PERCUTIAN KE PARIS PART 2

By | 7/01/2013 12:00:00 am 17 comments
Sambungan kisah Paris 1. Ini bukan first time i datang sini, tapi first time encik H datang sini. Tapi nampaknya dia lagi pro dengan public transport kat sini berbanding I yang agak pening dengan map metro kat sini. hahaha.. Besar wei, kalah london! So, i serahkan dia baca map dan i pula tugas berkomunikasi dengan orang kat paris ni. (time ni rasa berbaloi belajar french kat uitm dulu. hiks)

Dan hari tu hari ahad, kebanyakan kedai buka lewat. As usual la kan. So, kami ke Invalides Paris dahulu. Kat sini ada tourist spot iaitu Pont Alexandre III. Depan sikit dari jambatan ni, ada tourist attraction juga. Tapi kami skip. haha. =P


PONT ALEXANDRE III
PONT ALEXANDRE III

Dari Pont Alexandre III, kami nampak ramai sangat orang kat opposite side. Eh apa tu?  Dengan aksi makcik Joyah dan Pakcik Leman, kami memberanikan diri datang dekat. Busy body sangatkan? Haha.

sepanjang jalan ada ayat-ayat parents la, gay la apala...

La, rupa-rupa perhimpunan membantah perkahwinan sejenis. Ramai gila yang join. Dari baby sampailah datuk nenek. Encik H excited tengok benda ni, dia pun nak join. Tapi kami join sekejap je, sebab bahaya kot join benda ni. Tambah lagi, masa kami balik tu berlaku insiden tembak menembak kat Metro. 

semakin petang, semakin ramai
us

Bila i tanya diorang, apa sebab perhimpunan ni dianjurkan? Kata mereka, government baru meluluskan perkahwinan sejenis kat france. Diorang bantah habis-habisan. semangat couple tu jelaskan kat kitorang. haha.. Oh kalau nak tengok macamana penangan diorang membantah ni, google lah sendiri Pasti ada news mengenai perhimpunan ini. Memang dasyat!

yang ni pula adegan berani mati.. sanggup panjat..


Semangat betul diorang membantah. Disebabkan perhimpunan ini, beberapa laluan Metro ditutup and first time for me terhidu gas pemedih mata masa otw balik ke hotel. Oh demmmm..

yang ni semangat lebih apahal?

kat station pun diorang melaung-laungkan protest anti gay

Dari sana, kami berjalan ke arah Eiffel Tower bagi mencari kenapa orang taksub dengan menara besi ini. hahaha. kurang pasti kenapa, tapi KLCC lagi cantiklah. LOL! Dah banyak kali pergi sini pun masih tak dapat jawapan. Romantik sangat ke Eiffel Tower ni?

jangan lupa singgah park sebelah eiffel ni... :p
panjang gila que. no, no.. kami tak berminat nak join diorang beratur
di sebalik Eiffel Tower
Eiffel Tower

and dari Eiffel, baiklah kami berdua naik boat. berbaloi sikit. hahaha.
posing sat.
disneyland tiket pun berbaloi kalau nak beli kat sini.
ada promo 66% .. BEST!

then, dari boat kami berjalan lagi. 

skateboard tournaments within european countries
my favourite photo

bye Eiffel. 

~bersambung~

Travelogue Paris
Newer Post Older Post Home

17 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane