6 SENIBINA MENARIK DI MACAU BAKAL BUAT KORANG TERUJA UNTUK KE SANA

By | 4/16/2015 02:33:00 am 2 comments
Kalau Dubai sering disebut-sebut kerana pesat membangun dengan hotel-hotel pencakar langit, begitu juga dengan Macau yang saban hari rancak dengan pelbagai projek pembangunan. Bezanya di Dubai, ia lebih kepada konsep moden, tetapi di Macau ia divariasikan kepada beberapa unsur yang diilhamkan dari pelbagai negara.

And yes, korang boleh jimat kalau pergi sini. Sebab kat Macau ni ada macam-macam benda menarik. Tak payah pergi jejauh dah lepas ni. Hanya empat jam perjalanan melalui udara dah sampai. Sekarang Macau bukan sahaja digelar Las Vegas Asia kerana menjadi tempat judi terbesar di Asia, tetapi juga bakal menggegarkan industri pelancongan Asia kerana mempunyai pelbagai benda yang sangat best. 

Jom tengok 6 senibina menarik yang buat korang feeling lebih ketika berada di Macau.

1) Senibina berunsurkan Portugis

Macau adalah satu-satunya tanah jajahan terakhir negara Eropah di Asia. Dijajah oleh Portugis pada pertengahan abad ke-16 sehingga tahun 1999, maka tak hairanlah kalau korang tengok sana sini ada je elemen-elemen Portugis sehinggakan nama jalan pun masih dalam bahasa Portugis.

PERCUTIAN KE MACAU

2) Senibina berunsurkan Rome

Terkejut kawan aku, bila aku whatsapp gambar membelakangi bangunan ni dengan caption, "Hi, saya di Rome". Hahaha. Terdapat satu kawasan di belakang hotel Harbourview yang dipanggil Roman Amphitheatre. Kat sini juga terdapat tarikan lain seperti Piazza del Sole, Marco Polo Plaza, Gondolier Terrace, Rossio Square dan lain-lain lagi.

PERCUTIAN KE MACAU

3) Senibina berunsurkan Venice

Scroll back to my previous entry pasal trip ke Venice, pasti antara percaya atau tidak. Tapi itulah kenyataan bila ke The Venetian Macau. Senibina yang berunsurkan Venice di The Venetian ni sangat mempersonakan. Rasa macam seakan-akan sama dengan Venice Italy. Ditambah pula dengan kehadiran wanita-wanita bertopeng dengan gown kembang ala-ala di Venice, gondola dan macam-macam lagi. Sesiapa kekurangan bajet untuk ke Venice, datang je Macau. Weee...

PERCUTIAN KE MACAU

4) Senibina berunsurkan China

Selain dari dipengaruhi dengan ketiga-tiga senibina di atas, Macau juga dipengaruhi oleh senibina China. Eh, kau ni pun ... dah nama Macau ni sebelah Zhuhai mestilah ada sikit unsur-unsur tu. Tapi China dan Macau adalah dua negara yang berlainan. Jangan konpius. Pergi China perlu visa, pergi Macau tak payah Visa. Hehehe.

PERCUTIAN KE MACAU

Dan dua lagi masih dalam pembinaaan, iaitu :

5) Senibina berunsurkan zaman Mesir Purba 


6) Senibina berunsurkan Paris


Ini baru 6 unsur yang aku jumpa, entah-entah ada lagi. Apa yang pasti, suatu hari nanti Macau bakal menjadi tumpuan dunia bukan setakat nak pergi berjudi, malah untuk bercuti juga. 

Yang aku boleh nampak pembangunan di Macau ni sangat aktif dan cepat. Pergilah ke sana cepat sementara hotel di Macau ni masih murah. Dikhuatiri nanti bila dah pesat sangat, harga hotel naik mendadak. Haha. 

Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. Bangunan di Macau memang cantik.

    ReplyDelete
  2. gempaklah. aku memang suka tengok struktur bangunan tu. tapi bab makan kat macau tu. haiissh

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane