SERANGAN 'NINJA' DI BURGER KING MALAYSIA

By | 3/08/2014 02:09:00 am 8 comments
Ingin jadi 'Ninja'?? Ayuh ke Burger King sekarang! Bermula dari 3 Mac lepas, Burger King telah melancarkan promosi Burger 'Ninja' dimana korang berpeluang merasai keenakan Black Charcoal Bun Burgers dan Jumbo Franks. Semuanya istimewa dari Burger King Malaysia.

Mungkin trend masa kini, rata-rata penjual burger berlumba-lumba mengeluarkan burger yang rotinya berwarna hitam, tak terkecuali Burger King Malaysia. Hehehe. Tapi, promosi Ninja dari Burger King ini hanyalah untuk jangkamasa pendek sahaja dan dijangka berlarutan sehingga penghujung April 2014. Cepat selagi promosi belum berakhir.

Burger Ninja ini mempunyai 3 set yang berbeza iaitu Deluxe Beef Whopper Patty, Deluxe Chicken Tendergrill Patty dan Chicken Jumbo Franks. Istimewanya burger ini, ia mempunyai roti arang sebesar 4 inci yang berwarna hitam yang ditaburkan dengan sesame seeds. 

Jumbo Franks

Jumbo Franks dari Burger King Malaysia ini berbeza dengan hotdog-hotdog lain. Ia mempunyai sosej ayam jumbo yang dicampurkan dengan dengan sos teriyaki lazat dan dihidangkan bersama salad dan bawang panggang yang segar. Sosej ayam ini diletakkan di antara dua kepingan hirisan ayam salai yang enak.

terliur?
blogger, Maha (link) dengan rakusnya meng-ngap Jumbo Franks
hahahaha

Deluxe Chicken Tendergrill Patty

Kat sini korang boleh pilih, nak ayam atau daging. Tapi kita prefer daging. Teksturnya yang lembut, rasanya yang sedap .. huish, terliur bila mengenangnya. aduhai, mana nak cari tengah malam macam ni. T_T


Deluxe Chicken Tendergrill Patty
amboi, Nannie (link) tak pandang kiri kanan dah.

Deluxe Beef Whopper Patty
Highly recommended !!! Sedapnya tak terkata. Try tau!

menggoda sangat daging tu

haa .. yang ni  sopan sedikit. Hahaha

Dan sebelum terlupa, set-set 'Ninja' ni datang sekali dengan air anggur dan fries. Bermula dari harga RM 5.95, korang bolehlah beli sekarang. Tak perlu melenggahkan masa. Cuba hari ni jugak sebab promosi ni singkat. Pejam celik, pejam celik je dah habis. Hurm!

Cara-cara nak buat Burger Ninja

Newer Post Older Post Home

8 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane