PERCUTIAN ANNIVERSARY KE HONG KONG PART 2

By | 12/07/2014 10:17:00 am 14 comments
Disebabkan masa kami banyak terbuang kat KLIA dek kerana seat penuh dan kena tunggu, maka kami sampai lewat di Hong Kong. Supposedly sampai tengahari, tapi tang.. tung... tang sampailah jam 8 malam. Kalau ikut logik, memang rasa tak berbaloi dah. Tolak tidur semua, adalah lebih kurang 24 jam sahaja di Hong Kong. Gila kan?? Arghhh, redah jelah. Dah nasib.

Siyes, kos perbelanjaan kat Hong Kong agak mahal. Entah aku je yang rasa kot. Hahaha. Tapi memang mahal pun. Duit mengalir tak rasa pun, tup tup dah habis. Mana kawww hilang duit??

Berdekatan Dengan Hotel Kami
Tsim Sha Tsui Area
Butik babiLa Yang Famous Kononnya Sebab Nama

Pepagi tu cari sarapan pagi dulu. Memang style aku. Kalau travel je, wajib sarapan berat pepagi untuk cover makan tengahari sekali. Kengkadang, sampai malam baru makan. Tapi dalam beg ada bawa alas perut macam cikedis dan lain-lain. Semua gara-gara taknak buang masa dengan lepak makan. 

Kalau aku datang seminggu takpela, bolehlah lepak makan, minum dan meratah kuih ke apa ke benda, but setakat dua tiga hari, aku rasa waste of time. Kahkahkah. Ko bayar tiket mahal-mahal, tapi datang, banyak habiskan masa dengan makan jeee?? Tak ke rugi namanya tu? 

Tapi kannnn, jangan terkejut tau bila ke Tsim Sha Tsui. Sebab kat sana ada restoran halal dan milik rakyat Malaysia. Lagi mengancam ia adalah restoran mamak, Restoran Syed Bukhara. Hebat!! 

Banyak-banyak Makanan, Nasi Lemak Juga Jadi Pilihan

Lepas je makan, kami decide untuk ke Hong Kong Island. Dari Tsim Sha Tsui ke jetty jalan kaki je. Sambil-sambil tu bolehlah cuci mata dengan kereta-kereta mewah kat Hong Kong ni. Depa semua kaya gila dik. Meleleh air liur tengok kereta diorang. Vroooom, vrooom, vrooom. Hahaha.

Museum of Art
Avenue of Stars

Untuk ke Hong Kong Island, ada dua cara. Samada ko nak naik feri atau naik The Mass Transit Railway (MTR). Tapi apa barang naik MTR. Aku suggest, naiklah feri. Sebab sepanjang perjalanan korang akan dijamu dengan panorama memukaukan. Cuma time aku datang, cuaca agak jerebu sikit. Diorang kata sebab China tengah musim sejuk dan orang-orang kat belah sana melakukan pembakaran terbuka (macam unggun api la kot) untuk memanaskan badan.

Victoria Harbour
Terlebih Feeling Lettew
Hong Kong Maritime Museum
Central Pier

Memang berbeza Hong Kong Island dan mainland. Ada pros and cons di dua-dua tempat. Tapi aku tetap suggest, staylah area Kowloon. Senang makan dan senang nak pergi airport. Ops, senang juga nak ke Disneyland. Suka hati koranglah. Hahaha.

Tapi kan, aku pelik. Depa jual Iphone tepi jalan lagi. Pastu depan kedai Apple. Pergh. Nak cakap tak ori, siap ada resit dan warranty lagi. Hurm, harga? Lebih kurang sama je dengan kedai. Ori ke tak ori ni?? Rileks je jual tepi jalan. Musykil !!!

Iphone 6, Iphone 6+ Only

Then, mendaki sikit ke Hard Rock Cafe. Mendaki sikit??? Banyaklah sikit. Keluar peluh-peluh jantan tahu tak. Bahagian Hong Kong Island ni dia macam bukit bukau. So, kebanyakan area kena mendaki. Jenuhla aku nak mendaki. Sampai sakit kaki. Haih.

Tempat Wajib Singgah, Hard Rock Cafe Hong Kong

Next destinastion???
Disebabkan aku mengalami kesakitan kaki yang melampau, maka..... kita bersambung di next entry. Harap maaf. Hahahaha. =P

Newer Post Older Post Home

14 comments:

  1. Good sharing... Kebetulan tengah usha2 jugak nih... He He He...

    ReplyDelete
  2. Okeh.. mahal. Kena sedia duit dari sekarang. Ikat perut. Wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. yeszaaaa.. nanti ada promo terus grab the deal.. and fly terus :)

      Delete
  3. Replies
    1. pergilah bercuti... rehatkan minda dan badan.. hehehe :)

      Delete
  4. wow..menarik la

    ReplyDelete
  5. Awesome sharing... will keep in mind for my future trip to HK... hehehe

    ReplyDelete
  6. seronoknya..tapi Iphone tu mcm tak logik jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tapi memang diorang siap ada resit semua..

      Delete
  7. Kak ella dah 2 kali ke Hong Kong, bila baca Kisah Tatie rasa nak pergi lagi je

    ReplyDelete
  8. alamak bila baca entry ni, kena bawak minyak angin, plaster ke apa takut sakit kaki jugakkkk. hahaha

    excited :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane