APA YANG MENARIK DI SUNGAI PETANI

By | 11/09/2013 11:00:00 pm 5 comments
RELAX DAN TENANG. Itulah tempat yang saya nak bawa anda hari ini. Sungai Petani,Kedah .. tidak asing lagi bagi warga Malaysia. Tetapi sayangnya, tidak ramai yang tahu keistimewaan bandar periuk nasi Malaysia ni. Rata-rata yang kita tanya, majoriti beranggapan bahawa Sungai Petani adalah tempat penanaman padi dan selebihnya, ramai tidak tahu keistimewaan lain yang terdapat di bandar Sungai Petani Kedah ini.

Terima kasih kepada Santai Travel dan juga Tourism Malaysia (MATIC) kerana menaja trip ke Sungai Petani Kedah sempena Visit Malaysia 2014. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2014. Tidak kurangnya Sungai Petani Kedah. Pelbagai acara yang disusun dan dinaiktarafkan agar menjadi salah satu bandar yang terkenal dalam sektor pelancongan negara. 

Sebelum ke sini, saya juga tertanya-tanya... apa yang ada kat Sungai Petani? Bagi yang gilakan hiburan, mungkin anda perasan artis-artis selalu buat roadshow di sini. Bagi yang gilakan sejarah, anda sedia maklum tentang Lembah Bujang.. tetapi bagi yang biasa macam saya ni, mungkin hanya anggap.. "owh Sungai Petani adalah bandar beras,".

Tetapi setelah 3 hari 2 malam di bandar ini, saya mendapati terdapat banyak lokasi-lokasi menarik di Sungai Petani ni. Tak kenal maka tak cinta.  Sampailah masa nak pulang.. aduhai, terasa sayu dan berat nak meninggalkan bandar ini. 

Seperti Ho Chi Minh City, Sungai Petani juga mempunyai kelebihan. Siapa sukakan sejarah mungkin boleh ke Lembah Bujang, siapa sukakan Geography mungkin boleh ke kawasan pergunungan dan perairan sungai, siapa sukakan ketenangan mungkin boleh ke Pantai Merdeka sambil layan feeling lagu Cinta Pantai Merdeka dan bermacam-macam lagi tempat yang anda boleh explore. Nanti saya ceritakan kemudian. 

taklimat dan press conference di MPSPK

p/s : I feel proud to join this conference secara tak langsung membuka minda dan idea untuk menaiktarafkan bandar Sungai Petani ini. Tahniah warga Sungai Petani. Anda mempunya Yang Di Pertua yang sangat berkomited terhadap projek memartabatkan lagi bandar ini sebagai bandar pelancongan.

trip kami disertai oleh Annahita dan juga Aziz Desa

selain dari berjalan, perut kami juga sentiasa terisi

the best trip ever

nak tahu cerita selanjutnya??? tunggu the next entry okay. terima kasih sekali lagi Santai Travel (M-Mode) dan Tourism Malaysia. Trip ini sangat best. Tak sabar nak ceritakan keistimewaan bandar Sungai Petani Kedah ini kat anda semua. Tapi memandangkan kesihatan kurang mengizinkan, nanti saya ceritakan kat next entry okay. TUNGGU. 

|| thanks for reaDing ||

Newer Post Older Post Home

5 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane