PERCUTIAN KE PARIS PART 1

By | 6/29/2013 09:11:00 am 21 comments
TIM HOTEL PARIS REVIEW | Terdapat beberapa insiden berlaku masa nak pergi paris ni yang mana benar-benar kasi pengajaran kepada kami berdua. Dek kerana over confident dengan tiket, kami nyaris-nyaris tak dapat naik Thalys ni. 

Ceritanya begini.... I beli tiket train beberapa hari sebelum bertolak. dengan confident purchased via eurostar. thalys and eurostar dulu same company, now thalys is thalys, eurostar adalah eurostar. so, masa kejadian, i tak tahu pasal benda ni. kat website eurostar pun still ada my reservation. 

so, masa tunggu train tu, baru i perasan my tiket tak sama macam orang lain. oh demmmm! sepanjang 30 minit sebelum train sampai kami laki bini gilir-gilir lari pergi ibis (luar dari amsterdam central) semata-mata nak confirmkan sebab kat sana je ada wifi and print. memang sah! betul. tapi kenapa lain? kenapa takde seat no? kenapa?? :o

i dah hancur punah dah masa tu.. nak beli tiket baru? memang gasaklah. harga tiket bukan boleh dibuat main.  beli last minit seratus lebih euro. no way! dah burn nak beli lagi... ye, memang ada pengalaman merayu gara-gara termiss train kat edinburgh. tapi itu edinburgh. ini antara amsterdam-paris. memang kusutlah time tu. tak boleh nak fikir.

and kami redha. sebab ini bukan salah kami. we already purchased the tickets. duit pun dah deduct from my account. so, dengan lafaz bismillah.. kami main redah. beberapa kali tukang check tiket tu datang nak sahkan. at last, baru diorang confirm, memang tu bukan salah kami. sepanjang perjalanan kami berdoa dan setiap kali berhenti (rotterdam, brussels and blabla) setiap kali tu lah jantung berdegup laju. kahkahkah. 

alhamdulillah. selamat juga sampai. fuh, lega!!!!!!!!!!! so, next time pergi mana-mana sila pastikan tiket anda dan check sejuta kali pun takpe!!!




free wifi jika anda beli tiket tanpa harga promo. ok!
for more info click here : thalys

finally, arrived. syukur. alhamdulillah.

paris nord

bye thalys. good memory. bad memory.

dah habis cerita pasal thalys. otw ke hotel, kami kena scam pula. disebabkan terlalu penat dengan thalys, kami tak fikir panjang, sampai dan nampak teksi terus tahan dan ambil. tapi apa yang kami kena, charge melampau pada teksi. 30 charge tambang dari paris nord ke hotel... melampau bukan? kata receptionist kat hotel, kami boleh dapat separuh harga sebab perjalanan bukan jauh pun. what a bad day! =(

TIMHOTEL BERTHIER PARIS

inilah hotel kami... TIMHOTEL BERTHIER
hotel ni 3 stars je.. sebab masa kami pergi, peak time
harga hotel melampau-lampau..

malas nak menunggu, kami tolak sendiri.. haha

 very comfortable bed .. lagi masyuk 




hotel ni terletak di kawasan Clichy Paris. kalau ikut zone, dia terletak berhampiran dengan arc de triomphe. tapi apa yang best kat hotel ni, boleh jalan kaki pergi restoran halal dan metro station terletak berhadapan hotel ini. senang! staff dia pun friendly dan breakfast dia pun boleh tahan... kat depan hotel ni ada bus stop. kalau anda malas nak naik metro, bolehlah naik bas. terpulang pada anda nak naik apa.

rate harga. for more info or booking bolehla prefer sini : Timhotel 

~ bersambung~

Travelogue Paris
Newer Post Older Post Home

21 comments:

  1. nasib baik dapat lepas juga tiket train tu.

    ReplyDelete
  2. mesti extra panik kan. sebab kat negara orang.. huh

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane