MAKE UP ARTIST FOR WEDDING : SUE CANTIK , NANA SAAT DAN ALENG TOHARA

By | 12/13/2011 11:07:00 am
hi peeps.

saya masih di terengganu. menghabiskan cuti encik H bersama family2 baru. live in here is so different from there. sangat berbeza! sangat menenangkan sambil menghirup udara yang segar... Ahhhh NYAMAN! =)

so today, i nak cerita about my make up artist. for your information, i da booked sue cantik, one year before my wedding. as i said before, kalau nak mereka yang top-top ni make up haruslah booked seawal yang boleh dan kalau booked last minute, jika dapat itu adalah rezeki anda! Jika tak dapat usah berputus asa. Cari yang lain. Semakin hari semakin ramai MUA yang kreatif! Cuma satu nasihat saya, jangan nak yang murah sahaja, or nak yang simple saje, sebab make up masa wedding lain. Harus diadun rapi supaya nampak cantik dan berseri dalam gambar. Biarkan saja mereka melakukan tugasan mereka. Kadang kala, kita rasa rimas make up tebal2, tapi itulah yang akan buat anda nampak cantik dalam gambar nanti! trust me!

JOM TENGOK HASIL MEREKA BERTIGA.I letak price sekali bagi memudahkan anda mengetepikan budget kahwin anda.

TIPS!!!!
tuam ice malam sebelum majlis, sejam before bermake-up..
bagi make up tahan lama dan wajah lebih fresh dan berseri-seri !!


Akad Nikah
Mua: Nana
Price : RM550

if you stay at Seremban, i bet, you mesti kenal dia. Dia adalah professional make up artist and also owner salah satu butik pengantin kat sini. My family, regular customer Kak Nana. Dia juga my mua for pre-wedding (english theme). Actually, pagi tu rushing juga, yela pengantin yang lenggang lenggok ni, baru nak mandi jam 7am, nikah kul 9. hahaha. nasib ada kak nana. apa yang saya suka pada hari tu - my hair... dia upkan sikit my hair before letak veil. Apa-apapun, harga masih boleh dibawa berbincang. Thanks Kak Nana.


Bride's Reception
Mua : Sue Cantik
Price : RM 1300

Siapa tak kenal Sue Cantik.. Bloggers-Bloggers yang lain pun banyak review pasal dia. MUA for Umie Aida dan lain-lain, I bersyukur dapat sentuhan dari Sue. Orangnye kecil molek dan very friendly. Kalau nak bergosip, ajaklah dia. She knows everything! Secara kebetulan, masa my wedding tu, Sue pun make up pengantin lain kat seremban. So, xde hal untuk de sampai awal. I pulak yang terkedek-kedek petang tu. Well, letih ok. Nikah jam 9pagi, by 2pm da kena ada kat dewan for rehearsal and make up bermula jam 5pm. Letih mak cik! I booked kat Sue akhir 2010. Hehehe. Setahun jugaklah... Thanks Sue Cantik and team!


Majlis Bertandang
Price : RM 1600

Kalau Sue Cantik sering berkoloborasi with Nas Great Idea, begitu juga dengan Aleng Tohara yang sering bekerjasama dengan Pak Abu dan Cosry. I'm so lucky sebab dapat Aleng for my majlis bertandang.. I booked dia last minute, bulan May if tak silap i. Luckily, Aleng still available on my date. Alhamdulillah. Sangat best mengenali Aleng, jejaka yang handsome dan humble. Owh, dia siap ada photographer khas - Shahrul, untuk amek gambar client-client dia. Katanya bagi memudahkannya, sebab kadangkala pengantin nampak cantik di luar sahaja, dalam gambar tak cantik. I trust Aleng so much. Aleng juga seorang tenaga pengajar kat SM(T) Vokasional Shah Alam, mengajar Seni Makeup dan rambut! Dia memang mahirlah bab rambut dan make up. I sangat berpuas hati dengan hasil make up Aleng Tohara. Many of them said, Aleng punya make up is better than the others. Pendapat mereka lah.. hehehe. Ohhh sesiapa yang nak aleng make up, kenalah kasi aleng FB or gambar dulu. Bukannya ape, aleng cakap, dia nak mengkaji terlebih dahulu, make up camane yang sesuai for his clients. Karang salah make up, jadi opera cina pulakkan.. hehehe. Good Aleng!!



well, make up yang cantik akan lebih berseri dengan contact lens bukan? thank you so much Sarah Hernyzar ... I purchased 3 different lens from her. Sesiapa nak mata yang cantik, besar dan bundar, bolehlah contact Sarah. even, Sue Cantik pun suka lens sarah ni. Sangat selesa! Harganya memang jauh lebih murah dari pasaran. RM20/lens.

make up : by Aleng Tohara


THANK YOU SO MUCH TO ALL MY MAKE UP ARTISTs
sangat berpuas hati dan gembira dapat sentuhan make up dari anda semua.
Jika diizinkan, berjumpa kita lagi di masa yg akan datang
TERIMA KASIH !!!
Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane