INDIAN HILL SEREMBAN

By | 1/01/2014 11:42:00 pm 33 comments
Jika anda ke kawasan berdekatan dengan rumah saya pada waktu pagi dan petang, anda akan nampak banyak kereta parking di kaki jalan. Mesti rasa pelik, "mana diorang pergi ni?". Setiap hari - pagi dan petang tidak pernah lekang dengan kehadiran orang kecuali hujan. 

Haaa.. ini jawapannya, Indian Hill. Tidak se-famous Broga, tetapi bagi siapa yang pernah mendaki, pasti rasa nak daki lagi. Kepuasan tahap maksima bila sampai ke puncak bukit. Indian Hill ini terletak di belakang Kepayang Heights, Seremban, Negeri Sembilan.

Kalau anda dari Highway KL-JB, anda exit di Tol Seremban dan ambil belah kiri. Dari Tesco, ambil kanan dari persimpangan traffic light dan anda akan nampak banyak kereta parking di kaki jalan. Semuanya mempunyai misi yang sama, menakluk puncak Indian Hill. 

Jadi, pada hari itu.. Setelah sekian lama menetap di sekitar kawasan ini, barulah tergerak hati untuk mendaki Indian Hill ini untuk meneroka rahsia di sebalik puncak bukit ini. Yela, selama ini hanya mendengar pengalaman orang sahaja. Hehehe.

me & nik

 kisah di suatu pagi

kawasan yang curam 

nasib ada tali 

kami naik pun dah lewat, ramai yang dah turun


kira-kira 30-40 minit untuk sampai ke kaki bukit
penat jugalah... fuhhh!!!!!!!!!

dan bila kami sampai .......

dari atas bukit boleh tengok 360 darjah pemandangan bandar Seremban

kat atas ni pun ada kerusi yang disediakan untuk bersantai

melepaskan penat sambil menikmati panorama indah

Untuk pengetahuan anda, ini adalah tapak kuil lama. Di sini, terdapat beberapa kerusi yang disediakan buat pendaki-pendaki untuk melepaskan penat dan lelah selepas mendaki bukit. Kat sini juga ada toilet untuk kemudahan pendaki. 

Kuil lama ini dipindahkan ke tapak baru berhampiran dengan kawasan ini. Jika anda datang pada peak time iaitu jam 6.30am-7.30am, dan 5pm-6.30pm, kawasan ini padat dengan orang ramai. Pelbagai kaum dan lapisan umur, semuanya dengan satu misi, mendaki sambil bersenam. Ada juga buat tai chi, yoga dan banyak lagi kat atas bukit ni.


tapak kuil lama

seriously, semua yang naik atas ni semua friendly. sesekali menyapa kami.. seperti couple ni
cuba teka apa yang sedang saya buat???
.
.
.
.
.
.
.

melihat SEEKOR... SEEKOR

semut gergasi !!! hahaha

Kat atas ni, terdapat pelbagai jenis serangga yang anda boleh jumpa. Ada yang biasa anda lihat, dan ada juga yang ganjil. Selain itu, kat sini juga ada monyet liar tapi usah bimbang, mereka tak kacau.

sekumpulan monyet

On the way balik tu, kami lalu kawasan jalan yang bertar pula. Kalau nak tahu kat sini terdapatnya kuil yang baru dan diberi nama 'Arulmighu Maha Sapthakanniga Devi Temple' atau nama ringkasnya 'Virgin Temple'. 

Walau bagaimanapun untuk ke temple ini, anda perlu mendaki tangga yang disediakan. Kira, nak panjat atas lagi pun boleh, taknak panjat pun takpe. Terpulang pada anda.

Terdapat pelbagai cerita mitos mengenai kuil ini, antaranya seperti ...

"100 tahun yang lalu, bukit ini dikenali sebagai Victoria Hill yang kaya dengan silika untuk digunakan sebagai bahan letupan. Pada suatu hari, seorang kontraktor Cina menghadapi kesukaran untuk bekerja selepas dia membunuh seekor ular. Tidak lama selepas insiden ini, kontraktor ini jatuh sakit dan dukun yang mengubatinya menasihatkan agar dia insaf dan membina sebuah kuil kerana dipercayai telah menyinggung spirit Naggama yang sering menyerupai ular atau wanita muda di bukit ini untuk memulihkan kesihatannya balik".

Dan banyak lagi. Kami tidak sempat untuk mendaki sampai ke atas kerana hari sudah lewat. Maybe next time. Kata orang, kalau panjat atas lagi, boleh nampak view lebih menarik. hurm..

jalan untuk ke temple

jalan pulang

yeay dah sampai

thanks nik sebab temankan me hari tu

Sebenarnya, kawasan yang tidak bertar lebih dekat dan jarak untuk sampai ke kaki bukit lagi cepat dan dekat berbanding jalan bertar. Untuk parking, anda boleh meletakkan kenderaan di tempat letak kereta berhampiran dengan Kepayang Heights. Selalunya, orang start mendaki seawal pagi dan petang bermula jam 4-5pm. Selamat mendaki ~

Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...


Newer Post Older Post Home

33 comments:

  1. wahhhh, nak naik gak tapi xtau tempat tu

    ReplyDelete
  2. Klu tesco tu dekat la dgn umah mentua... Tapi kat mana ek... X perasan sgt..

    ReplyDelete
  3. Tinggi bukit nie berapa? Klu naik pon ambil masa 30-40 minit...jauh gak tu...

    ReplyDelete
  4. view dr atas tu cntik sgt! bebaloi naik tggi2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik jan. Kepuasan bila dapat sampai puncak..

      Delete
    2. betul tu, memang cantik :)

      Delete
    3. hilang penat bila tengok amazing views

      Delete
  5. Semut gergasi atau cengkiak tu kalau kene gigit, perrgghh meleleh air mata..

    ReplyDelete
  6. Cantik view dari atas tu! ;D

    ReplyDelete
  7. Best pengalaman macam ni ;D

    ReplyDelete
  8. Bestnya.. IM suka aktiviti cenggini..

    ReplyDelete
  9. tak sia2 hiking, badan sihat pastu view pun cantik, berbaloi2 :)

    ReplyDelete
  10. siap ada meja kerusi atas bukit. boleh picnic kat situ

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane