PEMBUANGAN BAYI OLEH MANUSIA KEJAM

By | 2/11/2010 12:22:00 pm 13 comments
petikan dari Utusan Malaysia
11 Februari 2010
"Apakah dosa bayi perempuan ini"

MUKADIMAH !!!!!!!!!!!!!!!
Masalah pembuangan bayi bukanlah satu fenomena baru yang melanda negara kita. Namun begitu, masalah pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Dimanakah tahap kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia? Haruskah kita menghukum sekali bayi yang tidak berdosa ini? Bukan tiada jalan mahupun kempen yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, namun, tahap minda dan pemikiran masyarakat kita boleh dilabelkan pada tahap yang paling rendah. Tragis sekali jika keadaan ini dibiarkan tanpa ada jalan yang benar-benar berkesan bagi mengatasi masalah ini.
Kawan-kawanku sekalian,

Pertama, Jika perkara ini terjadi kepada kalian, apakah yang anda lakukan? Maksudku, jika kau membuntingkan anak luar nikah! Salah bapanya? Salah diri sendiri? atau salah bayi? Kedua, jika kamu sebagai saudara mara, mahupun sahabat handai ataupun jiran, apakah yang anda lakukan terhadap mereka yang sedang bunting ini? Menyalahkan mereka? Menyisihkan mereka? menasihati mereka? dan membantu mereka? Aku boleh kerat jari, hanya 5% sahaja yang sanggup membantu mereka dan yang lain-lain hanya mampu melihat, mencemuh dan menyisihkan mereka! mengapa???? apakah mereka yang membuntingkan ini memang bersalah? ataupun kita tidak sedar ada diantara mereka ini menjadi mangsa keadaan iaitu dirogol ataupun diugut?begitulah minda masyarakat kita. pantang ada je masalah yang timbul, pasti mulalah menyalahkan antara satu sama lain. Cuba jika masalah itu terkena batang hidung sendiri, bagaimana rasanya? Perit bukan? fikirkan ok?

Pergaulan bebas yang berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini adalah sangat menjijikkan. Bukan aku mahu cakap ape, lihat sahaja anak-anak muda pada zaman ini, berpakaian seperti tidak cukup kain, ada yang bangga menunjukkan lurah dan ada yang bangga bila susuk tubuhnya dipuji. ARGHHHH persetankan mereka itu. Bangga bukan? Ya bangga! Cuba jika kau dirogol dan diratah oleh si kaki-kaki nafsu syaitan ini? Bangga atau tidak? Mau tak mau, kau juga yang malu. Kau juga yang merana. Kemudian, mulalah sesi membuang bayi! Hei, tolonglah! Manusia apa kau ini? Bayi yang baru lahir seperti sehelai kertas putih yang baru hendak dicoretkan ceritanya, kau sia-siakan hidupnya sebegini? SYAITAN! IBLIS!

Pengalamanku di kota ag 2 tahun lepas, ketika itu aku sedang perjalanan ke kampus, kes seorang remaja berusia 14 tahun sedang bunting anak luar nikah kecoh diperkatakan umum. Malu! Pak cik yang bukan sama bangsaku itu, hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Tebal mukaku ketika itu! Apalah nak jadi denganmu wahai adikku? Lebih sadis lagi, pasangannya adalah sebaya dengannya. Adik, pernahkah kau berfikir sebelum buat? APA SI JANTAN KEPARAT ITU BOLEH BAGI KAT KAU? DUIT? MASA DEPAN YANG CERAH? JANJI MANIS? ataupun KEPUASAN yang aku bet hanya mampu bertahan seketika!Kesudahannya, kau juga yang menanggung malu. Tolonglah remaja diluar sana khususnya pelajar-pelajar sekolah, sebelum kau buat tolonglah fikir! Harga diri dan dara yang tuhan berikan kau sekali seumur hidup itu, kau hargailah sedikit. Janganlah kau semurah itu dan memberi kepada mereka yang tidak mampu menanggung kau kemudian hari? Apa yang ada dengan si jantan yang baru berusia setahun jagung itu? yang masih dibawah tanggungan ibu bapa dan masih tidak mempunyai pekerjaan tetap itu? Fikir sebelum bertindak! Seks itu memang mengkhayalkan tetapi haruslah kau fikir kesan dan akibatnya! Jika belum kahwin, usahlah buat, nanti kau juga yang merana!

Apa yang boleh aku huraikan disini, masyarakat malaysia, bangkitlah! Mari kita sama-sama turun padang dan membantu si gadis ini. Mereka mungkin kurang perhatian dan kasih sayang. Janganlah kau menyalahkan mereka. Siapa tahu bayi yang dibuntingkan itu, suatu hari nanti bakal jadi pemimpin dan bakal mengharumkan nama Malaysia di mata dunia? SIAPA TAHU BUKAN? Janganlah mencemuh, menyisihkan dan menghukum si ibu ini, mungkin mereka mangsa mereka yang bernafsu syaitan. Seharusnya, kita sebagai masyarakat yang majmuk mendorong ibu-ibu ini dan menyelamatkan bayi itu. Minda kita harus dibuka, dan diperluaskan. Sejajar dengan arus permodenan! Bukan disempitkan dengan ideologi-ideologi yang sudah lapuk !


al-fatihah~ semoga roh bayi perempuan ini selamat dan tenang di alam sana. kepada ibunya, kau insaflah! tidakkah kau terkilan melihat wajah bayimu yang comel ini terkulai tanpa nyawa rebah di bumi ini? T_______T


ini pendapat aku, pendapat kamu bagaimana? mari kita sama-sama renungkan!
Newer Post Older Post Home

13 comments:

  1. buat ank reti, nak jaga ank tak gheit..apa kes nih???

    ReplyDelete
  2. kesian...
    baru nak tengok dunia..
    apelah dosa dia yang tak tahu apa-apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian sgt..babu yg tak berdosa..ank syurga..

      Delete
    2. kesian sgt..baby yg tak berdosa..ank syurga..

      Delete
  3. malu menjadi rakyat melaka dengan berita ini hari ni!

    ReplyDelete
  4. nak cakap, sudah banyak kali cakap..sebaik atur kata diberi, nas2 agama semua keluar..tapi benda ni susah jugak nak bendung kalau skala sosial tak berkurang..kita? geleng kepala jelah kan..simpati dalam hati..kesian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..kalau betul kita ikut hukum yg ditetapkan dlm Al Quran..InshaaAllah perkara mcm ni dpt dibendung

      Delete
  5. Al-Fatihah. insyaAllah bayi itu tempat nya d syurga :)

    ReplyDelete
  6. Klau tak nak bagi la kat org..ramai lagi org yg nak anak..eee..geram..marah..speechless kenapa mereka sanggup buat mcm ni

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane