SINOPSIS CERITA DIA ISTERI LUAR BIASA

By | 5/07/2015 06:34:00 pm 2 comments
Hadirnya untuk disayangi, bukan disakiti ...

Dia .. Isteri Luar Biasa karya Umie Nadzimah terbitan Penulisan Enterprise. Tetiba je aku jadi kaki novel. Semua terpengaruh dengan cerita Melayu kat kaca tv. Novel ni aku beli sekali dengan novel Isteri Separuh Masa. Hehehe.

Novel ni bakal menjadi famous bila cerita ni didramakan nanti. Dengar cerita pelakon-pelakonnya pun hebat-hebat seperti Fatiya Latiff, Keith Foo, Uqasha Senrose dan lain-lain lagi. Memang meletuplah bila abam sado berlakon nanti. Hahaha.


Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

SINGLE is simple, double is trouble ....

Itu moto hidup dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesis angkat-angkat ya, yang asli dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy.. Mesti ada jalanlah ...

Dewi seius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarika pernigaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

"Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu" - Dewi.

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan 'Suami Sementara' dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.

"Saya Amzar .. errr .. Raden Amzer yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu.." Raden Amzar.

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki tu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr Raden Amzar, lelaki terpilih sebagai 'Suami Sementara' untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Dia .. Isteri Luar Biasa

Kesudahan novel Dia Isteri Luar Biasa ...

- Dewi berjanji mahu jadi isteri mithali kepada suaminya Raden Amzar. 
- Kes menfitnah Cik NAB, Eda direman pihak polis kemudian dilepaskan.
 - Dr Kamarul dan Dr Akmawati kahwin.
- Raden beli banglo baru dinamakan dengan nama Dewi Yusra.

dan selebihnya kenalah beli novel ni kat kedai buku berhampiran korang.  

Harga Novel Dia .. Isteri Luar Biasa :
Semenanjung Malaysia RM24
Sabah/Sarawak RM27

Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. Tak smpt nk layan novel dan drama dh skrg ni.. Huhu..

    ReplyDelete
  2. Lepas tgk kat tv...patut tukar title jadi suami luar biasa baru sesuai..!

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane