PERCUTIAN KE LANGKAWI VER.1

By | 6/17/2012 12:40:00 pm
.Hi assalamualaikum.

dah bercerita pasal hotel, now mari kita start cerita dengan aktiviti-aktiviti di sana. 
kami bertolak dari kedah, jam 3pm .. after Fathi's wedding, terus shoot p Kuala Kedah. Dengar cerita, seminggu sebelum kami pergi tu, belah Utara dilanda ribut teruk!
 RM23 / one way
stranded kat jetty almost 2 hours! mujur ada tiket lagi... 
ramai sangat orang nak pergi langkawi! hahaha. kami naik last ferry, sebab ferry jam 5 & 6 full! full dengan budak2 sekolah, full dengan warga langkawi dan pulang bercuti...
sampai sana terus sewa kereta. kami deal hari tu juga. dapat rm55/day for myvi. okaylah tu kan.. kata fathi, ada yang lagi murah lagi! gulp!

so first day tu dari 9hb sampai 12hb kami menginap di Aseania. why aseania, sebab dia dekat dengan town Pantai Cenang, senang nak makan, senang nak p pantai, senang lah aku cakap! haha. syok duduk area cenang ni. semua ada! 

 hari pertama kami tak buat apa-apa aktiviti. sampai pun dah lewat.. 
lagipun penat dengan perjalanan Penang-Jitra-K.Kedah-Langkawi

continue dengan hari kedua...

Hari Kedua

hari kedua ni, tak banyak aktiviti.. just pusing satu Langkawi dengan kereta. Encik H tunjuk semua tempat-tempat dia masa dia kat study sini dulu. (study?) haha. so, kira 2nd day ni kami dah tawan satu Langkawi. Dari Cenang ke Datai, Datai ke Tanjung Rhu, kemudian ke Telaga Harbour dan semua lah... Langkawi ni kecik je!

Koh Tarutao, Thailand dari Pantai Tengkorak!

kalau korang nak mandi-manda, Pantai Tengkorak antara yang bersih dan lagi bersih dari Pantai Cenang. Tapi must be extra careful, banyak sangat cik M kat sini. =p

yahooooo...

dari Pantai Tengkorak kami ke Tanjung Rhu... Lunch kat sini memang best! bawah pondok berhadapan dengan laut! actually kami ke sini untuk survey boat ke Kilim Mangrove. tapi gamaknya, jika anda berminat nak pergi Pulau Payar ke, Island Hopping ke, Kilim Mangrove ke, silalah beli luar dari Langkawi. kat sini mahal! 


and malam tu lunch dekat Nelayan Seafood otw to Kuah lalu Bukit Malut with Fathi and Zie.. Secara kebetulan mereka pun kat Langkawi, so roger them sekali. Owh ya. Nelayan seafood ni sangat-sangat murah!! makanlah sampai pengsan. but sorry, kami terlupa nak ambil gambar! hahaha. =p

Hari Ketiga


Hari ketiga ni agak excited sikit! Breakfast pun dalam keadaan terkocoh-kocoh, gara-gara takut kami kena tinggal dengan van pick up. tapi, tengok-tengok kami yang kena tunggu lama. HAMPEH! still secara kebetulan, kami pergi the same day dengan Fathi and Zie. cuma kami beli dari lain-lain company dan sempat bertembung kat Tasik Dayang Bunting je. tu pun dalam 10 minutes. Tiket ke island hopping ni around rm35/pax dan lagi sekali, Fathi dan Zie dapat harga lebih murah dari kami. TSK TSK.

naik boat kat tepi Awana. jam 9am and 2pm.

Island Hopping ni merangkumi:
 * Pulau Dayang Bunting 
(just tengok sahaja)
* Tasik Dayang Bunting
 (boleh mandi & ada beberapa aktiviti air boleh dilakukan)
* Pulau Singa Besar
(eagles feeding)
* Pulau Beras Basah
(parasailing, mandi, banana boat dll)

________________________________

i) Tasik Dayang Bunting

TIPS: sila jangan bawak banyak barang. sebab nak ke tasik tu anda kena mendaki dan menuruni bukit sikit! pakai pakaiaan yang sesuai dan kasut/slipar yang sesuai.

sewa life jacket : RM5 (ada boat yg kasi bawa jacket turun, ada yg tak)
Solar Boat : RM 30/boat
Paddle Boat : RM20/boat
Canoe : RM20 / boat

jeti tasik dayang bunting
amboi serious sangat abang
berjemaahlah kita ke sana
ini SAUDARA siapa ni??
masa kami sampai tu, orang still x ramai
nice view!!
peristiwa... terjadinya tasik ini. 
dipercayai sesiapa yang susah nak mengandung, bolehlah mandi air tasik ni.
siap ada benda alah ni. haha
aktiviti tasik
sewa sewa sewa... 
dia je mandi, aku duduk ambil gambar! =p

 ii) Pulau Singa Besar 

TIPS: kalau rajin, bawaklah ayam.. daging ke.. untuk kasi helang makan.


 iii) Pulau Beras Basah

Tips: beware dengan Monkey Attack .. No toilet in here..
sila bawa tikar sebab tempat duduk very limited. ada perigi kecil kat sini untuk cuci kaki bolehlah. ada cafe kat sini kalau nak beli maggi ke air ke tapi mahal nak MAMPS!


 by 12pm, dah habis sesi island hopping. but kami tak boleh duduk diam.. even i'm sick dan mata still merah, mood berjalan masih tegar dan petang tu kami lepak kat Gunung Mat Cincang sementara tunggu Fathi dan Zie menghabiskan sesi island hopping diorang! 

camana nak ke sana? haaa dengan cable car lah! jangan lupa bawa mycard. dapatlah harga special RM15/pax. hihihi.

 LANGKAWI CABLE CAR

info : skybridge masih ditutup dan dijangka sampai tahun hadapan!

terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan kat kawasan cable car ni
but sadly, banyak yang dah takde kat sini
macam mini safari kat sebelah ni dah jadi padang jarak padang terkukur,
dulu ade eagle lah ular lah, now kawasan ni dah sunyi!
(ke sebab aku datang bukan musim cuti sekolah.. maybe)

 macam satu size je =p
 inside the cable car
 posing sat ..
cara orang gayat turun tangga =p
cantikkan? 
air terjun telaga 7
tujuan sebenar! hahaha
my burger

petang tu, kami lepak kat Laksa Power yang terletak bersebelahan landasan kapal terbang Langkawi International Airport. Laksa ni memang sedap dan cendol dia sangat WOW!! sedap gila.. Encik H cakap, dia selalu lepak kat sini sambil tengok sunset masa zaman dia study kat sini dulu.. memang we all teruja. sampai tak tahu nak tengok sunset ke nak tengok flight. hahaha

dulu
kini
cakkk!!
ini dia kat Laksa Power!! selain dari Laksa, Mee Singapore, Mee rojak, Ketupat sotong pun ada!!!   MUST TRY ok!!
my special laksa.
terbaik!!!

Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane