MENGGAPAI AWAN DI KL TOWER

By | 12/22/2014 11:04:00 am Leave a Comment
Tetiba aku rindu pula dengan Menara Kuala Lumpur. Sebelum wujudnya Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur menjadi mercu tanda Malaysia. Aku pasti ramai di antara pembaca pernah menjejakkan kaki ke sini kan? 


Tak kisahlah korang pernah datang ke tak pernah ke .. Persoalannya, apa yang best kat Menara Kuala Lumpur ni? Or nama glamour, KL Tower.

Menara ni adalah menara telekomunikasi setinggi 421 meter. Kat sini macam-macam ada. Tapi yang famousnya restoran berputarlah. Selain tu, aktiviti bungee jumping dan lain-lain lagi. Untuk ke sini, korang perlu ke Bukit Nanas. Nak park kat atas boleh, nak park kat bawah pun boleh. Suke hatilah.


Nak masuk tak free uol... Kenalah beli tiket masuk dulu. Samada nak beli tiket ke Observation deck je ke atau Open Deck itu pun suka hati korang. Tapi kalau Open deck view lagi cantik tapi untuk 13 tahun ke atas je. Kalau Observation Deck, kat bahagian tertutup.. Eh memana jelah ...


Tiket dah dapat, apa lagi .. pergilah beratur. Nasiblah aku join trip Tourism Malaysia. Kalau pergi sendiri, jenuh nak beratur. Que panjang sangat!! Hahaha.


Cak ..!! Dalam Lift ...

Observation Deck

Kat Observation Deck ni macam-macam hado. Ada watch gallery, kedai coklat dan teropong. Kedai souvenir pun ada. Aku ni pantang ada kedai, mesti nak masuk. Huhu. 


Watch Gallery

Hehehe



Bilalah nak try aktiviti ni pulak.. Hish

Seterusnya ke Open Deck.

Aku ni gayat sikit bab ketinggian. Ketaq lutut jugalah bila sampai di Open Deck ni. Camanalah diorang boleh melompat kan? Kalau aku lompat pasti jantung tertinggal kat atas. Haha.


Best, best .. berbaloi naik atas ni .. weee :)

Newer Post Older Post Home

0 BUAH HATI KISAH TATIE:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane