PERCUTIAN SINGKAT KE BANGKOK : TRAVELOGUE TO BANGKOK

By | 9/12/2014 09:12:00 am 19 comments
PERCUTIAN BAJET KE BANGKOK | Memang singkat percutian ke Bangkok baru-baru ini. Ibarat hanya baru bertanya nama, belum sempat mengenali sudah pulang ke tanah air. Tempoh 24 jam di Bangkok, Alhamdulillah dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 24 JAM??? Gila ke?? T_T

 TRAVELOGUE TO BANGKOK

Sebenarnya ini adalah sebahagian dari Trip Jalan-Jalan Asean bersama Ajikah. Masih ingat trip kitorang ke Jakarta (link), Boracay & Manila (link) dan Ho Chi Minh City (link)?? Sedar tak sedar, ini negara keempat kami pergi dan ini adalah kali pertama aku pergi dengan Ajikah selepas dia bertukar title menjadi Puan. Hehehe. (See, KAHWIN bukan alasan untuk tidak travel).

Trip ke Bangkok ni pun sebenarnya, aku yang sampai lewat. Si Ajikah siang-siang dah sampai. Aku ter-delay kerana mengikuti Trip Ke Johor Bahru sebelum ke Bangkok.

Jadi, apa yang boleh buat sekiranya korang ada sehari je kat Bangkok?
Jeng, jeng, jeng .....

MALAYSIA AIRLINES
Journey To Bangkok

Soalan biasa orang akan tanya ..
"Selamat ke pergi BANGKOK??"

Sebelum aku ke Bangkok, macam-macam benda kat otak ni. Selamat ke? Masih ada demonstrasi ke? Ishh, macam-macamlah. Tapi actually semua ni hanyalah TANGGAPAN. Kalau tak selamat, takdelah mat salleh nak stay Bangkok, dan ada yang siap bermastautin kat sini. So, don't worry, Bangkok selamat.

 TRAVELOGUE TO BANGKOK
Suvarnabhumi Airport Arrival Halls

Sampai je Suvarnabhumi Airport, Bangkok, aku terus ke bawah. Untuk pengetahuan korang, actually lebih senang jika dari airport ke bandar dengan menaiki teksi. Nak naik train pun boleh. Up to your budget. Bajet lebih, naiklah teksi, bajet kurang naiklah train. Tapi macam aku, nak kejar masa terpaksa naik teksi. Nasiblah teksi kat Bangkok menggunakan meter. Kalau tak sakit nak membayarnya.  

SUVARNABHUMI AIRPORT
Lokasi teksi terletak kat bawah. Keluar je arrival hall, belok ke kanan. 
TAXI BANGKOK
Pastikan TEKSI berwarna macam atas ni tau
BANGKOK AIRPORT TAXI
Sila daftar di kaunter, dapatkan resit. Nanti bayar pada pemandu
TAXI FARE IN BANGKOK
Ini pula Taxi Fare ke Destinasi Popular Di Bangkok

Seterusnya, memandangkan aku sampai lewat kat Bangkok, jadi aku terus ke Sungai Chao Phraya untuk menikmati makan malam di atas bot sambil menyaksikan sunset. Dari Suvarnabhumi ke Chao Phraya kalau naik teksi 500-600 baht bergantung pada keadaan traffic.

CHAO PHRAYA RIVER BANGKOK
Keadaan Traffic di Bangkok pun agak 'ganas' juga
CHAO PHRAYA RIVER BANGKOK
Yang ini aku akan ceritakan di entry khas ... TUNGGU!

Pakej Dinner Romantik di Loy Nava River Cruise ini datang sekali dengan pick-up pergi balik dari hotel ke Sungai Chao Phraya. Tak perlu pening kepala dah! Harga pakej Dinner Loy Nava River Cruise ini berharga 1648 Baht/seorang. Berbaloi la kan?  Untuk cruise, makan malam & transport pergi balik hotel. WORTH!

Perut dah kenyang, jom balik hotel pula. Untuk urusan hotel, aku serahkan 100% kat Ajikah. Sebab dia sampai dulu dan dia ada banyak kelapangan masa. Aku ikut je pilihan dia. Tak kisahlah, sebab aku hanya tidur semalaman berbanding dia. Hehehe.

Hotel kami terletak di Pratunam. Kawasan best untuk shopping kat Bangkok. Bagi pemborong, aku suggest stay kat area sini. Memang dikelilingi kedai-kedai dan kat sini juga senang nak cari makanan halal. Ingat PRATUNAM, ingat SHOPPING. Eh? Haha.

Hotel Citin Pratunam Bangkok
Hotel Citin Pratunam Bangkok

Hotel Citin Pratunam Bangkok ni bertaraf tiga bintang. Namun, ia dikelilingi dengan kawasan-kawasan shopping. Paling best, malam-malam ada night market. Jalan kaki je. Murah-murah pula tu. Ishhh, rambang mata. Sana sini murah. T_T

And, pasal Hotel Citin Pratunam ini, aku akan cerita kat entry khas later. Anggap sahajalah entry ini sebagai rumusan TRAVELOGUE 24 HOURS IN BANGKOK. Hehehe.

The next day tu, pagi-pagi terus check out hotel. Destinasi pagi ni melawat tempat-tempat WAJIB PERGI DI BANGKOK dengan menggunakan teksi. Alhamdulillah, menginap di Hotel Citin ni semuanya jadi mudah.

Pada mulanya, ingatkan macam tak sempat or maybe mahal lah kalau nak pergi tempat-tempat tarikan pelancong kat Bangkok ni. Sebab kalau ikutkan harga yang diorang tampal kat taxi masa aku sampai hari tu, boleh tahan mahal harganya. (rujuk gambar taxi fare kat atas).

Worth la juga dengan jarak tempat-tempat yang kitorang nak pergi ni. Kalau kat Kuala Lumpur ni, mahu bayar mahal. Haha. Untuk sewa teksi ni, kami minta bantuan Hotel Citin Bangkok dan Alhamdulillah dapat yang murah dan selesa. Weeee.

BANGKOK CHEAP TAXI

Sewa Teksi/Supir ni berharga 2000 baht/kereta. Tapi bahagi dua, jadilah 1000 baht seorang. Penyewaan ala-ala supir kat Jakarta. Haaa, murahkan?! Lebih kurang RM100 je seorang. Tapi malangnya, masa sangat terhad. Kami hanya dapat pergi ke beberapa tempat je sebelum ke airport.


Antara tempat-tempat Tourist Attraction yang kami pergi :
- Maeklong Train Market
- Damnoensaduak Floating Market
- Sekitar Grand Palace (lalu depan je tak sempat singgah)
- Wat Arun
- Chatucak Weekend Market
(semua ni akan diceritakan di entry khas)

Tapi harga tiket masuk tak campur sekali dengan sewa teksi tau. Lain-lain. Jangan confused! 


Teksi Kami
Wat Po (Reclining Buddha Temple)

Hehehe. Tak masuk tapi ambil gambar kat luar pun jadilah

Tempoh percutian 24 jam di Bangkok memang singkat. Tak puas rasanya berjalan kat Bangkok ni. Insyallah akan datang lagi di masa akan datang. Mungkin dengan sibling or mungkin dengan adik ipar or mungkin dengan Ajikah balik. Haha. Apa-apapun, Bangkok best. 

No wonder Mat Salleh ramai bermastautin kat sini. Asal jumpa mereka je, tanya pasal Asia mesti nombor 1 Bangkok. Ada yang dah siap beranak pinak kat sini. Everything murah kat sini except makanan. Pasal keselamatan jangan bimbang. Pentadbiran baru ni lagi safe.

Departure Hall Suvarnabhumi Airport
Departure Hall Suvarnabhumi Airport

BAJET TRAVEL DI BANGKOK
Hotel 1260 baht/night (bahagi dua RM63)
Teksi 1000 baht (kalau ramai lagi murah)
Dinner Loy Nava 1648 baht
Makan (makanan di Thailand agak mahal) 500 baht
Teksi dari airport ke Sg Chao Phraya 500 baht
Bot Floating Market 600 baht
Total : 5508 baht @ RM 548

Semoga Kita Bertemu Lagi Bangkok
(^_^)

Newer Post Older Post Home

19 comments:

  1. wahh, seronoknyaa.. belanja untuk travel ke bangkok ni pun tak banyak punn.. hihi.. salam perkenalan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. actually lagi murah kalau naik train. sana ada train macam lrt tu. tapi sebab masa terhad terpaksa cari alternatif lain.. hehehe

      Delete
    2. Tak payah keluar bajet bebanyak :)

      Delete
    3. oo..bsanya org ke sana naik flight kan..

      Delete
  2. Yeay...walau sehari tp tetap jln2 kan..suka tgok tatie selalu travel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah join sekali.. kita travel jimat-jimat je.

      Delete
    2. Akak ingat nak start tahun depan before kawen...hihihi..kalau tatie ada plan bg tau akak eh..

      Delete
    3. must be very tired is it..

      Delete
  3. Wahhh.. 24 jam ja? Banyak tempat jugak sempat pergi..

    ReplyDelete
  4. Duit Bath kalau convert RM buang satu angka kat belakang kan?
    kawan yang ajar bagi senang kira..

    ReplyDelete
  5. mesti kena singgah kejap2 je utk satu tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips untuk pergi byk tempat :)

      Delete
    2. kan, berguna bagi mereka yang travel dengan masa yang terhad ;)

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane