KELAS MASAKAN DI ABUAIN KITCHEN STUDIO SELANGOR

By | 2/17/2014 10:23:00 am 51 comments
Baru-baru ni aku join satu Program Masak-Masak Blogger atau lebih manja dengan nama 'Rendezvous Blogger Part 1 2014' yang bertempat di Abuain Kitchen Studio, Bandar Sri Putra Kajang. Terima kasih Nazlan (link) sebab sudi ajak.

Walaupun pada mulanya aku awkward (sebab Nazlan je yang aku kenal), tapi lama-kelamaan perasaan awkward tu hilang. Program yang berlangsung dari jam 9 pagi sampai 6 petang ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan Abuain Kitchen Studio yang baru dibuka Januari lepas untuk mereka yang nak belajar memasak. Bagus tu.

Jadi, sepanjang hari tu aktiviti kami adalah makan, masak, makan, masak .. sampai kembung perut. Alhamdulillah, rejeki .. hehehe. Siapa kat sini nak belajar masak .. angkat tangan..!!! Ok jom sertai kelas memasak di Abuain Kitchen Studio Kajang.

Aturcara Program

Abuain Kitchen Studio ni adalah milik Encik Hakimin Muhammad dan aku difahamkan nama Abuain ni adalah gabungan nama keluarga mereka. Sorry kalau silap.

bersih dan sedap mata memandang
owner Abuain Kitchen Studio yang juga empunya blog kuahkari.com

Masakan pertama adalah dari Puan Najwa dan Encik Lutfi iaitu masakan arab. Untuk pengetahuan korang, Puan Najwa ni dilahirkan kat Saudi. Dibesarkan kat sana dan masa baru-baru kahwin, dia tak reti langsung cakap Melayu. Tapi lama-kelamaan, fasihlah sikit-sikit. Hehehe.

Dan selepas Program Masak-masak Blogger ini, sesiapa nak join kelas Puan Najwa bolehlah datang ke Abuain Kitchen Studio. Bayaran adalah RM150/seorang dan belajar masakan arab (starter/nasi mandy/dessert/drink). Siapa nak belajar masak dan nak resepi nasi arab silalah join!


Syabsyuqah dan Lagatil

Kemudian, kami rehat beberapa minit. Makanan tengahari disediakan. Bukan setakat makanan arab, pelbagai jenis makanan. Dari nasi, kuih muih, pulut durian .. pendek kata, macam-macam ada. Ala-ala potluck. Ada yang sudi membawa hasil air tangan mereka. 


tengok camana aku tak kembung? ni baru tengahari.. petang bertambah

sesi gosip.. eh borak-borak. hehe

suasana di Abuain Kitchen Studio

Seterusnya adalah Demo Dessert by Puan Azian Elias.  Demo membuat puding roti butterscotch. Istimewa puding roti butterscotch ni, dia ada ferrero rocher. Sedapnya. Memang berbaloi datang hari tu. Secara tak langsung bolehlah upgrade rasa puding roti yang aku buat sebelum ni. Thanks Puan Azian for the recipe of Butterscotch Bread Pudding. So yummy.


tekun

tengok tu.. pergh.. terliur tak?

Next, adalah tetamu istimewa iaitu Chef Adu Amran. Antara chef terkenal selepas Chef Wan. Haha. Bagi siapa meminati rancangan Masterchef Malaysia of course kenal. Chef Adu ni hebat dan mempunyai pengalaman memasak di London sebelum pulang ke Malaysia. Orangnya peramah dan tak lokek ilmu. 

Ruginya korang tak join Program Masak-masak ni kerana free dan ada tetamu jemputan yang hebat seperti Chef Adu ni. Tapi takpe, lepas ni daftar terus kat Abuain Kitchen Studio ye? Hehehe.


Sesi borak-borak bersama Chef Adu

Chef Adu ni juga adalah owner Adu Amran Management and Services (Masterchef Izyan Hani pun under management ni juga). Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, sila click link ini : link.


itu dia.. skill chef dah mai

Salad Salmon Kukus

Homemade Strawberry Jam and Roti

lepas je chef habis masak, semua datang dekat.. sebab tak boleh tahan bau
Sodap, den koba kek ekau.. hahaha

my ex-coursemate, Syaer selaku PA Chef Adu

Sesi bergambar dengan Chef Adu
Camwhore bersama Syaer

Seterusnya adalah Demo Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas by Puan Azie Azah. Tapi yang ni aku miss sebab duk borak-borak kat luar. Hahaha. Ya Ampun! Kita teruskan ke Demo Kuetiow Abang Zam. Ramai yang nak tahu rahsia buat kicap kuetiow tapi malangnya, demo ni dah siap-siap buat dari rumah. Jadi kalau nak tahu, joinlah kelas masakan ni ya. 

Pssst, aku dah tahu buat Char Kuetiow setelah 2 kali tak jadi buat. Hahaha. Memang susah tapi korang jangan putus asa. Untuk menghasilkan masakan yang sedap, memang sekali sekala kena failed dan cuba, cuba dan cuba sampailah menjadi. Ini TIPS dari saya. :)


the making of Kueytiow

Next, adalah Demo buat Coklat by Izan Aziz. Supposedly, sebelum demo coklat adalah Sesi bersama Masterchef Izyan Hani. Tapi malangnya Masterchef Izyan Hani lambat sampai. Hampir dua jam kami tunggu dia, so teruskanlah dengan demo coklat ni.

Kelas buat coklat juga turut ada di Abuain Kitchen Studio. Siapa berminat khususnya bagi siapa yang nak buat business coklat ke or buat saja-saja untuk raya, bolehlah join ye.


Puan Izan Aziz

sedapnyaaa..

Dan yang terakhir pada hari itu, adalah sesi bersama Masterchef Izyan Hani. Ada yang dah balik time ni sebab lama sangat tunggu. Tapi takpelah, aku tunggu lah juga sampai dia datang. Hehehe.

Izyan Hani ni juara Masterchef Malaysia Season Kedua. Selain dari kerjayanya sebagai  Ahli Geologi, dia juga mempunyai bakat dalam memasak. Orangnya manis dan banyak cakap, tak lokek berkongsi cerita. Eh, dia juga baru keluarkan buku bertajuk 'Cerita Rasa Izyan Hani Dari Dapur Bonda Ke Dapur Masterchef'. Sila beli cepat. Macam-macam resepi ada.


sesi pengenalan dengan Masterchef Izyan

sedang menerangkan cara-cara buat pavlova

alahai rasa nak grab dan makan terus

macam comel je.. macam sedap je

bergambar sebelum balik dengan Masterchef Izyan Hani

Fuh, memang memenatkan. Tapi ilmu yang aku dapat pada hari tu berbaloi-baloi. Bagi sesiapa nak join kelas memasak di Abuain Kitchen Studio, ni detailnya. Sila catat!

Abuain Kitchen Studio (exit Bukit Mahkota Nilai)
No.32, Jalan Seri Putra 1/2,
Bandar Seri Putra, 
43000 Kajang.

No Telefon : 
012 946 7994

Email :
wkhaihwm@gmail.com

Facebook :

Newer Post Older Post Home

51 comments:

  1. Xdpt join sbb ade hal laa.. rugi2 x mai..ko mai rupenye ek..huhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak-banyak menulis Entri ini dan juga terima kasih banyak-banyak kerana hadir tempoh hari, tidak sempat kita berborak panjang ya!

    Jemput datang lagi nanti!

    ReplyDelete
  3. alaa. bestnya.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. nanti join next time k?

      Delete
    2. akak pun nak join kalau ada peluang

      Delete
    3. saya pun sama, boleh tambah skill memasak

      Delete
    4. kan, seronok sangat, kalau ada chance nak juga join.hehe

      Delete
    5. me too..i hope can be one of the lucky one to choose ;-)

      Delete
  4. ah, yang goreng kuew teow tu cam kenal je
    Abe Zam eh?
    suami blogger kak ayu

    ReplyDelete
  5. Tidak boleh tahan hendak tunggu siap memasak. :-)

    ReplyDelete
  6. best juga kalau dpt join kelas memasak..

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaa. Sambil belajar masak dapat makan :p

    ReplyDelete
  8. Akak lg la rugi...mmg x pernah join je...baca kat sini je tgok betapa seronoknya event ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe akak nanti ada rezeki boleh pergi event macam ni

      Delete
    2. kan next time boleh join kalau ada peluang ;)

      Delete
  9. Replies
    1. kan. nampak seronok je , dapat ilmu baru

      Delete
  10. wah makan lagi.. blog tatie ni dah macam buku masakan..

    ReplyDelete
  11. bestnya, smbil menimba ilmu masakan baru, dapat berkumpul dgn bloggers yang lainn

    ReplyDelete
  12. salad salmon kukus tu mcm sdp jer..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane