MENEROKAI MASA DI PENANG TIME TUNNEL

By | 4/05/2015 09:08:00 am 2 comments
Antara masa dan wang, aku lebih menghargai masa. Kerana masa adalah sekali. Kalau boleh setiap saat dalam masa tu, aku sedaya upaya untuk menanam bibit-bibit manis agar ia menjadi satu kenangan yang tak boleh dilupakan. Layan jiwang pulak!! Hahaha.

By the way, korang dah pergi belum Penang Time Tunnel kat Pulau Pinang? Muzium ni takdelah baru mana pun. Tapi kalau korang ke Penang dan bercadang untuk explore segala bentuk lukisan 3D, haa.. jangan lupa yang satu ni tau!

"Penang Time Tunnel . Penang Time Tunnel . Penang Time Tunnel"

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel atau Pinaon Time Tunnel dua-dua sama je. Kat sini semuanya ada. Dari zaman Portugis, zaman Francis Light, zaman Jepun sampailah ke zaman sekarang. Bagus bagi siapa yang suka subjek Sejarah macam aku. Ni dapat membantu untuk ingat fakta-fakta penting. Weeee.. :)


Harga Tiket Penang Time Tunnel
RM 22 (adult) RM12 (kanak-kanak)
*ada diskaun untuk warganegara Malaysia*


Bukan setakat sejarah, kat sini juga ada lukisan 3D. Muzium ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya seperti :
1) History Museum
2) 3D Mural Art
3) Fluorescence Room
4) 3D Inverted Room

3D Mural Art

Yang ni macam biasa tu lah. Cuma setiap tempatkan mempunyai mural art yang berbeza-beza. Kat sini ada lucu, ada serious, ada yang juga santai-santai. Hahaha.


Fluorescence Room

Memang kalau pakai kamera handphone, gambar jadi hancur. Haha. Fluorescence Room ni 3D glow in the dark. Make sure jangan pakai baju gelap kalau ke sini. Hahaha. Untuk gambar lebih best, pakailah kamera best. Hahaha.



3D Inverted Art

Yang ni kena kreatif. Terbahagi kepada dua benda.Satu gunakan pantulan cermin. Yang ni susah sikit dan lagi satu yang macam gambar terbalik tu. Haha.


Sebelum balik, singgah beli souvenir dulu. Ngeee.


Penang Time Tunnel
39, Green Hall, Georgetown.

Website :

Waktu Operasi :
9.30 pagi - 7 petang

Newer Post Older Post Home

2 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane