KEKECOHAN DI HOMESTAY KAMPUNG BALIK BUKIT MELAKA

By | 11/17/2014 10:15:00 am 42 comments
Bagi kita, biasa je aktiviti-aktiviti kampung ni. Eleh, apa ade hal dengan kereta lembu. Ye dop? Tapi bagi pelancong asing, ia sesuatu yang wow. Lebih-lebih lagi bila diselitkan sekali dengan aktiviti kampung seperti menunggang kerbau, tangkap ikan kat sawah, mandi bendang dan lain-lain lagi. 

Memang riuh-rendah jadinya Homestay Kampung Balik Bukit, Ayer Molek Melaka ni dengan kedatangan pengunjung dari 9 negara. Aku sendiri terpana melihat keseronokan mereka menaiki kereta lembu. Haha. Amat luar biasa. Hiks!


Homestay Kampung Balik Bukit ni dihuni penduduk majoritinya terdiri daripada kaum Melayu dan mereka sangat mesra. Baik kanak-kanak hinggalah dewasa. Tapi hari ni aku fokus dengan aktiviti di Homestay Kampung Balik Bukit Melaka ni. Sebab banyak memory telah terpahat di dalam hati semasa kunjungan aku ke sini. Ewah!
Persembahan Silat Menyambut Tetamu

MENAIKI KERETA LEMBU KELILING KAMPUNG

Lepas je persembahan silat, kami diberi pilihan. Nak jalan kaki atau naik kereta lembu ke sawah padi yang terletak berdekatan dengan tempat kami berkumpul tadi. Aku? Of courselah naik kereta lembu. Actually, aku tak pernah naik kereta lembu. Hahaha. Kesiankan? Dah besar panjang, barulah dapat merasa. Isk, isk.

Lembu-lembu ini bukanlah lembu tempatan. No wonder saiz dia lagi besar berbanding lembu tempatan. Apa-apapun bila naik kereta lembu ni, aku terbayangkan beef steak. Alahai, sedapnya. Hahaha.

Layan Feeling lettewww!!
Tu Kobau Yo, Bukan Lombu...

Seronoknya menaiki kereta lembu kat Homestay Kampung Balik Bukit Melaka ni. Sesekali aku rasa macam nak terlena dek kerana melayan sangat angin-angin sepoi bahasa. Tapi bila memandang sawah padi yang hijau terbentang luas di depan mata, terus aku segar bugar balik. Sepanjang jalan, aku tak jumpa satu sampah pun. Kampung ni sangat bersih.

HIDANGAN KAMPUNG PEMBUKA SELERA

Sampai je kawasan yang dituju, aku tengok ramai yang dah sampai dulu. Cesss, rupanya diorang yang jalan kaki ni ikut short cut. Padanlah cepat. 

Kami dihidang dengan 'snack' kampung seperti ubi kayu rebus, cekodok pisang, sambal, gula melaka dan air kelapa. Sedapnya. Lama tak pekena makanan-makanan macam ni. Sesekali jeling kejap tengok pelancong-pelancong  ni. (media actually). Bagi yang datang dari China, Jepun dan Singapore.. diorang enjoy makan ubi rebus. Siap tambah-tambah lagi.

Bagi yang datang dari negara Mat Salleh seperti France, Amerika dan lain-lain, nampaknya lebih menikmati air kepala. Mungkin diorang tak biasa makanan sebegini. 


AKTIVITI DI HOMESTAY KAMPUNG BALIK BUKIT

Ini yang paling dinanti-nantikan. I'm so excited. Tapi takdela sampai nak masuk ke bendang. Aku penakut lintah sikit. Tapi diorang kata, takde lintah. Entahlah. Bagilah mat salleh-mat salleh ni rasa. Aku besok-besok pun boleh datang lagi. Hahaha.
Menangkap Ikan Menggunakan Bubu
Takut Jatuh Lah Tu
Dapat Je Ikan, Terus Di Panggang.. 
Tunggang Kerbau
1, 2, 3 Jump ..!!
Cam Bestlah ... 
Pelancong Dari China
Acara Tarik Tali

Korang tak teruja ke tengok diorang ni?? Ada banyak lagi aktiviti di Homestay Kampung Balik Bukit Melaka ni. Bagi warga Kulompo, marilah datang sini. Taklah jauh mana pun Kulompo dengan Melaka. Bawalah anak korang ke sini musim cuti nanti. Best tau!!!


Tadi Kita Duduk, Sekarang Kita Try Naik Yang Berdiri
Hehehe...

Alamat Homestay 
Homestay Kampung Balik Bukit Melaka
Jalan Balik Bukit, Kampung Balik Bukit, 
75460 Ayer Molek, Melaka

No Telefon
019 6277678 (En Shamsul)

Newer Post Older Post Home

42 comments:

  1. untung pelancong dari China tu dapat merasa budaya kita :)

    ReplyDelete
  2. nampak meriah sangat. mesti best..hehe..

    ReplyDelete
  3. Sgt2 bangga bila orang luar merasai pengalaman bljr budaya kita...

    ReplyDelete
  4. ♫Kereta lembu ...dari Melaka..♫

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) seronok dapat naik kereta lembu tu, jgnkan pelancong, kita pun rasa seronok :)

      Delete
    2. dah susah nak jumpa kereta lembu zaman sekarang

      Delete
  5. Best lg2 ikan bakar fresh tu..

    ReplyDelete
  6. Memang best pun tatie... Dulu kampung i mcm ni la tapi skrg parit pun dah kering, sawah padi dah moden sgt.... Lagi pun both atuk n nenek dah takde. Hilang kemeriahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, kenangan dengan orang zaman dulu sangat manis nak dikenang

      Delete
    2. mknanya Shima sempat la merasa ye

      Delete
  7. Tunggang kobau tu x kna tanduk ke..hee

    ReplyDelete
  8. Ada tak ikan lain selain ikan tu..tak suka ..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane