertunggak. Bulan Ramadan ni, aku busy sikit. Nak pindah rumah lagi .. nak itu nak ini .. Opss, raya tahun ni rumah kami tertutup. Nak buat camana, rumah baru tak siap lagi. Uwaaa... T_T

Memandangkan aku pun dah lama tak update pasal travel, tetiba stuck pula depan pc ni. Aiyooo. Mood, mood .. come to mama please. Hahaha.

LANGKAWI CABLE CAR
Langkawi Cable Car

And hari ni kita story pasal Langkawi Skycab. Ala, Langkawi Cable Car lah. Entah kali ke berapa aku sampai sini. 

LANGKAWI CABLE CAR
LANGKAWI CABLE CAR
LANGKAWI CABLE CAR

Harga tiket naik Langkawi cable car ni takdelah mahal sangat pun. Kalau tak silap aku, untuk pemegang Mykad ada diskaun tau. Tak pasti banyak mana. 


Masa LILAC hari tu jatuh pada musim cuti sekolah. Maka, ramailah pengunjung kat sini. Ada juga rombongan dari obersi. Nasiblah LADA bagi tiket Express Lane. Bolehlah skip beratur panjang.


And yes, bagi mereka yang dah berzaman tak datang sini, kat sini ada tarikan terbaru yang baru je buka September tahun lepas yang dinamakan sebagai Skydome. Skydome ni bapak canggih. Macam tayangan 6D ke 3D gittew. Yang pastinya kepala akan separa teleng sebab kena mendongak ke atas. Hahahaa. Tapi berbaloi lah pergi sebab canggih wo!!

Skydome

Tak payah pape untuk masuk Skydome ni. Sebab dah termasuk sekali kat tiket korang. Masuk berlenggang dengan kamera je dik non oi.

Tayangan Dalam Skydome

Dan, yang lain adalah Crystal Glass Gondola. Hewhew!!


Yang ni siapa yang gayat mohonlah jangan naik. Tak pasal-pasal je nanti. Sebab atas bawah kiri kanan, semua glass. Bagi aku takdelah takut sangat pun. Best gila!! Ke aku yang tak gayat? Muahahaha. By the way, harga tiket untuk Crystal Glass Gondola ni mahal sikit berbanding biasa. 

Harga Tiket Crystal Glass Gondola RM85/person 

Cak, cak, cak .. dah sampai. Yeay!! 

 Selpie kau sengsorang kat situ !!

Langkawi Skybridge pun dah dibuka balik untuk pengunjung. Aku tahu dulu ramai yang frust sebab tak dapat masuk ke skybridge. Kan? Tak baik tipu. Haa, sekarang dah buka, pergilah cepat!! 

Ole-Ole Dari Atas
 Langkawi Sky Bridge

Pemandangan kat atas ni memang cantik. Oh ya, lupe lak. Langkawi Cable Car ni terletak di Gunung Machincang. So dari atas ni bolehlah nampak view menarik. Kalau datang pada weather okay, bolehlah nampak Koh Lipe dan pulau-pulau Thailand yang berdekatan dengan Langkawi.

Jangan pula datang time berkabus. Alamatnya kau selpielah sengsorang. Tak nampak ape. Haha.



Newer Post Older Post Home

7 comments:

  1. Tatie, aku ngeri!!! aku gayat... hahahaha

    ReplyDelete
  2. Kalo larat pi time posa leh dpt murah..kbykkan tempat mmg discount hbis..hehe

    ReplyDelete
  3. msa nk turun naik keta kable yg biase je ke? mana pegi yg glassnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik 2 kali. satu naik dengan crystal .. then naik yang biasa.

      Delete
  4. Tak pernah naik.genting highlAnds cabel car pernah.

    ReplyDelete
  5. nak tnya, harga per person rm35 kan, klo ad kad pelajar,ad diskaun lagi x??

    ReplyDelete
  6. nak tnya, harga per person rm35 kn, klo ad kad pelajar, ad diskaun lagi x??

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane