KESILAPAN DILAKUKAN KAT MOUNT TITLIS SWITZERLAND MERUGIKAN

By | 5/19/2015 03:53:00 pm 3 comments
Sebut je Mount Titlis, mesti orang tau especially peminat sukan ski. Lagi satu sebab Mount Titlis ni lah satu-satunya yang snow sepanjang tahun. Tapi kunjungan kami ke sini memang menyedihkan. Apatah lagi buat kesilapan beberapa kali. Tak pasal-pasal rugi duit. Sedih wei .. sedih!! T_T

Mount Titlis

Dari Zurich, kami ambil train ke Luzern. Then dari Luzern, tukar ke Engelberg. Perjalanan lebih kurang 38 minit sambil dihidangkan dengan pemandangan cantik sepanjang perjalanan.


Sampai je stesen Engelberg, terus tak sabar beli tiket naik atas. Ini kesalahan pertama dan sangat merugikan. Melainkan kalau korang taknak main ski, then okay beli kat situ. Tapi aku suggest, beli kat kaunter di pintu masuk Mount Titlis terus. Boleh tanya dengan lebih jelas.


Kenapa rugi? Sebab kami terpaksa beli tiket lagi satu. Patutnya, naik sampai atas dulu, then baru main ski. Ini tak, dengan peralatan ski, terus mendadak main. Dah penat main ski, takkan nak usung naik kan? Fyi, kitorang dibenarkan main ski di bahagian beginner. 

Kalau mat salleh, memang diorang angkut sekali ke puncak. Tapi bukan kami. Berat gila woi. Kasut satu hal, papan tu satu hal. Tak koser aku nak angkut. Tiket pula boleh digunakan sekali je. So, terpaksalah redha dan beli yang baru. Sobss!!

Dah sampai bawah, baru orang tu kata sebenarnya ada tiket ke Engelberg ke Trubsee cost CHF30/pax/return. Patut kalau nak main ski beli tiket tu dulu boleh jimat CHF 59. Lagi stress jika dikenang. Arghhh!! T_T

Tapi taknak sedih aku just return papan n kasut. Jaket still sewa. Hahaha. 

Tiket Ke Atas

Harga Tiket ke Mount Titlis

89x4 = CHF 356 .. Pasrah!! T_T
Sewa Peralatan Ski Di Mount Titlis

Sewa peralatan ski kat sini pun mahal. Segalanyalah mahal. Tapi nak buat camana. Aku pun first time main ski. Rasa excited tu melampau-lampau. Hahahaha.

 

Dari bawah naik cable car terus ke Trubsee. Kat Trubsee tu ada snow park and macam-macam. Permainan untuk bebudak pun ada. So, kitorang main ski kat situ. Haa, nak tau kesilapan ketiga tak? Kesilapan ketiga main ski tanpa ada cikgu or instructor. Hahaha. 

 
Pemandangan Dari Cable Car


Nampak je mudah. Tolak-tolak batang besi tu macam tu je. Tapi susah nak mati. Hahaha. Kitorang main kejap je. Lepas tu give up. Encik H mengadu sakit kaki. Rupa-rupanya orang tu tersalah bagi saiz kasut. Tips untuk korang, kalau nak sewa kasut ski tu, sila pilih besar sikit. Then try lompat-lompat ikut keselesaan. Kalau tak macam ni la akibatnya. Sakit dan tak enjoy.

 Kesian, Dah Injured .. Tak Sampai 15 Minit Main Ski
 
Serik Dah Nak Main.. Lepas Ni Kena Masuk Kelas Dulu Baru Start Main Ski
Candid by Encik H .. Hehehe
 
Nak Angkat Benda Ni.. Berat Hoi .. 
 
Titlis Rotair Gondola

Disebabkan kitorang miss ice flyer di bahagian ski kat bawah, maka belilah tiket khas untuk ice flyer chair lift di kat atas Titlis ni.

 

Aku lupa nak cerita pasal kasut. Haa, ni pun antara kesilapan jugak. Nak ke Titlis pakailah kasut yang betul. No Converse, no diva-boot! Hahaha. Lepas pulangkan boot ski, barulah aku perasan, kasut kitorang tak sesuai. Hahaha. Nasib ada tempat sewa kasut kat atas ni. (dekat bahagian area amek gambar pakaian rasmi Switzerland). Hehe.

Cantikkan Pemandangan Belakang Tu?
 Titlis Cave
 Titlis Cliff Walk
Burung Betul Tau.. Jinak!
Sewa Kasut & Ambil Gambar Kostum Switzerland Di Sini
Souvenir Shop
Nikmat Makan Brahim Cicah Roti Kat Puncak Titlis. Hahaha

Tapi yang tak bestnya kalau naik Titlis Rotair ni macam sardin. Padat sepadat-padatnya. Nasib musim sejuk. Takdela bau-bau yang tak diingini. Hahaha.


Masa nak balik baru nampak tasik kecik ni.. Ala, tak sempat singgah. :(


Bajet Kisah Tatie Ke Mount Titlis :
CHF 356 = RM1380 (tiket masuk untuk 2 orang x 2kali)
CHF 174.25 = RM675 (rental baju, kasut, papan untuk 2 orang)
CHF 24 = RM93 (chairlift ice flyer untuk 2 orang)
CHF 4 =  RM15(1 locker)
CHF20 = RM80 (shoes rental at Titlis untuk 2 orang)
________________________________________
RM 2243

( Lesson Learned! )

Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. salam,
    seronoknya nampak..
    saya nak tanya train tickets from zurich ke engelberg tu beli kat sana ke beli online??

    ReplyDelete
  2. Tergamam melihat koleksi-koleksi gambar Switzerland cik Tatie. Sangat cantik. :D

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane