UPDATE RAYA 2013 ...

By | 8/19/2013 11:39:00 am 6 comments
 hi.

sedar tak sedar my last post adalah sebulan yang lalu. phewww. lamanya tak update. busy sangat tu.. apa-apapun, saya nak ucap, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. belum terlambat nak wish anda semua. (raya sebulan kan? hihi.. :p) 

alhamdulillah, rasa puas hati sangat kali ni. persiapan raya berjalan lancar, segala penat lelah membuahkan hasil. FYI, raya tahun ni, kuih semua i buat sendiri dan ada juga yang orang kasi. thank you. (you know who you are)..

untuk persiapan rumah, memang sumpah penat. tapi kami berdua cerewet. kalau boleh, semua nak buat sendiri. kata hubs, lagi puas hati dari upah orang buat. dari kami balik dari london awal julai lalu, sampailah, sehari sebelum raya. haha. next time, kena buat before puasa. nasiblah dapat bertahan... walaupun penat dan haus, tapi dalam hati berkata, "penat lagi orang bertukang buat rumah". hahaha. 

jika anda kawan FB saya, anda mesti tahu.. rumah kami diserang anai-anai. memang trauma habis. lebih-lebih lagi saya .. baru first time tengok anai-anai di depan mata. haha. jakun habis. tapi memang penat, kalau rumah kena serangan anai-anai. kena buat clearance dan upacara cuci rumah secara besar-besaran. *pitam*

serangan anai-anai buat i surrender. lantas upah daily maid 2 orang terus. memang dasyat gila anai-anai ni. 6 bulan bercuti, ha amek kau.. tak terkata kerja berduyun-duyun kena buat. tapi, dua-dua ni bagus. seorang tu memanjat tanpa disuruh dan seorang lagi ni, cekap buat kerja. 

ingat legalah bila rumah dah clean. tapi tidak.. sobssss... 
sehari lepas tu, cina datang pasang buat paip.. oh, tidakkkK!

time tu jugalah, hubby sibuk nak tanam rumput .. T_T

and i pula sibuk mengecat apa yang patut  #outdoor

nasib ade nana. dialah peneman shopping barang-barang rumah
terima kasih nana

dan bermacam-macam lagi persiapan yang kami buat sepanjang ramadan yang lalu. nasiblah preparation start masa kat London tempoh hari. kalau tak, memanglah masa 24 jam tu tak cukup. walaupun masih ada kekurangan, tapi kami redha. siapa suruh tak buat dari awal tahun yang lalu. padan muka!!! booo.. errr...


menanti tetamu ...

homemade by me ..
:: semperit (20% by me & 80% by hubby)
:: pineapple tart (pineapple jam by hubby, and doh by me)
:: biskut cheese 
:: cornflakes chocolate
:: chocolate chip cookies
:: red velvet cupcakes
:: blueberry cheese tartlet
:: biskut arab
:: kek batik (tiada dalam gambar)

almost every night (a week before raya) tak tidur malam menyiapkan kuih-kuih ni.. alhamdulillah sempat siap. hahaha.. suspend jugaklah risau tak sempat siap. hahahaha.. :p



for baju raya, 2 pasang je tempah.. lain-lain beli siap. padan muka!! siapa suruh berjalan sampai tak ingat nak hantar baju raya. sobssss.. so, tahun ni, idea buat baju raya terbantut. 2 pasang tu pun, i main hantar.. nasib siap. tapi apa-apapun baju saya biasa-biasa je. simple dan sederhana. 
:: Jovian Mandagie RTW
:: baju kurung biasa (beli masa pergi hcmc)
:: Chahaya Murni RTW
:: Jovian Mandagie RTW
:: match and mix. kain tempah, blouse beli kat london
:: Hatta Dolmat RTW
:: Koleksi Ibunda RTW
:: baju tempah kat my friend, zayani.
:: hood jubah my SIL beli kat mekah (tq)


banyak lagi gambar yang nak dikongsikan..seronok jumpa kawan lama. ada beraya bawa anak, ada beraya bawa bakal suami dan macam-macam. seronok! i love you guys so much. to all my friends, terima kasih sebab sudi datang. insyallah, ada lagi rumah terbuka yang bakal menyusul especially bagi mereka yang tak dapat hadir tempoh hari. terima kasih chahaya murni dan koleksi ibunda sebab kasi baju raya. selesa sangat! thank you zayani sebab sempat siapkan baju dalam tempoh singkat.. terima kasih emmie, mummy dan suez sebab kasi raya cookies.. kami buat stock untuk makan sendiri. hahaha.  

Raya Kelima, kami balik kampung suami di Terengganu...
mujur ada seat kosong .. =D

tahun ni kami beraya di rumah my PIL di Paka. banyaklah juga ilmu yang saya dapat dari bonda husband. insyallah akan dimanfaatkan. hehehe 

nasi dagang



laksam terengganu

nasi minyak hujan


and perjalanan balik dari terengganu, adalah sangat MENCABAR bila seat kat mas penuh. lantas we all decide beli tiket firefly and burn tiket balik mas. sebab another flight mas petang. oh no! secara kebetulan, my bff bertunang, and another friend, kahwin. so, kena rushing balik. hahaha. memang mencabar. dari subang-kl central = bas rapid, dari kl central-seremban=komuter ktm, dari ktm-rumah=taxi. hahaha... semua kami redah. penat tapi fun.

kami beraya secara bersederhana. anda pula bagaimana?
mesti meriahkan? ;)


~thanks for readinG~
Newer Post Older Post Home

6 comments:

  1. nasi minyak hujan ?? tempat akak panggil nasi hujan panas :-)

    ReplyDelete
  2. Walaupun last mnit tp semua nampak baik. Baju tetap cantik ;)

    ReplyDelete
  3. owh, tba2 tekak teringin nak biskut raya pla..

    ReplyDelete
  4. cntik2 baju raya kak tatie last yr :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane