LAGENDA BUDAK SETAN 2 : KATERINA REVIEW

By | 11/27/2012 12:00:00 am
HIM : Apa kite nak buat besok eh?
Me : Takpe.. takpe.. i belanja u tengok wayang .. siap ade pelakon-pelakon sekali
HIM : haaa.. betul ke? sape-sape?
Me : adalahhhhh.. *muka bangga, kembang kempis hidungku*

*kahkahkah*

Punyelah laki aku percaya pada mulanya... last sekali, nuffnang yang ajak. hahaha. btw, terima kasihla kerana buat premiere tepat pada tarikh yang sesuai.. iaitu, ANNIVERSARY kami! yahooo.. thanks nuffnang. i love you! hahahaha :)

As I mention before, ini kali pertama aku tengok Lagenda Budak Setan. Dulu masa zaman remaja, adalah baca novel dia. tapi dah lupa jalan cerita macamana. so, kalau suruh comparekan LBS 1 dan 2, sila tanya orang lain. Aku memang tak boleh jawab. apa yang aku tahu, LBS 2 : Katerina ni sangat best!

Jalan cerita yang sangat mudah difahami, ANDA WAJIB TENGOK.. sebab kalau tengok trailer kat tv or wayang, ringkas je.. tapi tengok betul-betul, lain sikit.. banyak elemen-elemen yang anda sendiri tak terjangka. Sumpah aku tak tipu. Sebab masa tengok kat adv dia tu, mati-mati ku ingat si tet tu ... tuuuuu. rupa-rupanya .. haaa. tak boleh cerita.. pergilah tengok OK! 29 ni keluar kat wayang. 

eh, aku tengok filem ni kan.. dah terbayang-bayang macamanalah Farid Kamil bila ada anak nanti. ha sampai begitu sekali! hahahaha. memang dah macam bapa dah aku tengok. Tabik spring Farid Kamil!  Maya Karin tak payah cakapla.. watak dia tu dah macam sebati dengan diri dia.. memang kena! tapi kannnn.. tapi kan... watak dia ni, macam ada sedikit persamaan dengan watak dia dalam cerita yang dia berlakon dulu.. apa ntah.. sorry dah lupa..

nak tengok power ke tak.. tanyalah laki aku. biasa cerita-cerita melayu ni, dia "tewas" di pertengahan jalan. tapi kali ni, dia segar bugar. so, maknanya.. faham-faham sendiri lah.

BTW, silalah pergi tengok ye... siapa yang tengok LBS 1, sila tengok LBS 2 ni. sebab tak syokla tengok benih jika tak melihat hasilnya. hehehe. boleh gitu? tapi betul, cerita ni sangat mudah untuk difahami.. takdelah berat, takdelah ringan.. neutral.. :D


nervous + excited + gembira = campur semua sekali rasa nak golek-golek kat atas jalan..
 hahaha ... over kau kiah!

kami

beratur for goody bag

now now now .. eh belum .. 29 november nanti

pengarah, pelakon... eh remy ishak pun ade?? ade ke?? ade??
kalau nak tahu ade ke tak kenalah tengok filem ni dulu :p

sesi pengenalan filem Lagenda Budak Setan 2 : Katerina

with hero & heroin LBS 2 : Katerina

amboi .. amboi.. tak berhenti pulak laki aku ni..
 sakan nampak?  ... dah jom balik :p

sementara tunggu movie start, kita bercamwhore dulu 

with Remy Ishak .. jangan makan hati uolsss :p

goody bag from Lagenda Budak Setan 2 : Katerina


29 NOVEMBER INI DI PAWAGAM 
SAVE THE DATE

pssss.. sediakan tisu.


TERIMA KASIH NUFFNANG
can't wait for the next event .. count me in!


----------------------------------------

SELAIN ITU, petang sebelum premiere LBS...

sambil menyelam sambil minum air, sambil ke KL sambil-sambil lah collect hadiah
terima kasih Times Square, Astro Publication @ Intrend dan Grand Brilliance 

exclusive vouchers i got from Times Square KL
nak tahu macamana nak dapat voucher-voucher ni?
sila click : TS Contest

Nikon Coolpix S1200pj ... thanks Grand Brilliance Sdn Bhd
I won Istanbul Aku Datang contest.. remember? 
nanti I kongsi serba sedikit pasal camera ni ok? :D

Intrend Blog Paling Menarik Oct'12 


terima kasih readers/followers
teruskan membaca

Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane