BILA SAMPAI WAKTU NANTI ...... INSYALLAH

By | 8/22/2013 02:58:00 pm
lately, ramai yang bertanya.. bila saya mahu menutup sebahagian aurat lagi, iaitu rambut. tidak dapat dinafikan, memang menjadi kewajipan setiap wanita untuk menjaga aurat mereka dari terdedah. tapi, bukan bermakna, anda boleh riak bila sudah bertudung! 

"aku sudah sempurna imanku!"
"tiada dosa!"
"pahala aku lebih banyak dari mereka yang tidak bertudung!"

dan lain-lain

ITU RIAK NAMANYA.
 sedikit sebanyak pahala semakin berkurangan.


jawapan yang sering saya beri, insyallah suatu hari nanti.



ditanya lagi, kenapa mesti suatu hari? kenapa tidak sekarang? kenapa? mengapa? tak takut ke azab api neraka? jawapan saya, ya.. sudah semestinya saya takut. 


bukan saya taknak berhijrah. saya mempunyai niat. cuma, fahamkah anda, apa itu aurat? ada yang menasihati, tapi berhijab dan memakai skinny jean, ada yang berhijab tapi kaki mengumpat. jadi dimana letaknya diri anda?


dari satu anak tangga ke tangga seterusnya. Insyallah.

jika dilihat pada zaman sekarang, apa erti aurat? jika seseorang berhijab tetapi mendedahkan bentuk tubuh badannya dengan memakai legging, skinny dan baju-baju yang menampakkan bentuk tubuh badan? atau mungkin memakai baju yang lengannya 3/4 atau memakai turban atau mungkin melilit-lilit selendang dan dada terbonjol ke depan? jawapan mereka, follow the fashionlah weiii... owh begitu?

sorry, itu bukan jawapan yang menunjukkan diri anda betul-betul berubah. Ya anda bertudung, tetapi dalam diri anda, anda masih belum 100% melakukan transformation! saya puji, blogger, Maria Elena Zarul. Bukan kerana dia famous, tetapi cara pemakaiannya. yes, dia antara hijabster yang terkenal. Tetapi takdelah sampai terlalu mengikut arus fashion and i want to be like her, one day. Insyallah. Ingat! bertudung biarlah menutup semuanya, bukan bertudung tetapi masih berbogel!


TUDUNG : Tudung mestilah labuh, menutupi dada, tidak jarang dan tidak terlampau menarik perhatian orang. Tidak boleh memakai sanggul tinggi sehingga begitu jelas kelihatan seperti bonggol unta.

PAKAIAN: Baju mestilah labuh, tidak jarang, longgar, tidak menampakkan bentuk badan dan tidak menggunakan warna yang terlampau terang. 
Lengan baju mestilah sampai ke pergelangan tangan. Bahagian pergelangan tangan ke atas adalah aurat yang wajib ditutupi.

PERHIASAN: Perhiasan tidak boleh sehinggan tabarruj, jangan kelihatan begitu terserlah dan bukan niat untuk menarik perhatian orang.

KAKI: Kaki adalah aurat, wajib ditutupi. Pakai sarung kaki. Tidak boleh memakai gelang kaki yang berbunyi dan kasut tinggi yang menyebabkan bunyi sehingga menarik perhatian. Gunakan kasut tumit getah.


Antara faktor lain, saya mahu membersihkan hati dulu. Kalau boleh, biarlah luar dan dalam bersih. Bukan menutup aib diri dengan berhijab. Sesetengah orang berhijab, tetapi diri masih negatif. Masih gemar mengumpat, mengutuk, menfitnah, riak, takbur, dan melakukan perkara-perkara yang negatif. Saya tidak mahu jadi seperti itu bila saya berhijab nanti. 


Jadi, biarlah saya membersihkan dalaman terlebih dahulu. Kerana dalaman ni, payah sikit. Tak semua orang dapat berubah.  Lebih-lebih lagi bila ada instagram. Wujudlah pelbagai jenis riak di situ. setuju?


Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane