TRAVELOGUE TO KUCHING VERS 3

By | 3/08/2012 09:58:00 am
Cerita kali ini memang sangat panjang. Setimpal dengan perjalanan kami yang jauh. Dari utara ke selatan, dari Damai ke Kampung Annah Rais. Nak tahu kat mana tempat-tempat ni, silalah google. hahaha.

Hari ke-4

hari ini turn saya pula drive kereta!

Pagi tu before bertolak, i bawak diorang breakfast kat Coffee 'O' Corner. Alhamdulillah, they really-really enjoy segala makanan yang diorang makan tu... Sedap uols haruslah enjoy!

 sibuk makcik berdua ni
 kat sini pun ada jual nasi berlauk!
ramaikan??
ini satay sarawak yang lazimnya mera cakap ada yang makan dengan mee jawa
ini pula mee kolok.. tiada beza dengan mee sapi 
telur mata kerbau mereka
laksa sarawak .. kalau kat semenanjung ni mesti mahal 
sebab ada 2 ekor udang besar!! CONFIRM

 Then, i singgah DBKU. Nak tunjuk bandar Kuching ni kat diorang...


Dah puas amek gambar, kami meneruskan perjalanan ke Damai & Santubong...
kalau nak tahu, kat sini jugala terletaknya Culture Village tu

destinasi anda??
dekat bulatan pun ada mural macam ni.. cantik!

DAMAI BEACH RESORT

Nak masuk pun kena bayar RM3/pax !!
tapi memang dia buat untuk tourist pon
so kalau uols nak mandi boleh la..


Dari pantai ni boleh la tengok kaki Gunung Santubong dan kat pantai ni ada diorang buat bentuk2 macam kat atas ni. So far, bestla kalau tido kat sini. Tapi terlalu jauh dengan bandar Kuching. Then, singgah sebentar kat depan Sarawak Cultural Village ni.

Harga Tiket Masuk Sarawak Cultural Village
RM60/pax

p/s : kalau ada student card, RM15 sahaja!

Tapi we all tak masuk sebab rasanya macam nanti-nanti la. Ini cuma contoh rumah-rumah tu je.Macam Taman Mini Indonesia dengan Taman Mini Malaysia.


dari sini kami decide nak pergi rumah panjang terus..
kat kuching ni ada dua rumah panjang yang famous

i) batang ai 
ii ) kampung annah rais

so, kami pilih Kampung Annah Rais. Sebab Batang Ai tu jauh. 4 jam kalau nak pergi sana. phewww..!!!

dari utara nak selatan.... JOM lihat apa yang ada

TREK MOUNT SANTUBONG


jetty ni dekat dengan Kampung Buntal
iaitu perkampungan nelayan.. yang sangat famous dengan seafood!!



otw balik tu Jenny yang drive.. suddenly diorang menjerit!! 
"ada orang mati" .. HUH???

accident yang baru terjadi. i rasa ini kes langgar lari.
dari kedudukan motor tu dan mangsa
mustahil lah dia jatuh sendiri

so kitorang suspect mesti orang2 yang drive kat depan kitorang tadi
IT JUST HAPPENED!!!!

dan masa amek gambar ni orang baru nak berkerumun
heyyyy mestilah kitorang berhenti sebab masa kitorang lalu tu
xde satu kereta pun tau! tapi xdela kitorang turun just fazreen tolong telefon 999 


Dan banyak menda yang kami jumpa dan lalui sepanjang nak ke Kampung Annah Rais ni. Paling kelakar beli minyak petrol kat kedai runcit. Negeri uols ade? hahaha. Nasibla si mera siang-siang da ajar i cakap Sarawak. Pandaila sikit-sikit. hehehe.

KAMPUNG ANNAH RAIS
Rumah Panjang Kaum Bidayuh
RM10/pax


Kampung Annah Rais ni, apa yang i baca kat internet la, dia kena buat appointment dulu. Kalau nak tengok adat-adat diorang lah. Diorang akan prepare dengan show dan lain-lain. Tapi kitorang gedegang je datang. Tak buat appointment.

 kaunter daftar!

Menurut kakak kaunter ni, kita boleh amek apa sahaja gambar kat sini, kecuali gambar orang-orangnya. Kerana dipercayai kita seperti ambil semangat diorang!! SERAM BETUL !!

 parking!
kampung - kampung kat sini!!

Kampung Annah Rais ni dah hampir dengan sempadan Kalimantan dah!




The Headhouse @ Panggah
rumah ni memang menyeramkan.. tempat simpan tengkorak..
only faz and i je yang naik.. yang lain tunggu kat bawah


selain tu, kita juga boleh meniti jambatan untuk ke rumah panjang di sebelah sana

p/s: kalau sesiapa berminat nak tidur homestay, kat sini lah tempatnya!


Aktiviti Mereka


kat sini pun ada jual barang2 buatan Sarawak!


Ini pula di bertentangan dengan rumah panjang tersebut!

Ingat uols je yang boleh tengok Grammy Awards? Diorang pon boleh!

Ini adalah pengalaman paling best. Tak perlu lah ada show seperti Cultural Village tu. Dengan melihat sendiri cara hidup diorang yang sememangnya berbeza dengan cara kita di semenanjung.


Sebelum balik, we all singgah kat Mira Cake Lapis dulu..


Then, malam tu after maghrib, we all dinner kat Planet Sambal
restoran ni adalah salah satu restoran yang terkenal kat bandar kuching ni

Lokasi Planet Sambal
Jalan Padungan

antara yang korang boleh cuba kat sini:
- nasi goreng dabai
- kuetiow tomato
- nasi ayam penyet
- linut


SEDAPNYA...

 nasi ayam penyet
yang serpihan2 kat atas ayam tu bukan tahi cicak tau!
tapi keropok yang dah selamat dimakan! haha
 kuetiow tomato
 must try! rasa tomato dia kaw-kaw,
 berbeza dengan yang kat semenanjung!
Linut
 Linut! kanji dimakan dengan kuah
Ini pun harus try bila datang Kuching!


Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane