IDEA PENGANGKUTAN PENGANTIN

By | 5/02/2011 02:56:00 am
jika lihat pada zaman sekarang ni, manusia sanggup buat apa sahaja demi mencapai impian mereka. salah satunya adalah nak kahwin ala-ala fairy tales wedding.. 

tak terkecuali saya yang memang dari kecil suka pada apa sahaja cerita mengenai fairy tales... dari cinderella sampaila penghujung... memang GILA pada cerita-cerita sebegini dengan harapan mendapat putera kacak seperti hero dalam filem kartun ini suatu hari nanti! hahaha..harapan la kan!

apa kaitannya dengan entry kali ini? ya memang berkait rapat! pernahkah anda terfikir kenderaan impian anda semasa wedding nanti? ada yang mahu menaiki kereta kuda, limo dan lain-lain lagi... *pengaruh kartun yang sangat kuat*

jom cari idea.... kenderaan apa yang saya impikan semasa kahwin nanti... ade fulus naik heli, takde fulus jalan jelah kaki!


helicopter

|| kalo kaya raya apa salahnya? Kat Malaysia ni bukannya takde orang menggunakan heli sebagai kenderaan pengantin... kalo duit da berkepuk2 bolehla kan kalo xde meh duk diam2||

limosin

|| rasanya sesetengah hotel menyediakan service limosin percuma kepada pengantin-pengantin yang melangsungkan perkahwinan mereka di hotel itu ||

kereta kuda

|| ini adalah paling paling famous among all. saya pernah berangan nak naik kereta kuda mase kahwin nanti. Y not? Mawi ngan Ekin naik kereta kuda kot.. apa salahnya bukan? tapi mum cakap satu-satunya hotel yang ada menda ni adalah Palace Of The Golden Horses so jangan bermimpila nak naik kereta kuda kat seremban ni||


naik boat

|| kalo sungai kat pahang, sabah & sarawak bolehla kita naik boat/sampan ke rumah pengantin sebab sungai diorang memang bersih... tapi kalo kat KL takkan nak merentasi Sg Klang? hahaha.. keje gila namanya!||

kereta antik

|| aha.... before this pernah baca B2B nak buat camni.. but lupa lah siapa... idea naik kereta antik memang best... nak-nak yang terbuka kat atas...tapi cam tak sesuai je kat negara ni... silap aribulan berpeluh-peluh terpaksa makeup lagi sekali ||



kereta lembu

|| kereta lembu ni sangat terkenal masa zaman dulu kala especially di Melaka...comel gak kalo pengantin naik kereta lembu cam gambar kat atas ni.. (^_^) ||



bertandu/diusung

|| biar mati anak, jangan mati adat! FUH... hebatnya manusia kerana berpegang pada adat! bertandu atau diusung semasa majlis.. hebatkan?||
___________________________________

okay dah stop dreaming
so, which one jadi pilihan?
(^_^)

p/s : jalan kaki sudah! jimat duit

____________________________________
Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane