TIPS RINGKAS UNTUK BAKAL PENGANTIN

By | 4/18/2011 11:22:00 am
Salam semua...

Today I nak cerita pasal bertunang or berkahwin di usia muda. Ape kehe nye yob tetibe nak cite gini???Ramai antara kawan-kawan I nak bertunang dalam masa terdekat ni tapi fulus takde. Ada yang dah nak kahwin tapi usia muda sangat.. Haaaa begitulah kisahnya..

First of all, I think, sekarang trend kawen awal.. Sebab ramai kawan-kawan I kahwin tahun ni.. hehehe Termasuk saya sendiri.. *blushing*.... ehhh gediklah kau! dushhh dushhh dushhhh...!!!

Ehh betul. Bila i sebut je KAHWIN, diorang mesti balas dengan pelbagai tanggapan 'kahwin awal', soalan dan banyak lagi lah. jenuh nak menjawabnya.

Kawan-kawan, bila nak buat majlis-majlis sebegini, TOLONGLAH JANGAN NAK COMPARE DIRI ATAU MAJLIS ANDA dengan si polan tu si polan ni. Memang takkan tercapai niatmu itu. Memang adakalanya kita nak buat majlis yang orang cakap WOWWWW!! Tapi bila apa yang kita impikan tu tak dapat, nanti kita akan rasa down gile... x_X

Ini nasihat i buat mereka yang nak berkahwin or nak bertunang. Sebab i mengalami perkara yang sama. Benda-benda berkaitan dengan angan-angan ni kadang-kadang buat majlis tu jadi berat. Sebenarnya kalau nak bertunang, takdela pakai duit banyak mana pun. tak perlu majlis se-GAH anak raja bagai.

SEDIKIT TIPS UNTUK BRIDE-TO-BE

1- Buat plan awal! Jangan buat last minute plan. Sebab lagi lama tempoh masa untuk you all deal ngan vendor lagi murah korang dapat. Kadang-kadang  tarikh semakin hampir, lagi diorang ni semua up kan harga dan bila dah tau tarikh majlis pertunangan atau pernikahan cepat-cepat pegi book vendor yang you all idamkan. GO NOW.

2- Nak jimat? buat hantaran sendiri. Senang je nak buat hantaran pada masa ni.. Kat internet sekarang banyak tutorial pasal hantaran or beli majalah pengantin ...

3- Tak perlu lah hantaran sampai berbelas-belas. Ini budaya melayu. Kadang-kadang hantaran 9 tapi bila majlis jadi 13. Cuba kurangkan sikit. Tak perlulah nak kasi potpourri ke. Benda-benda camtu. Sesetengah orang, sampai 3-4 macam kek dalam hantaran, kek lapis lah, kek coklat lah dan banyak lagi. Tahu tak kalau lagi banyak hantaran, lagilah menyusahkan hidup anda kelak. nak sewa dulanglah, nak beli bunga-bunga untuk hiasanlah. So, cut the budget! Tak perlu sampai cupcakes dan cake dalam satu masa. If nak kasi, kasi as a gift. macam I dulu, I kasi pulut kuning time merisik. So, kalau nak kasi, asingkan, masa rombongan nak balik, kasilah by hand. letak kat paperbag yang comel-comel.

4- Make up sendiri... jangan takut. adakalanya make up sendiri tu lagi baik dari orang make up kan... betul.. banyak I da observed.. diorang ni sweet, tapi bile time majlis tunang or kahwin.. mak aiii... cam hantu opera cina.. ade yang pakai bulu mate senget.. hishhh!!

5- Buat mini pelamin sendiri... tengok mini pelamin masa tunang I. Tu buat sendiri hasil pertolongan abang. DIY ni ikut creativity anda, paling penting PUAS HATI. Kalau pelamin korang cantik, orang mesti akan tanya, "eh mana kau tempah ni ha???". time ni la korang boleh promote. haaa lebih best lagi, korang boleh set up business cam ramai ex-B2B buat ... Sewa barang-barang tu.

6- Catering kampung, What i mean in here, gotong-royong masak ramai-ramai cara kampung. Tak tahulah kat kampung korang camane. But certain area, ade majlis masak beramai-ramai. Khususnya di johor.. bergotong royong masak lauk pauk tetamu...

7- Tempah baju kat tailor biasa. Kalau nak jimat, jangan tempah kat designer. Kadang-kadang, bila tempah kat tailor biasa korang akan dapat hasil kerja lagi memuaskan. Tapi awas, jangan tempah kat tailor bukan-bukan. Sebaliknya survey dulu latar belakang tailor tu..

8- Pilih kain yang boleh dipakai banyak kali... Nak jimat lagi ameklah kain chiffon ke or kain yang boleh recycle.. lainlah kalau anda ni jenis banyak function kat hotel, or dewan.. then bolehlah tempah lace. mane tau boleh pakai lagi. sebab kadang-kadang baju tu pakai sekali sahaja. After majlis, terus buat pekasam kat almari. Hurmm.

9 - Beli barang hantaran awal... saya suggest list down barang apa yang anda nak.. lagi satu, please beli barang yang boleh dipakai bukan barang hiasan semata-mata! belilah barang hantaran time sale/promotion. kalo macam branded item tu, kalau kenal siapa-siapa nak pergi oversea kirim sahaja kat diorang or now banyak yang jual ONLINE. 

Sebenarnya banyak lagi cara nak save budget and masa dalam tempoh pertunangan ni adalah paling manis maklumlah "DARAH MANIS".  Siapa cakap banyak gaduh? Taklah, kita lebih serasi dan memahami tunang kita dan dah mula pikir pasal masa depan. Cewah. Hahaha.
Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane