CHAR KOAY TEOW SERINA CHEF WAN

By | 1/06/2014 03:04:00 pm 32 comments
Siapa sangka, di sebalik kehebatan bapanya sebagai chef tersohor, Serina Redzuawan juga mempunyai bakat terpendam sebagai tukang masak hebat? Bermula dari seawal umur belasan tahun, Serina dah mula membiasakan diri di dapur dengan menolong ibunya memasak. Masakan solo pertamanya, sambal udang petai yang dipersembahkan kepada bapanya adalah titik permulaan di mana bakatnya mula terserlah.

Mewarisi bakat daripada ibunya yang berasal dari Melaka, Serina kini mengorak langkah setapak ke hadapan dengan membuka lagi satu perniagaan makanan, Restoran Char Koay Teow Simply Delicious. Istimewanya restoran ini adalah hidangan Char Koay Teownya yang lazat dan beberapa makanan lain seperti murtabak, manisan dan banyak lagi.

Itu serba sedikit mengenai restoran ini. Anyway, terima kasih Kak Nora (blog), kerana sudi menjemput I menyertai event makan bersama Serina Chef Wan. Tak sia-sia datang dari Seremban khas untuk event ni, memang makanan kat sini semuanya sedap. 

Serina Chef Wan
100% halal dan bersih

Restoran Char Koay Teow Simply Delicious 

Ratings :
Food : 4/5
Service : 4/5
Cleanliness 4/5
Current Visit : 5/1/2014

RESTORAN SERINA
staff di sini semua friendly

SERINA CHEF WAN

SERINA CHEF WAN

Serina juga bagitahu kami, kami antara yang terawal datang ke restorannya. Kerana restorannya ini masih belum buat Grand Launching lagi dan masih belum featured kat mana-mana media lagi. Yang datang kat sini kebanyakannya tahu dari Instagram dan FB Serina je. Wah, specialnya. Kami terharu, thanks Serina.

SERINA CHEF WAN
gayanya bersahaja dan peramah menarik hati pelanggan untuk ke sini lagi

SERINA REDZUAWAN
malam tu full house

SERINA REDZUAWAN

Restoran ini berkonsepkan santai dan relax tetapi bercirikan butik. Kata Serina, perabot dan perhiasan yang ada di restoran ini semuanya ditempah mengikut citarasanya dan juga rakan kongsinya. Warna pink pula adalah warna kegemarannya. 

Ha, peminat Serina kalau datang sini sila pakai baju pink kalau nak Serina layan korang seperti VIP. Hehehe.. Gurau je. Serina layan semua pelanggannya sama sahaja. Tiada istilah, kau peminat, kau artis. Buktinya, bila I upload gambar kat Instagram, FB dan Twitter, pasti sesiapa yang pernah datang ke sini.. pasti komen, "she is soooo friendly dan sentiasa ada kat restoran". 

Susah tau nak cari artis melekat kat kedai atau butik mereka. Kebanyakannya, ada butik dan kedai makan tapi tuannya takde. Tapi jangan ingat Serina ni dah tak laku, dia ni sekarang makin sibuk dan ada 4 business : Farmasi Cosway, YKS Filmmaker, Restoran Char Koay Teow Simply Delicious dan Anggun Serina. Wahhhhh, banyaknya. Businesswoman gitu!

SERINA REDZUAWANSERINA REDZUAWAN
Ini bukan scene yang dibuat-buat tau!! 

Eh, terlupa pula pasal MAKANAN.... haaa, mohon jangan terliur ye. 
kalau terliur, jom kita serbu restoran ini sekarang
(^_^)

CHAR KOAY TEOW
tarikan utama, Char Koay Teow - RM8.50

PRAWN
Lihat tu blogger Hazman Fadzil pun teruja tengok Nasi Goreng Udang.. nyums!!
his blog : HAZMANvsFOOD

SATAY
sate, sate, sate

DURIAN
OMGGGGGGGGGG, ini kegemaran I... Durian Crepe

 KOAY TEOW GORENG
Koay Teow Goreng - portion banyak dan berbaloi-baloi

PAVLOVA
Mini Pavlova 

MURTABAK
Murtabak Goreng .. so crispy!! INI WAJIB TRY!!!  

CAKE
Kek Coklat, Red Velvet dan Tiramisu

p/s : Chef Wan suka tiramisu tu tau!! sedap sangat.

SERINA REDZUAWAN
tengok tu, Kak Nora makan.. layan habis!

SERINA REDZUAWAN
ini lagi teruk .. ish ish ish
Ishak (blog) dan air Apple Asam Boi .. bertambah-tambah. Sedap sangatkah?

Banyak lagi makanan yang boleh korang cuba di sini seperti pau dan banyak lagi. Yang pasti bak kata omputeh, "gonna kick your taste buds". Sekali makan, pasti nak lagi.. Oh lupa pulak, kat sini ada shisha, tapi ditutup setiap hari ahad. So, anda bolehlah lepak makan sambil bershisha. :)

SERINA REDZUAWAN

  SERINA REDZUAWAN

SERINA REDZUAWAN

SERINA REDZUAWAN
selfie time with Serina

Ramai blogger yang join malam tu, macam Ahmad Fauzi (blog), Nannie Isa (blog), Hisyamuddin (blog), Mawardi Yunus (blog), Jamar (blog), Nizam Ijam yang now dah jadi pelakon (blog), Anarm (blog), Nazlan (blog), Deq Noor (blog), Normaliza (blog) dan lain-lain.

SOFI JIKAN
eh, Sofi Jikan pun ada sekali? hehehe.

Kalau nak tahu, hari ni Grand Launching filem terbaru mereka "Gangster Rock Kasi Sengat" arahan syarikat Serina, YKS Filmmaker (link). Tunggguuuu!!! Eh, jangan lupa tonton kat cinema nanti tau!! make sure hashtag, #gangsterrockkasisengat .. 

dan kat sini juga ada surau kecil yang disediakan khas 
makan, makan juga.. solat jangan lupa!

SURAU KECIL

Terima kasih sekali lagi Kak Nora, nanti ada event lain, jemputla saya lagi :)

SERINA REDZUAWAN
peace yo!! Kak Nora

Terima kasih juga, Serina Chef Wan sebab belanja kami dan layan kami dengan layanan 5 stars

SERINA REDZUAWAN
I noticed, Serina makin slim. Lupa nak tanya rahsia. hahaha

SERINA REDZUAWAN
kami dan Serina
(credit to Jamar Bahar for this picture)

SERINA REDZUAWAN
lepak luar pun boleh
(credit to Anarm for this picture)

SERINA REDZUAWAN
thank you everyone

JOM KE

Char Koay Teow Simply Delicious
13 G, Jalan PJU 5/20A, Encorp Strand, 
Kota Damansara, Selangor.

No Tel :
03-6151 4112

ada instagram? jangan lupa hashtag
#foodtourism  #charkoayteowsimplydelicious  #serinaredzuawan

Newer Post Older Post Home

32 comments:

  1. bestnya tengok makanan. nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Betoiii sangat-sangat mengiurkan makanan yg dibrikan...perghhhhh

    -ahmadfauziaryaan-

    ReplyDelete
  3. kat mana butang follow.... heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdela.. kita disabled. just follow via google+ sahaja

      Delete
  4. Serius... memang sempoi dan berbaloi lah...

    ReplyDelete
  5. pasni leh terjah ngan famili lak..sedap ookey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang.. jangan lupa bungkus sekali.. hahaha

      Delete
  6. Tatie : 1st time la jadi model nasi goreng nie... btw next time kena lepak makan kat meja pink color tu kan... hihihii

    ReplyDelete
  7. Salam hi tatie. TQ So much for coming and great food review! Syukur para bloggers berpuas hati dgn food kami,serina memang rasa lebih puas bila dpt serve customer dan layan berbual rasa mcm family.Lgpun peminat akaj happy juga dpt berjumap depan mata dan ramah mesra.Pls come again ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alright kak serina. thanks for having me.. :)

      Delete
  8. Nanti nak pergi sana lagi makan char koay teow dengan wife plak.. Char koay teow dia sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kirim murtabak dia... sedap dan tak puas makan

      Delete
  9. pergh semua pinky...makanan die mengiurkan..lagi2 durian crepe tu

    ReplyDelete
  10. terliur tgk food! esp durian crepe

    ReplyDelete
  11. Arrgghh. Lapar char koay teow..

    ReplyDelete
  12. Teringin nak makan char koay teow ni ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, big portion tu boleh try sini nnt.

      Delete
  13. pinkish looking restaurant and great food!!

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane