TAMAN ULAR DAN REPTILIA PERLIS

By | 1/04/2015 09:00:00 am 1 comment
TAMAN ULAR DAN REPTILIA PERLIS ini antara lokasi yang terkenal di negeri Perlis. Kat sini ada macam-macam spesis ular, ada yang biasa dan ada juga yang pelik.Yang pelik tu of course, memang jarang ditemui. 25 spesies ular tempatan dan 9 spesies luar negara. Anggaran lebih kurang 200 ekor ular ada kat sini. Banyakkan?

Lokasi Taman Ular dan Reptilia Perlis ini di Sungai Batu Pahat, kira-kira 10 km dari pekan Kangar. Senang je nak ke sini. Oh, kalau sebut pasal ular, mesti ramai yang takut sebab bisanya. Tapi tak semua ular berbisa, macam kat sini ada 10 spesies je yang berbisa dan selebihnya tak.

Tatie Was Here

Taman Ular dan Reptilia Perlis ni besar dan direkod kat Malaysia Book of Records sebagai taman ular terbesar di Asia Tenggara. Ada ular diletakkan kat dalam (ruang tertutup) dan ada juga diletakkan kat luar (ruang terbuka). Dua-dua mempunyai suasana yang berbeza. Tapi bagi aku, kat ruang terbuka lagi best berbanding kat dalam.

Ia lebih kepada suasana di habitat asalnya. Kalau kat ruang tertutup di lebih macam pameran biasa je. Bagi akulah, pendapat kan berbeza-beza. Hiks!


Selain dari melihat ular-ular yang terkurung di sangkar, korang juga boleh menyentuh ular. Macam hari tu, diorang lepaskan 3-4 ekor ular yang berbeza saiz di luar. Tapi jangan takut, ular-ular yang dikeluarkan tidaklah merbahaya seperti ular Albino dan ular sawa. 

Pengunjung-pengunjung yang datang ke Taman Ular dan Reptilia Perlis bolehlah ambil kesempatan untuk bergambar, memeluk dan bermain dengan ular-ular ni.


Ular Albino

Seperti biasa, dah ada ular, mestilah ada pertunjukan. Kalau nak tengok betapa ganasnya Ular Tedung Selar (King Cobra) dan betapa kuatnya lilitan Ular Sawa, jangan lepaskan peluang untuk tonton pertunjukan ular kat Taman Ular dan Reptilia Perlis ni. Memang ganas dan mengerikan. Ular-ular ni masih mempunyai bisa dan sangat merbahaya. Salute lah kat bro bawah ni. Beberapa kali cubaan nak cium tak berjaya dek kerana keganasan Ular Tedung Selar ni. Kalau aku, dah give up dah. Takut!



Kat sini juga ada haiwan-haiawan lain seperti burung, buaya, ostrich, kucing, tikus, ayam dan banyak lagi. Bawa bebudak confirm diorang excited. Sambil berlibur sambil belajar mengenal jenis haiwan. Kan best namanya tu? Aku galakkan sangat korang ke Taman Ular dan Reptilia Perlis ni.


Harga Tiket Taman Ular Dan Reptilia Perlis
RM4 (dewasa)   RM1 (kanak-kanak)

Waktu Operasi Taman Ular Dan Reptilia Perlis 
9 am - 6 pm (setiap hari)

Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. Taman Ular dan Reptilia Perlis bagus, di Indonesia belum ada seperti itu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane