SHOPPING TIPS IN LONDON

By | 1/03/2013 10:30:00 pm 8 comments
bercakap pasal SALE mesti semua orang teruja, excited, lompat-lompat dan tarik husband pergi shopping mall... keeennn?? siapa tak suka sale? semua orang suka.. murah, berbaloi dan jimat!

jadi, hari ini I nak cakap pasal SALE. OMGGGG *tengok ni belum apa-apa dah excited lebih* hahahahaha.


kat London ni selalu buat sale. maklumlah ekonomi sini tengah jatuh.. so, boleh dikatakan ada je sale. jadi, tak payah bimbanglah.. kalau tak dapat beli kat mall, kat online pun jadi. FYI, online kengkadang lagi murah berbanding kat butik even same brand. pelik tak? haaa. itulah London! hahaha

memang orang datang sini for shopping pun. kalau nak sight-seeing, i tak suggest sangat. better pergi luar london.. scotland ke, switzerland ke, or maybe area-area london macam portsmouth ke, bath ke, etc... somehow, kena ingat juga.. duit sini walaupun jatuh still tinggi dan paling teruk sekali, harga barang dah naik! OH NOOOOO... :(

like i mention before, kalau dulu in 2010, i datang, sale sampai 70% for good items. sekarang, NAN ADO! kalau 70% mesti barang2 yang reject or maybe dah lama. yang cantik biasa 20-30% dan itu pun last season punya barang .. huhu. that's so bad.


kat sini sale every 3 months. I mean, BIG sale.

EASTER SALE, SUMMER SALE AND BOXING SALE

kalau dulu, orang mengejar boxing sale.. kenapa? sebab sale dia berbaloi-baloi. tapi sekarang, i think sama je.. easter ke, summer ke mahupun boxing sale. but i prefer summer sale. bukan setakat shopping di mall, anda juga boleh merasa carboot sale .... best kan?

apa ke benda easter, summer dan boxing tu?

Easter Sale

iaitu masa easter day... selepas dan ada juga yang buat sale sebelum easter day. Apa tu Easter?

"Easter is a religious holiday that commemorates the resurrection of Jesus Christ three days after his death by crucifixion some 2,000 years ago. For Christians, Easter is a day of religious services and the gathering of family."

kalau masa ni korang datang, a great timing for you sebab musim spring. kalau kat jepun tengah sakura.. kat sini anda akan tengok macam-macam jenis bunga.. sangat cantik! phewww!!!

Summer Sale =

masa musim summer.. masa ni pun best untuk shopping. tak terkejar-kejar sebab siang yang panjang. can shop till u drop. baju-baju yang diorang jual pun tak setebal macam boxing sale. I suggest pergi musim ni, sebab cuaca yang perfect. lepas shopping boleh berpicnic kat Hyde Park..

owh i sebut pasal carboot sale kan tadi..  carboot sale tu macam jualan-jualan kat market, ada second hand dan first hand. kadang-kadang boleh dapat barang yang mahal pada harga di luar jangkaan! sangat best!!! carboot merata-rata tapi yang paling best i selalu pergi kat Kent. Tapi jauh jugaklah dari London. kena naik kereta. Mostly carboot sale, anda kena naik kereta. mereka buat kat padang dan anda kena bangun seawal pagi sebab barang cepat habis. ngehhh .. ngehh.. gigih!

Boxing Sale

ini tak perlu lah i ulang-ulang lagi. kalau nak tahu, sila baca previous post! tapi apa yang i regret, sekarang punya boxing sale tak macam dulu. dulu, majority barang kat kedai tu sale.. sekarang, some items only. siap ada section lagi. huhu. tak best! banyaklah pro and cons dulu dan sekarang. :(


SELAMAT BERSHOPPING!


p/s : 10k is not enough for 1 person 
(tolak makan & transport)


Newer Post Older Post Home

8 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane