PERCUTIAN DI KOTA EDINBURGH PART 1

By | 2/20/2013 01:00:00 pm 5 comments
Hey, i'm back. Sorry tergendala sebentar... 

Some of you email me and asked about London. Nampaknya ramai yang nak datang sini.. But my advice, sila plan dengan teliti sebelum datang sini. Buka tripadvisor dan baca review orang. Because London now is so so so expensive nowadays. Especially on public transport. anyway, you can ask me anything. Saya boleh menjawabnya. Kalau boleh bantu saya bantu. i'm here until end of may. Insyallah. so, email me if you have something to ask or apa-apa jela.. :)

Berbalik pada cerita sambungan trip hari tu, i really love Scotland. Better than London. Cantik sangat dan suasana kat sana pun lain berbanding London.. If you love sightseeing, silalah ke scotland! hehe

EDINBURGH 
scotland


Dari Manchester kami ke Edinburgh dengan menaiki kereta Sheila (thanks sheila and k.o). Perjalanan agak panjang juga. Kalau naik bas  dari London-Edinburgh adalah lebih kurang 10jam dan lebih. Kalau naik train pula, mahal melampau-lampau.. Haa, ni ada story pasal train. nak tahu apa?? tungggguuuuuuu..

Sebelum sampai Edinburgh, kami sempat singgah chesire oaks outlet. chesire oaks ni terletak di utara chester. kalau nak kereta, lalu highway M53. Kalau naik bas, ada special bas yang disediakan dari Liverpool. Apa-apapun, outlet ni besar gila. Tapi takdelah se-gah branded items kat bicester, cuma, gah dia sebab lagi besar dari Bicester dan outlet dari barang-barang coklat mcm lindt coklat, sampailah mulberry. ada next, ada marks and spencer, ada ralph lauren, mulberry, burberry, and etc. Kalau Bicester tu ada clarks, gucci, dior dll. cuma, yang bestnya, barang-barang kat Chesire Oaks ni jauh lebih murah dari Bicester. tapi satu je lah, jauh dan best. hehehe. (even, orang kat London, diorang lebih gemar ke Chesire berbanding Bicester).

branded outlet in Chesire Oaks

Kat Chesire, kami tak lama pun. Kejap je. Sebab perjalanan masih jauh. dalam satu jam macam tu.. Then, kami meneruskan perjalanan ke edinburgh.

The next day, pagi-pagi lagi dah bangun. Sheila bawa pergi carboot sale. Carboot sale memang famous kat England. Jual-jual barang terpakai dan kadang-kadang barang terpakai tu diorang pakai sekali je, ada yang tak pakai.. Tapi memang bestla. I suka carboot sale, banyak barang-barang rare. hehehe. Ada yang cakap, kenapa beli barang second hand ni.. Owh, jawapan dia senang je, some items, tak perlu kot beli baru.. macam novel ke apa.. Dari wasting money beli mahal-mahal, tapi pakai sekali. Eloklah save money untuk beli benda lain. Betul tak? Save your money baby! phewww~

tortilla breakfast by sheila (soooo yummy)

carboot sale in edinburgh
(normally kat england time summer je, but in edinburgh musim winter pun ada)


edinburgh near waverley station


Then, dari carboot sale, kami ke Calton Hill. Tapi kena mendaki sedikit. Kalau nak tengok pemandangan cantik, silalah naik. Memang berbaloi-baloi. Sebab boleh nampak edinburgh dari atas. 


cantikkan? that's why i love edinburgh. 

Lepas turun dari Calton Hill, my stepmom mengadu penat dan merungut nak balik rumah. Sheila dan k.o kenalah balik sekali dan i meneruskan perjalanan explore bandar seorang diri.. hehehe. Sebab masa i sangat limited.


 


amacam? cantikkan? ni baru satu town. sheila cakap, edinburgh ada dua, new town and old town. hehehe.. dua-dua cantik. banyak history building.

~continue part 2~

Newer Post Older Post Home

5 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane