HOTEL MERCURE ALBERT PARK DESTINASI SUKAN FORMULA 1

By | 2/18/2015 12:06:00 am 2 comments
Entri terakhir pasal percutian ke Melbourne. Akhirnyaaa.... Lega!! Hahaha. Hari terakhir ni aku nak cerita pasal tempat penginapan terakhirku kat Melbourne, tak lain tak bukan di Mercure Hotel Albert Park yang dahulunya dikenali sebagai Citigate Albert Park Melbourne Hotel.

Menginap di Mercure Hotel Albert Park selama dua malam sebelum pulang ke tanah air. Ada orang menggelarkannya 'Mercure Pullman' sebab ia mempunyai satu kaunter check-in yang sama dengan Pullman Hotel. Apa-apapun lokasinya 8 minit dari bandar jika menaiki tram. Tapi Albert Park ini bukanlah di zon percuma tram. Korang kena touch Myki kad sejurus selepas Federation Square.

Yang bestnya, Mercure Hotel Albert Park ni berdekatan dengan Pantai St Kilda. My favourite beach in Melbourne. Hehehe. Hotel ini juga menghadap Albert Park. Albert Park?? @_@


Albert Park ni terkenal dengan sukan permotoran Formula 1 Australian Grand Prix. Litar dia litar terbuka yang hari-hari orang dok jalan mengelilingi Albert Park tu. Tasik Albert Park ini adalah tasik buatan manusia. Negara-negara lain yang tiru litar Albert Park ini seperti Valencia, Singapore dan Abu Dhabi.

Albert Park

Persekitaran hotel Mercure Albert Park ni sangat menenangkan. Sesekali nampaklah kereta-kereta mahal lalu di hadapan hotel. Petang-petang bolehlah ke Albert Park atau nak feel lagi naik tram ke St Kilda tengok sunset. Kalau naik tram dari bandar, ia sehala juga dengan stop ke Shrine of Remembrance.

Suasana Di Luar
Lobby Pullman & Mercure Hotel
Receptionist & Concierge
Ruang Menunggu Di Hotel Mercure Albert Park
Tangga Untuk ke Ballroom

Hotel Mercure Albert Park ni bertaraf 4.5 bintang. Bilik yang sangat luas. Kemudahannya seperti swimming pool, gym dan lain-lain bergabung dengan Pullman Hotel. Arghhh, dua-dua sama je milik Accor Group. Kannn?? Hahahahahaha. :)

Jenis Bilik : 
Premium King Lakeview

Bilik dia sangat luas. Cuma yang tak bestnya bilik air takde bathtub. Tak syoklah macam tu. Baru nak feeling-feeling bubble bath. Hahaha. Lol!


Pemandangan Dari Bilik

So far, okaylah Hotel Mercure Albert Park ni. Dari 10 bintang, aku bagi 7 bintang. Kalau korang sukakan ketenangan, menginaplah di hotel ni. 7 Eleven terletak kira-kira 8 minit berjalan kaki. Kalau lapar, dekat otw to St Kilda ada kebab halal. Jalan kaki kira-kira 15-20 minit. Eh, larat ke?? Hahaha. Kalau tak larat naik je tram. Senang dan jimat tenaga. Huahuahua.

Cuma yang tak best ia bukanlah di tengah bandar. Tak pasal-pasal kena topap kad Myki. Isk, isk, isk. 

Inilah Kebabnya.. Sedap!! Tapi Lagi Sedap Kebab Kat London. Hahaha.

Mercure Hotel Albert Park
65, Queens Road,
Albert Park Melbourne.

Happy Holiday ~


Newer Post Older Post Home

2 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane